Perempuan itu, bila sudah lama tak solat, dia akan kembali rindu Rabb nya. Memang fitrah manusia, mahu kembali kepada asalnya, mahu dekat dengan Rabb nya.
Awalnya, sukalah bila takboleh solat, lepas bukak puasa boleh duduk kat meja makan lama-lama, cerita pasal Nabi-nabi Allah dan ciptaan malaikat yang sangat superb dengan mama sebab beliau pun takboleh solat. Ya lah, best kot duduk kat meja makan lama-lama, rehat la kiranya kan. Lepas penat makan bersama orang-orang puasa, so duduk relax kan perut. (Penat makan? Banyak kau makan, minah?)
Lepas makan, tengok cerita HellBoy. Oh ada setan macho terlepas ni! Tapi ni cam setan baik lah, macam Casper, tapi gengster! Dan sedang aku khusyuk tengok cerita tu (sambil admire kemacho-an HellBoy lalu mengelap airliur eeeeesh!), ZUPPPPP….terlintas di minda aku dan HellBoy, di mana HellBoy tanya aku, ‘Eh, ni bulan keberkatan, bulan al-quran, bulan mulia, kamu tengok aku je minah? Tak nak cari berkat ke minah? You nak ikut I balik rumah ke? I tak kesssah you’. Maka aku pun menggelabah lalu mengucapkan Astaghfirullah kerana terlalu mengadmire Hellboy lalu mengucapkan SubhanAllah kerana terpegun dengan keunikan muvi ni. Begitu jauh tahap kekreatifan fikiran manusia, sehingga tercetusnya muvi sebegini, maka pastinya Khaliq kita jaooooooh lebih Hebat dari itu. Tiada batas dalam kehebatan Mu Ya Allah, SubhanAllah, Allahuakbar. Apa cukupkah pujian aku ini? Aku tahu tidak cukup..manakan pernah cukup Ya Rabbi, hinggakan tujuh lautan bisa kering, perlu diisi semula hanya untuk menulis kalimatMu.
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Luqman (31:27)
Sambil HellBoy aku tonton dan dalam masa yang sama cuba untuk tidak leka dari mengingatiNya (hiburan, hiburan jugak, Allah takboleh lupa!), aku mula terdengar orang solat terawih! Pehhhh agak jeles ye. Walaupun terawih itu memenatkan, namun pasti ada juga terpalit rasa seronok walaupun sebegitu kecil, jika kamu betul-betul ikhlas mencari redhaNya. Dalam penat, ada berkat, insyaAllah.
''…For without doubt in the remembrance of God do hearts find satisfaction…. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'' Ar-Rad (13:28)
Petang sebelumya, tengah dengar ceramah Yasir Qadhi, masyaAllah memang best, sambil kepala aku terlentoklentok tapi tak nak tidur sebab pagi tadi bangun *awal*…hehe. Sambil dengar ceramah, rasa jeles pulak kat orang lain, sure korang tengah baca Quran kan? Saya pun nak baca Quran! Tu lah kau minah, masa boleh baca, kau baca secotek je, ni dah tak boleh, mulalah gatal nak baca Quran! Hehe biasalah manusia, bila kehilangan sesuatu, barulah kita hargai kan? Anak derhaka, bila mak meninggal, meraung jugak. So jadilah anak yang solehah mulai saat ini ya!
Bila duduk sesaja tak buat apa-apa, mulalah rasa nak sujud lah, nak solat malamlah, nak borak dengan Kekasih waktu orang sedang tidur lah. Alhamdulillah aku bersyukur dengan rasa rindu yang hadir. Sebanyakbanyak dosa, Allah benihkan juga rasa sayang aku kepadaNya, ternyata dia Ar-Rahman, Ar-Raheem. Gimana lah kalau hati ini ditutup lalu takkesah untuk mentaatiNya? Audzubillah!
****************************
(bukak Yahoo! Images, ternampak Chris Brown, oh jantan, sudah lama aku tak mendengar suaramu. Kamu jeleskah aku menggantimu dengan Fahad Al Kanderi? Biarlah, aku cari jelmaanmu di syurga sana saja. Oh, kamu pun mahu ke syurga juga? Semoga ditiupkan hidayah. Ameen.)
(Bukak Yahoo! Images lagi, ternampak pulak Denzel Washington! Oh telah luput dengan serta-merta imej Chris Brown sebentar tadi. Sudah lama aku tidak menonton lakonanmu yang hebat. Mahu sahaja aku stalk kamu di YouTube. Tapi perempuan yang baik tidak memandang dan dipandang. Ternyata sebentar tadi aku TERpandang kamu, itu rezeki namanya. Ya lah, Ramadhan kan bulan keberkatan? Tak apa lah, aku kahwin dengan jelmaan kamu di syurga sana saja. Oh, kamu pun mahu ke syurga juga? Semoga ditiupkan hidayah. Ameen. Aku serious ni kenkawan. Tolong ameen kan ye)
(Elleh lelaki, korang menyampah aku puji Denzel Washington tapi kamu pun tak dapat nak nafikan bahawa lakonan dan mukanya MasyAllah samasama hebat kan? Hah? Tak? Cehh blah la u olls, Nabi Yusuf (a.s) lagi hensem laa. MasyAllah yang lagi besar di situ. )
Jom selawat yokk! Kamu pun rindukan selawat ni kan?
Ya Allah, aku syukur dengan holiday yang Engkau berikan ini, kerana dengan ini, kami kaum hawa, lebih kerap merinduiMu. Lelaki sila jangan jeles. Anda tiada holiday muahahaha~
Jap nak makan roti jangan tengok (^______^)
4 comments:
euw makan rotiiiii??!!!
elleh dari awak everyday makan burger royale!
http://www.youtube.com/watch?v=60mK6OhDwtM sudilah mendgrnya... =)
kak nina! saya tak thu nk tulis kat mana so sye tulis kat sini! haha :)
mcm mane nk buat ni ?
x faham ah maen bnde ni =.=
Post a Comment