Rendah diri, iaitu merendahkan hati, bukannya merendahkan keupayaan diri.
Islam menegaskan umatnya untuk bersikap merendah diri, hindarkan dari ujub, riak, dan bukannya merendahkan keupayaan diri sendiri, berputus asa, atau bersikap kurang berguna.
Mungkin bukan kamu. Mungkin hanya aku.
Mungkin kamu terdetik ‘amende lah die ni. Takde kena-mengena langsung merendah diri dengan putus asa!’
Aku pula mendetik ‘ada okayy..’
‘aku tak kuat macam kau. Aku tak boleh sembahyang awal waktu. Susah!’
aku tak kuat macam kau (muka rendah diri, tak sombong, innocent)
– sedang merendah diri, ikut ajaran Islam
aku tak boleh sembahyang awal waktu (buat muka this-is-impossible!)
– putus asa. Takda usaha. Pemalas. Ikut ajaran pelik.
Susah! (buat muka susah-tak-boleh-nafas-errrrrk)
– patutnya gantikan dengan, ‘InsyaAllah aku cuba’
Ramai kan orang yang bersikap rendah diri sampai macam tu? Memanglah kena rendah diri, Alhamdulillah, tapi rendah diri tu bukanlah alasan kita untuk kekal di tangga terbawah yang sudah lama kita duduki.
Kalau dah tahu iman diri sendiri tak segagah iman rakan yang lain, takkanlah kerjanya duduk melangut tengok kawan tu cuba kukuhkan iman, sedangkan diri sendiri asyik tersungkur di belakang? Lepas tu sibuk pula puji-puji kawan tu. ‘Ya Allah baiknye lah kawan aku ni. Aku memang tak boleh nak tanding dia. Dia memang hebat!’.
Mungkin kamu tak riak. Jika riak, pasti ngomong gini, ‘hebat juga aku ini. Kat luar sana berlambak-lambak orang yang tak sembahyang. Hebat juga jadi pilihan Allah, terpilih untuk di jalan yang benar. Bagusnye aku sebab aku solat’. Seharusnya, katakanlah Alhamdulillah! Syukur kerana masih di jalan yang lurus.
Sejauh manakah kamu di jalan yang benar itu? Apa guna kita di jalan yang benar, jika tak bergerak ke hadapan? Mungkin saja lebih baik di jalan yang salah, tapi sentiasa bergerak, mencari, hingga berjumpa jalan penghujungnya, di mana di situ ada jalan yang benar, dengan izin Allah. DIA lebih mengetahui. Aku cuma menulis.
Ayo kawan, kita gerak ke hadapan.
Biar hati lebih bersih dari semalam.
Biar iman lebih gagah dari semalam.
Biar akidah lebih hebat dari semalam.
Biar solat lebih hebat dari semalam.
Kita pasti bisa, kerana kita semuanya penghijrah Muslim.
Yang hatinya merendah, tapi dirinya sentiasa hijrah!
”Sombong itu selendangKu. Siapa yang memakai selendangKu niscaya dia tidak akan mencium bau surga”
Peringatan Allah dari hadis Qudsi.
Allahu'alim.