Sudah lama aku menyepi kan?
Muahahaha.
But I’m back with good news.
Sudah jumpa blog Yunaa!
Aku bukanlah peminat Yuna, cuma excited. Tak tahu kenapa. Bukanlah aku ni nak jadi macam Yuna ke apa. Atau nak nyanyi macam Yuna. Atau nak cute macam Yuna. Cuma nak baca blog dia.
Its not that it matters that much, just happy to stalk another blogger.
Tapi aku tahu, banyak lagi benda yang important dekat dunia ni, contohnya, aku sendiri.
Semalam aku telah dikejutkan untuk bangun qiamullail. Bukannya orang kejut, tapi terjaga sendiri. Setelah penat dan puas aku berdoa, maka termakbul sudah doa aku, untuk bangun qiamullail betul-betul di sepertiga malam.
Tapi entah kuasa apa yang took over me, aku tidur balik. Bukan TERtidur balik, but simply, tidur balik, just like that. Without qiamullail itself.
Bila aku terjaga bangun Subuh, baru terasa, that betapa bodohnya aku. Ntah pape. Ingat senang ke orang yang suka tidur macam aku untuk terjaga qiamullail macam tu?
So, kenapalah aku kecoh sangat kan?
Sebab waktu aku terjaga tu, aku tersangatlah segar. Aku terjaga, then jenguk-jenguk tingkap, nak check cerah ke gelap. Langit gelap. Maknanya masih awal kan. Then aku tercari-cari handphone yang tersepit celah katil. Betapa segarnya aku waktu tu, aku berjaya keluarkan handphone tu dari tersepit.
Bila tengok jam, it was 4:01 am.
Memang waktu yang ideal untuk hamba-hamba Allah sedunia untuk sujud rebahkan dahi atas sejadah. Entah berapa banyak malaikat turun tengok orang sembahyang kan.
Tapi entah kenapa, dengan semangatnya, aku duduk, then, Bismillahirrahmanirrahim, tidur balik. Nyum nyum. Macam best sangat je. Siap baca Bismillah lagi tu. Padahal teruk sangat.
Bukannya aku mengantuk pun, malah tak mamai langsung!
Jadi aku masih tak faham kenapa aku boleh tidur balik without solat sunat even 2 rakaat je. Jahilkah aku? Rasanya bukan jahil. Tapi sedikit bodoh.
Perasan tak aku ni jenis yang suka comfortkan diri sendiri? Sebab aku tulis SEDIKIT bodoh, bukannya bodoh sahaja.
Alhamdulillah, sekali lagi Allah makbulkan doa aku dan kejut aku sekali lagi pada pukul 5:30, which then I snoozed the alarm clock for God knows how many times, till it stopped working.
Aku pun tak tahu kenapa begitu. Bila dah terbangun Subuh, I told myself, ‘Lessons are to be learned’. Kiranya ini pengajaran untuk aku supaya lain kali, bila terjaga, biarlah mengantuk macammana sekalipun, perlu qiamullail.
Sekali lagi proses comfortkan diri sendiri yang amat nyata. Aku memang seorang yang berjiwa positif. Oh tidak dapat dinafikan.
So kawan-kawan sekalian, jomlah qiamullail okayyy.


