Friday, June 1, 2012

Review Informal : 7 Petala Cinta

Setelah begitu lama menunggu, akhirnya tercapai juga impian saya untuk menonton filem 7 Petala Cinta. Sudah lama rebiu ini ditulis, tapi demi untuk menghormati internet yang tiada, maka sesi penangguhan berlangsung selama 3 minggu. Maka ini rebiu saya. Rebiu, bukan lebiu, geddit? Sebab anda semua bukan ibu bapa mahupun keluarga. Kalau anda wanita yang sudah mengucapkan lebiu kepada begitu ramai lelaki, makanya samada anda sangat ramai bapak atau ahli keluarga, atau anda suka berfoya-foya. Heeesh jangan lah suka berfoya-foya, Allah berfirman dalam al_quran, ‘Janganlah kamu mendekati zina’. Cakaplah lebiu bila hubungan anda sudah dihalalkan.  Jadi sekarang, kita rebiu dulu, lebiu nanti.

Sebelum itu, saya ingin menjelaskan bahawa saya bukanlah ustazah (tapi kalau jadi best jugak!), ni cuma pandangan saya yang punya pengetahuan agama yang sangat cetek, saya komen apa yang saya tahu sahaja. (ketika ditanyakan kepada Dr. Zakir Naik, “bagaimana saya nak berdakwah jika ilmu saya sedikit?’ maka jawapannya, ‘Dakwahlah menggunakan ilmu yg kamu ada, jangan sentuh mengenai sesuatu yang kamu tak tahu dan elakkan perdebatan’). Dan bukan semua pandangan berkenaan isu agama, ada juga pandangan peribadi sebagai penonton, contohnya pandangan seseorang yang cepat mual  dengan adegan yang terlalu jiwang karat.

Cerita dimulakan dengan majlis pertunangan Hamka dan Saidatul Nafisah. Saya kurang arif tentang isu penghebahan pertunangan jadi saya tak akan sentuh isu ini. So saya tak kisah sangat pasal tu. Yang saya kisah sangat, part pasangan bertunang ni bagi salam kat each other.

“Assalamualaikum, Cinta”
“Waalaikumussalam, Rindu”

Tidak keterlaluan saya katakan, bahawa sejurus selepas adegan ini, saya sedih kerana nasi beriyani yang saya makan sebelum menonton cerita ini meronta-ronta meminta dikeluarkan dari perut melalui mulut saya. disenangkan cerita, saya nak muntah, serious lah! Mungkin kerana jiwa saya yang tidak begitu jiwang dan romantis, tapi sungguh, pandangan peribadi saya mengatakan part tu sangat dramatik dan ‘poyo’ bak kat anak muda.  Bak kata orang putih pula, ‘cheesy!’. Like seriously, ada ke orang dalam real life buat camtu kat each other?
Kalau ada, nak buat macammana..biarlah mereka dan hidup mereka.

Kemudian ada ‘flashback’ adegan-adegan romantis Hamka dan Saidatul Nafisah.

Adegan flasback pertama, mereka berdua ditemani adik Hamka iaitu Hilma, sedang belajar mengaji. Baguslah kehadiran adik Hamka, sesuai dengan ajaran Islam supaya lelaki dan wanita yang tiada hubungan halal untuk tidak duduk/lepak/belajar mengaji/makan/tengok movie berdua-duaan.Namun kehadiran adik Hamka, Hilma, seolah-olah melukut di tepi gantang lols. Kesian beliau. Sebab walaupun beliau ada kat situ, Hamka lebih selesa duduk rerapat dengan jantung hatinya Saidatul Nafisah.

Tak cukup dengan itu, setelah Hamka bacakan tafsir Quran untuk kekasih hatinya dan adiknya yang masih lagi melukut di tepi gantang, tanpa disangka-sangka, Hamka telah bertindak melakukan penderaan domestik (lol dramatik) comel-comelan kepada Saidatul, walaupun mereka belum kahwin, tetapi pukulan comel ini telah diislamikkan dengan cara memukul iaitu menggunakan serban! Kita buang serban tu dari adegan ni, buang Quran, buang purdahnya, buang jubahnya, buang belajar mengajinya, maka sama saja dengan pasangan-pasangan yang belum halal di luar sana yang bersukaria bersentuhan, duduk dekat-dekat dan macam-macam lagi. Jangan cuba Islamikkan sesuatu yang memang terang-terangan tidak Islamik! Couple Islamik ana-enti oh pehlis!




















Adegan ‘flashback’ kedua, di mana saat yang amat sedih di dunia untuk Saidatul kerana Hamka bakal meninggalkan tanah air untuk belajar di luar negara. Tak kisah. Tapi yang tak cambestnye, bila Hamka hadiahkan ‘cenderajiwa’ (instead of cendera*hati*, geddit? Jiwang habes!) kepada Saidatul. Tak kisah. Part yang kisah, bila Hamka memakaikan serbannya ke atas bahu Saidatul. Alamak, mana lah saya tak geram tengok filem ni. Seolah-olah cuba menyampaikan, ‘mana ada kitorang bersentuhan, haram kot! Tapi dekat-dekat takpe, lagi-lagi ada serban ngan purdah, Islamik gittew’.

Kalau saya di tempat Sayyidatul Nafisah ketika ini, saya tampar je muka Hamka perasan ustad ni, pehh berserban konons, tapi tampar pakai sarung tangan la. Tampar biar bertempat. Tampar biar bersarung tangan. Tapi ni untuk pertahankan diri ok, jangan buatbuat blur pergi tampar ustad korang sesuka hati. ‘Saya pakai sarung tangan la ustad, ok what’ Taboleh!

















Lepas tu ada pulak adegan Saidatul ditemani Attar, watak lelaki kedua, di tengah malam, sebelah kolam ala-ala tasik. Saidatul tengah sedih lalu Attar datang untuk membawa kebahagiaan. Cuma mereka berdua berada di situ, malah kali ini lebih menyedihkan iman saya, kerana Hilma si pelukut di tepi gantang langsung tak ada. Yang ada cumalah …..syaiton. Hehe. Baik sungguh niat Attar, tak mahu biarkan Saidatul dalam kesedihan, lalu ditemaninya duduk di tepi kolam, tapi matlamat tetap tak menghalalkan cara kan?  Berfikirlah dengan iman dan akal, bukannya emosi semata!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

















Seterusnya, adegan yang tidak masuk akal kira saya. Attar terpaksa duduk di sebelah seorang wanita yang seksi. Jikalau Attar dibenarkan menggunakan otaknya dalam adegan ini, pasti dia bisa saja duduk di kerusi belakang yang kosong! Adegan ni memang sunnguh fail lah! Kalau nak buat cerita pun, letak lah passenger kat belakang tu, kononnya van tu penuh. Tak ada rasanya undang-undang di Malaysia yang mengatakan ‘Penuhilah tempat duduk hadapan, tidak kira jantina anda, kerana kita rakyat yang berdisiplin dan sentiasa terkehadapan jadinya semua orang jomlah duduk di hadapan’.


















Ada juga adegan seterusnya di mana Attar dengan sikap kurang matangnya pergi jumpa perempuan ni di rumahnya, iaitu rumah pelacur. Kenapa kurang matang? Sebab dia pergi sorang-sorang. Boleh je dia ajak pak cik van tu teman dia naik atas, sebab dia kan orang belajar agama maka dia tahu dia tak seharusnya berdua-duaan dengan perempuan ni. Tapi sekali lagi di sini kita tak boleh salahkan Attar kerana adegan ini, direktor tak membenarkan dia berfikir so dia go with the flow lah kiranya. Sian Attar. Lepas tu  kena peluk dengan perempuan tu..ha kan dah gelabah! Tu lah tadi saya suruh ajak kawan tak nak dengar! Saya cakap dah! Tapi ketika ini, Attar tak boleh lah tampar perempuan ni walaupun dengan bersarung tangan, atau letak alas kat muka perempuan ni, sebab perempuan ni jahil, dia tak tahu apa-apa pasal hukum Tuhan, lain keadaannya dengan  perbuatan Attar awal tadi, kerana Attar orang yang tahu agama. Can you see the difference? Ada yang berbuat dosa kerana mereka tak tahu, ada yang berbuat dosa walaupun mereka telah tahu. Jadi saya beritahu kat sini., lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin, haram baginya kamu menyentuh satu sama lain! Jadi sekarang anda sudah tahu makanya jangan buat ye? Kalau nak buat jugak, tanggung dosa sendiri. Gua dah ingatkan. Kat akhirat nanti jangan cakap pulak ‘saya buat dosa sebab saya tak tahu’.

Satu lagi part dating Islamik. Ok malas sudah nak komen, nanti panjang sangat penat orang nak baca. Dah lah rakyat Malaysia kurang gemar membaca. Ya Allah jadikanlah kami umat yang suka membaca, dan rajin menambah ilmu pengetahuan dan mengamalkan ilmu-ilmu bermanfaat yang kami pelajari!

Dating Islamik tahap ostat mana pon, kalau berdua-duaan sama jugak dengan orang lain dating, makanya kalau dating Islamik berdua pun tak dibenarkan, apatah lagi pergi makan ciken cop dengan boifren.  

(Saya harap rebiu ini tidaklah menyebabkan sesiapa di luar sana fikir Islam ini sangat tegas, kuno dan tak beri kebebasan langsung. Banyak yang Islam benarkan, tapi kalau kita focus yang tak dibenarkan saja, makanya memanglah nampak macam semua tak boleh.

“Mama nak jadi ninja boleh tak?”
“Mama nak makan najis boleh tak?”
“Mama nak makan abang boleh tak?”
“Mama nak makan serban boleh tak?”

See? Kalau kita tanya soalan macam ni, konfirm lah semua jawapan tak boleh! Salah lah kalau sebab semuanya tak boleh kita cakap mak kita suka menyusahkan hidup betul tak?

Padahal boleh je mintak ayam masak kicap, halal lagi mengenyangkan. Mintak makan serban, yang akan memudaratkan dan tak mengenyangkan, memanglah tak boleh!

Eh faham kan analogi yang cuba saya sampaikan?

Ada antara perkara yang memang boleh bertolak-ansur tapi ada sesetengahnya memang perlu diberi ketegasan.
Open minded atau berfikiran terbuka memang sangat bagus, kerana ia mengurangkan perselisihan, tapi janganlah kerana mahu terlalu berfikiran terbuka, iman kita digadaikan! Hah yang tu kurang pandai. Jom jadi pandai. Jom dalami ilmu agama. Best!)




















 Ok last. Adegan terakhir. Cuma nak cakap, saya tak akan sesekali berdiri sebegini dekat dengan seorang lelaki. Saya punya maruah! Dan wanita-wanita lain di luar sana. Kalau berdiri dekat pun kamu tak kisah, yang lain pun kamu tak kisah, maka hari ke hari maruah kita akan semakin pudar. Keep some distance!


















Bukan janggut yang perlu dicukur, dah elok dah ikut sunnah tu. Ilmu kena cari lagi, dan beramal dengan ilmu tu lagi penting!

Pasal tudung kecil dan purdah Sayyidatul Nafisah..omg boleh buat satu lagi rebiu! Purdah kecil nampak lubang hidung, tudung ikut shape badan, tak tutup dada dan sebagainya. Hah tengok tu sanggul dia besarnya! Macam zoom in pulak kan.

Rebiu ini bukanlah untuk mengkritik saja tapi untuk menjelaskan kepada mereka-mereka di luar sana yang kurang tahu, seterusnya menerima bulat-bulat tentang batasan lelaki dan wanita yang ditonjolkan dalam filem ini. Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak membantu. Secara seriusnya, kalau ada salah silap sila betulkan saya.


Yang baik, semua dari Tuhan.
Yang tak kelakar dan salah, semua dari kekurangan saya.
Yang alim-alim kucing, semua dari movie ni.
Yang perlu cukur janggut, Hamka, tak kemas.
Yang perlu beli kain lebih, purdah Sayyidatul Nafisah.

Yang perlu tuntut ilmu agama, kita semua.
Yang perlu beramal dengan amalan yang benar, kita semua.

Wallahualam.