Tuesday, January 4, 2011

bukan cinta lelaki korea


Walaupun ayat aku tak sedap.
Sekurangnya hati aku tak berkurap :)


Duhai Kekasih yang memiliki hati comel  kecil ku,

Lindungi aku,
Lindungi aku,
Lindungi aku..

Malahan aku tak ketahuan mahu dilindungi dari apa,
Cuma aku tahu,
Aku selesa dalam lindunganMu,
Makanya, lindungi aku.

Aku mahu mencintaiMu,
Aku mahu merinduiMu,
Aku mahu mabuk dalam cintaMu,
Aku mahu mencintai kekasihMu,
Aku mahu merindui kekasihMu,
Aku mahu mencintai syurgaMu,
Aku mahu merindui syurgaMu..

Kau hadirkanlah perasaan ini dalam hatiku wahai Tuhan..

Aku mahu mencintai malam,
Kerana tika itu cuma ada aku dan Engkau,
(setan pun ada…pffftttttt!)
Bila matahari datang,
Aku rindu malam kembali,
Cepatlah datang wahai bulan,
Mabukkan aku dalam munajat dengan kekasih hatiku..

Bila aku dekat denganNya,
Dia pasti lebih mendekat,
Bila aku jatuh,
Aku bangkit,
 Aku berjalan kepadaNya,
Lalu Dia datang berlari kepadaku yang hina,

Apa lagi yang bisa kuminta?
cintaNya padaku memenuhi langit dan bumi,
cintaku padanya?
Meningkat di malam hari,
Mengurang di siang hari,
Malahan mengurang,
Dan mengurang saja lagi..

Tak dapat aku tutur dengan kata,
Ah cinta ini, yang kucari selama ini,
Bukan cinta lelaki jambu,
Bukan cinta lelaki sasa,
Bukan cinta oppa korea,
Tapi cinta pada yang Esa

Duhai Kekasih,
Jangan menjauh ya?




Aisey, jiwang bagai.




Sunday, January 2, 2011

sudahlah lama tak tulis, cakap pasal teh pula


Exam bakal sedang menjelma,

Syai (teh) pun sudah minum gelas kedua,

Kali kedua guna daun teh sama,

Jadilah teh yang agak cair ya,

Lalu perlulah tambah daun teh lagi,

Lalu jadilah shai yang sedap.

Ini lah nukilan saya hari ini.



Oh bentar ya, mahu kongsi ayat terkesan hari ini ;

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): “Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk)

Al-Israa’ (17:107)

(Sejauh manakah keutamaan Quran dalam kehidupan harian aku?
Apa hari ini sudah aku tatap dan baca dan fikir kan tentang kalimahkalimah mulia ini?)