Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

hotak-hotak Ramadhan

Assalamualaikum. Post ni sebenarnya untuk blog persatuan tetapi disebabkan masalah teknikal, tak berjaya post. Maka aku post di sini. Tak ada siapa kisah tentang asal-usul post ni. Awkward. *Kreek kreek kreek*

Post ni berdasarkan ceramah Ramadhan Mindset. Kalau malas nak baca panjang-panjang, dengar saja. By the way, beliau ialah my favourite speaker :) I present to you, Sh. Gyasi McKenzie! Nama sungguh STYLE!


---------------------------------------------------------


Sudah 20 hari Ramadhan berlalu, apakah semangat kita masih membara seperti hari pertama Ramadhan? Jujurnya, saya sendiri kecewa dengan prestasi amal ibadah sepanjang 20 hari yang telah berlalu ini. Seharusnya lebih hampir kepada penghujung Ramadhan, meningkatlah semangat untuk mengimarahkan bulan mulia ini. Tapi terlalu ramai antara kita yang sudah hilang semangatnya. Quran pun makin sikit, tarawihnya pun sudah kurang khusyuk, puasa tidak lagi sehebat hari pertama, qiamullail pun tidak istiqamah. Kalau hendak disenaraikan semua yang berkurangan, saya sendiri malu untuk menaip.

Jadi apakah yang menjatuhkan kita hingga sebegini? Walhal syaitan sudah diikat? Maka segalanya berbalik pada diri sendiri. Kita semua perlu mengubah pemikiran kita tentang Ramadhan.

Sheikh Gyasi Mckenzie ada menerangkan tentang perkara ini dalam ceramahnya yang bertajuk, Ramadhan Mindset.

1)            Ramadhan sebagai Bulan Kesulitan

Bila sebut tentang Ramadhan, ada saja yang mengadu ‘alamak Ramadan pulak. nak kena puasa lagi, terawih lagi, dah lah tak boleh hisap rokok’
Astagfirullah..mengeluh tak henti-henti. Jadi apakah solusi mereka yang berfikiran sebegini? ‘Hmm puasa je lah..nak buat camne’. Bagus kerana taat tapi tiada penghayatan dalam ibadah tersebut.

2)            Ramadhan sebagai Bulan Pesta Makanan

Benar kita perlu meraikan Ramadhan, tapi tak perlu berlebihan sehingga lupa tujuan sebenar Ramadhan itu sendiri. Berapa ramai antara kita yang naik berat badannya usai Ramadhan? Selalu saya terdengar rakan-rakan yang mengadu berat badan meningkat setelah selesai berpuasa sebulan. Apakah kamu benar-benar berpuasa? Atau berpuasa seharian sekadar untuk berbuka dengan nafsu makan yang menggila? 


3)             Muslim Ramadhan, Muslim Sebulan

Ramai yang bersetuju bahawa Ramadhan adalah bulan terbaik untuk melakukan perubahan. Ada pula yang mengatakan ‘Ramadhan ini membuka peluang yang baik untuk saya berubah menjadi Muslim sejati…..selama sebulan’. Apakah bulan Ramadhan saja diharamkan untuk kamu merokok? Apakah bulan Ramadhan saja Allah memerintahkan untuk menutup aurat? Apakah bulan Ramadhan saja wajib solat lima waktu? Seharusnya, perubahan Ramadhan ini kita bawa sehingga bulan-bulan yang akan datang.


4)             Ramadhan sebagai Bulan Teristimewa

Mereka yang berfikiran sebegini tahu akan nilai sebenar Ramadhan, sehinggakan semangat Ramadhan ini meningkatkan iman mereka ke tahap yang tak dapat mereka impikan dalam bulan-bulan lain. Ramadhan digunakan sepenuhnya untuk mencari redha Allah, memohon keampunan dan banyak lagi.

“Hanya mereka yang benar-benar memahami Ramadhan yang berjaya menunaikan hak Ramadhan”

Ya Allah, tingkatkan iman kami, bakar semangat kami, jadikanlah kami dalam golongan yang terakhir itu.

            Semoga bermanfaat.



------------------------------------------------------


Berakhir sudah formaliti. Kurang best sungguh menulis secara formal ni. Seolah-olah mencekik kretativiti yang sememangnya terhad. Selamat hari raya, tapi sebelum itu, selamat berpuasa, selepas itu, selamat mencari malam lailatul qadar.  

Ya Allah, sampaikanlah kepada kami malam lailatul qadar.



[1]


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



Wednesday, March 9, 2011

Hentikan mengumpat, mulut anda busuk!

Baru pulang dari tempat makan yang teh tariknya wujud sedikit rasa oren. Dan lai ci kang wujud dikit rasa sarsi.



Sejak kebelakangan ini, aku makan dengan amat sopan, kadang aku sendiri pun hairan. Mulut dibuka kecilkecil saja. Malahan bila mengunyah, mulut itu ditutup dengan tangan. Kelihatan makcik di hadapan aku tersenyum tersengihsengih, 'ah, wujud lagi ya gadis melayu terakhir di era ini' ' mungkin itulah ngomelannya di dalam hati. Kekekeke. Mulut saya terkoyak lah makcik, terkoyak. Mulut terkoyak. Mulut terkoyak. Mulut terkoyak. Ulangi bacaannya. Bunyi macam menakutkan yang amat kan? Mulut terkoyak sedikit makcik, makanya jika dibuka besar sedikit, sakit lah. Tapi kalau tak koyak pun, sopan juge, jangan risau ye.

Aku ke klinik gigi tempoh hari. Telah dibukanya mulut aku sebesarbesar alam, maka koyak lah sedikit di hujung mulut tu. Apa salah mulut ini doc?


Mengumpat? Hmm..tak kurang mungkin. Lately aku sangat sensitif dengan isu mengumpat, jadinya pasti aku perasan jika aku ada mengumpat seseorang. alahai mulut, kamu ada mengumpat tanpa aku istighfar kah?




Semakin aku elak mengumpat, semakin banyak pula aku perasan orang mengumpat di sekeliling. Tak mahu mengumpat, tapi terdengar kadang. Itu pun bersubahat kan?


Ai manusia, bikin salah sama Tuhan bisa minta ampun, bisa taubat, bisa istighfar. Tapi bikin salah sama manusia, perlu minta maaf sama manusia le. Tuhan Maha Pengampun, tapi manusia bukan gitu kan?


Apa yang seronok sangat cakap tak elok pasal orang lain ya? Kalau ditegur, nanti menjawab pula ‘betul lah! Memang dia tu macam tu!’ Ah malahan kita pula yang dimarah kembali. (inilah yang dikatakn bodoh sambil sombong, orang nasihat tanak dengar oh!) Iya jika kata kamu benar, itu mengumpat, jika tiada benar, itu fitnah. Mana yang lebih baik antara duanya?

backbiting. get it?

*Tapi jika sudah terlanjur mengumpat, makanya mohonlah maaf dari Tuhan, tapi yang penting juga, mohon maaf dari manusia. Hmmm gimana? Sebagaimana kamu telah berkata sesuatu yang tidak elok tentang A kepada B dan C, kamu perlu memuji A di hadapan B dan C, sebagai menebus atau menarik balik kata-kata kamu itu. Dan jangan lupa, doakan kebaikan juga buat A ya. Oh,  penting juga untuk minta maaf sama A, tapi jangan lah pulak cakap ‘sori dulu aku mengumpat kamu kat cikgu, aku bilang rambut kamu hodoh seperti Pengetua’. Cukup saja kamu katakan 'please forgive me if i ever thought any bad thing in my heart about you or said anything with my tongue''

*Secara kasar, rujukan dari Sheikh Yasir Qadhi. Kalau ada yang salah, mohon dibetulkan insyAllah.



#Aku suka perumpamaan ini, yang dirawikan dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a :

Angin ghibah itu adalah menghembus di zaman rasulullah s.a.w tetapi sedikit. Kini banyaklah ghibah dan meluas baunya hingga sulit dibezakan. Ini ibarat lelaki datang ke rumah tukang samak. Ia tidak tahan di situ kerana baunya busuk. Padahal penghuninya makan dan minum di situ dan tidak mencium bau busuk kerana hidungnya telah biasa. Demikanlah halnya soal ghibah di zaman kita.

‘’Takutlah ghibah, ia lebih kotor daripada zina. Mereka bertanya, ‘bagaimana ia lebih kotor daripada zina?’ Nabi SAW menjawab, ;Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum diampuni kecuali dimaaf oleh orang yang diumpat”                                                 
-Rasulullah SAW

Abul Laits al-Bukhari berkata,

‘Lebih baik aku berzina seratus kali daripada mengumpat satu kali’

#Rujukan : Terjemah kitab Mukashafah Al Qulub oleh Imam Al-Ghazali rahimullah.

Kiah : Eh jom ngumpat pengetua. Tadi kan, aku nampak beliau…
Wek : Tanak ah ngumpat. Haram wohh. Aku pergi berzina lagi bagus. Nak gi zina ah. K bye.

Taboleh!




Sunday, February 13, 2011

kapan kamu menghilang?

Secawan Nescafe buat santapan,
Ah tiada kata yang bisa aku ungkapkan,
Ku toleh ke sana, merenung the Holy Qur'an,
Ah belum bisa lagi aku menyelakmu hari ini teman,
Aku belum temukan masa, tapi iyalah, kapan lagi kan?

Pening melihat sesetengah orang,
Mahukan waktu lapang berjam-jam baru mahu dibuka Al-Quran,
Apakah untuk membaca hanya sehelai kamu perlukan sejam dua?
Tiada salah jika hanya punya waktu sepuluh menit untuk tatap kalam yang mulia,
Bukannya jika dilapangkan buat kamu waktu tiga empat jam,
Kamu bisa habiskan satu juz keseluruhannya kan?
Malahan mungkin saja tiga jam yang diberi, hanya setengah jam Quran sudah selesai dibaca,
Muka suratnya masih banyak, waktunya masih terluang, namun nafsunya sudah mendominasi,
Lupakah kamu ibadah yang terbaik adalah yang dibenci oleh nafsu kamu sendiri?
Aku bukannya memerangi kamu,
Malahan peringatan buat diri yang alpa selalu.

Maafkan aku oh Tuhan,
Di Mesir sana dialah teman sebaikbaik teman,
Tapi tiba di Malizia kami seolah berjauhan,
Aku rindukan kalamMu yakni al-Quran,
Apa kami bisa bersama lagi bak hari semalam?

Wahai nafsu,
Nyahlah kamu dari pandanganku,
Aku punya segunung waktu,
Namun kamu datang menyempitkan masaku,
Pasti dengan izinNya aku cuba perangi kamu,
Kamu yang dibenci imanku namun sentiasa dekat denganku.

"Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit dari membuka sebuah kota sendirian"
Nabi Sulaiman bin Daud a.s


Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan nafsunya. 
(Terjemahan Kitab Mukashafah Qulub)

Thursday, October 14, 2010

oh, aku sudah tiba di bumi unta.

Segala puji bagi Allah untuk angin sejuk yang mencengkam di waktu Subuh.

Segala puji bagi Allah untuk selimut london yang memanaskan badan dari angin sejuk di atas.

Segala puji bagi Allah untuk falafel masin yang sangat murah. 8 biji untuk 1 genih. Terlalu banyak hingga dibawa ke sahur. Bila sudah sahur tak termakan pulak. Bila bukak puasa falafel sudah hilang?

Segala puji bagi Allah untuk internet yang sudah terpotong. Jika masih ada pasti aku sedang merayau di YouTube kan. Ammu, dah bayar 35 genih lah! (Ammu cakap jangan upload photos di facebook, kalau tidak dia potong internet…????)
Alhamdulillah internet sudah ada!

Segala puji bagi Allah untuk pemanas air yang berfungsi hanya untuk setiap 1 minit pertama. Pastinya pahala extra untuk teman sebilik yang perlu selalu masakkan air untuk aku pada waktu pagi.

Segala puji bagi Allah untuk semua ahli rumah yang berusaha memelihara solat 5 waktu berjemaah. Siapa ya imam hari ini? Kamu tolak aku, aku tolak dia, dia tolak kamu. Kami semua tolak kamu, kamu jatuh, kamu jadi imam. Segala gagap bacaan aku, segala lupalupakucing bacaan aku, segala sumbangsumbang bacaan aku, namun, segala puji bagiMu yang masih memberi aku peluang untuk solat.

Segala puji bagi Allah yang memberkati aku dengan solat jemaah, sebagai imam walaupun jauh dari yang yang terbaik, sebagai bilal walaupun sangat tidak berlagu, sebagai makmum yang sangat berdisiplin, dan sebagai peng-ameen yang sangat berkaliber.

Segala puji bagi Allah untuk bakat memasak aku yang tak dapat dinafikan lagi.

Segala puji bagi Allah atas rezeki yang datang dari segala penjuru dunia yang tidak hentihenti. Makanan yang masih terhidang, akan terhidang, sudah terhidang lalu habis, lupa untuk dihidang, nugget yang masih belum habis, daging yang masih banyak, kopi yang hampir habis sebab selalu minum sebelum kelas tapi tetap mengantuk dalam kelas, sori professor, sori doktorah.

Segala puji bagi Allah untuk mama dan papa yang tidak keberatan menghantar aku ke tempat sebegini. Seumur hidup aku diuji dengan kelebihan dan nikmat melimpahruah, aku bisa merasakan kekurangan disini, semoga dapat mendekatkan diri dengan Tuhan. No worries papa, fulusnya masih cukup. Tapi jika mahu dihulurkan lagi, sesungguhnya tiada salah berbuat demikian.

Segala puji bagi Allah untuk roommate yang tidak tidur selepas Subuh dan selalu kejut aku ke kelas. Qis…bangun, dah nak 7.30. Mua, ada 8 minit lagi sebelum 7.30. Bagi Qis tidur lapan minit.

Segala puji bagi Allah atas lapan minit paling berharga untuk hari ini.

Segala puji bagi Allah untuk rasa mengantuk yang sangat nikmat. Sesungguhnya manusia ini, sangat gemarkan tidur! Baca ni. Jom kurangkan tidur ye~

Segala puji bagi Allah untuk Panadol, teman kecil ketika pening kepala yang kadang menjengah secara tibatiba. Telan 2 biji, tidur, maka hilanglah segala resah sakit kamu, dengan izinNya yang Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah untuk Suratul Waqiah sebagai peringatan setelah lama terlupa.

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. Suratul Waqiah (56:11-14)

Segala puji bagi Allah untuk kalimah ini yang menggembirakan hati aku.

Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Surah Al-Baqarah (2:215)

Segala puji bagi Allah untuk mata yang masih bisa melihat. Segala positif yang aku nampak, segala negatif yang aku nampak. Aku mohon jangan Engkau butakan aku di hari akhir nanti ya Allah.




Aku nampak 3 lelaki salin baju di belakang pokok. Apa mereka ingat mereka masih bayi?

Aku lihat sampah bertaburan di jalanan.

Aku lihat keldai busuk masih dipaksa meneruskan perjalanan, dengan beban lebih muatan, jika ia bisa berkatakata, pasti manusia itu dihambur dengan kemarahan.

Aku lihat wanita berpurdah meratarata, berjalanjalan membawa mesej; kehormatan adalah yang paling indah bagi wanita. Buat aku jadi malu dengan diri sendiri.

Aku lihat van kecil sarat dengan manusia. Kufikir kembali, apakah aku di India?

Aku lihat anak kecik bergayutan di tepi tram. Kufikir kembali, apakah aku masih di India?

Aku lihat makcik tua berdiri sambil membaca Quran, di celah kesibukan orang ramai.

Aku lihat semua orang sedang minum teh. Tapi aku cintakan Nescafe!

Disebalik kenikmatan menghirup udara berhabuk ini, aku lupa untuk bernafas kerana Allah.

Tika bersimpati pada pengemis kanakkanak ribena yang tidak pernah berkasut, aku lupa untuk memujiNya untuk kasut Converse yang masih bisa dipakai walau kotor berhabuk.

Di sebalik kesibukan mencari sheesh towuk terenak, aku lupa untuk bersyukur dengan nasi ala ala pulut di rumah. Serious beras Malaysia sangat enak. Sila bersyukur sekarang!

Aku lihat penjaga kedai itu kerjanya baca Quran sahaja. Bila azan, kedai ditutup dan terus dia solat. Apa pula alasan kami di hari akhir nanti, bila selalu lewatkan solat? Audzubillah.

Tika tidur di atas tilam lembik yang teramat enak Alhamdulillah, teringat pula akan tilam Rasulullah s.a.w. Jadi malu sendiri.







Angin sejuk masih bertiup, pasti sungguh enak jika aku tidur di dalamnya. Teruskan bertiup ya angin. Kamu sudah tukar fikiran aku. Sebentar tadi aku mahu belajar, sekarang kamu tiba lalu aku mahu tidur di dalam kamu. Selamat pagi wahai pembangun bagi, selamat tidur wahai punggungpunggung malas.
Tukar fikiran. Aku mahu pergi carving gigi dari lilin. Seronok kan? Ah, sudah pagi rupanya. Aku tidak tidur wooooooooooooo~

(maaf ye post ni sangat berterabur)

Sunday, August 22, 2010

nah sekarang kamu bisa dengar doaku

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada sayur, sesungguhnya ia pahit dan tidak sedap tapi mama cakap kena makan sayur nanti susah nak berrrr.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada  wang semata kerana Eminem cakap wang boleh membeli crazy-ass happiness dan aku tidak mahu gila-punggung.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada dakwah.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada tidur selepas Subuh, lalu disambung dengan tidur sebelum Zohor konon mengikut sunnah tapi mengikut nafsu.
(Eh, kamu juga ya?)

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada tahajud.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada HBO, eeesh banyak sungguh cerita best.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada RasulMu.
(Allahumma Solli ala Muhammad wa baarik wa sallim alaih)

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada YouTube.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada ad-deen al-Islam yang jameeeel.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada laptop yang sudah tak di-shutdown selama hampir seminggu.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada ibuku Radziah Mokhtar. Limpahkan dia keberkatan yang tak bisa dihitung. Sesungguhnya aku suka benar bila dia…mmm…ah, segalanya tentang ibu lah aku cintai! manakan bisa dibenci kan?

Ya Allah, Engkau hapuskanlah kecintaan aku pada pujian. Dan Engkau hapuskanlah pujian yang akan datang, sesungguhnya aku tidak layak.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada bapaku Nik Abdul Malik.
Limpahkan dia keberkatan yang tak bisa dihitung. Sesungguhnya aku suka benar jika dia memberi aku seringgit duit baki selepas ke bazaar, dan juga segalanya tentangnya.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku pada air Zappel yang kurang sihat, Tapi sungguh enak ya air itu. masyaAllah.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku pada keluargaku dan merekamereka yang bersamaku.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaanku pada kaum Adam yang terlalu kacak dan menarik di kaca telebisyen. Jangan risau wahai kaum Adam, aku kurang tertarik pabila di realiti, kamu selamat, kamu selamat dari fitnah ini insyaAllah.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaanku pada sujud. Dan buatkanlah imam di surau sujud lama sikit supaya aku bisa berdoa juga dalam sujud.
(Potong line betul pak imam ni kan?)

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan baru aku pada HellBoy, walaupun rupanya kurang menarik, namun dia sangat protective dan super badass, in a positive way of course.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku pada Quran, ya’ni kalimahMu yang sungguh indah. Dan jadikanlah ia lebih indah di mataku, telingaku, hatiku dan imanku. Dan berikanlah aku pemahaman terhadap bahasa yang indah ini, ya Allah.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku pada Mr.Internet yang semakin hensem di waktu malam. Mengapakah cinta kami jadi sebegitu utuh di kala malam menjelma?

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaanku pada majlis-majlis ilmu walaupun sekadar di YouTube, walaupun diselang-selikan dengan standup comedies kerana Biiznillah, ketawa itu sihat. (sila gelak tanpa sebab, sekarang!)

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku pada DeStorm. Masakan hambaMu bisa menjadi kreatif sebegitu, sudah tentunya Engkau, AllahuAkbar jaoooh lebih Hebat. SubhanAllah!

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku pada solat terawih, yang kadangkadang agak memenatkan lagilagi jika solat di sebelah makcik yang tak mahu rapatkan saff dan suka bergoyanggoyang oh amat pelik.

Ya Allah, Engkau hapuskanlah kecintaan aku kepada muzik. Indah, tapi lebih banyak hodoh dari hensem, Sudah aku larikan diri darinya, namun kaki masih menghentak mengikut rentak di dalam kepala, dan diri masih meng-humming di kala kebosanan.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada menulis di blog, walaupun tidaklah hebat mana, namun aku juga mau menyumbang setitik dua di medan dakwah insyaAllah.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada dunia dan seisinya. Aku cumalah pengembara yang berhenti di bawah pokok. Sungguh teduh pokok ini ya..Alhamdulillah.

source
Ya Allah, kejutkanlah aku jika di perjalanan ini, aku lalai lalu tertidur..sambil memakai topi?

Tuesday, June 15, 2010

monyet ukm curi milo ku terima kasih

Sesungguhnya.. perempuan itu tersangatlah istimewa..haha tak pasal tulis ni.

Tanpa perlu kamu bertanya, aku berminat untuk updatekan kamu tentang keberadaan aku di bumi ukm sekarang. yes this place is a 3 out of 10 tapi bi'ah tu lah yang buat aku rasa agak happy la. Suasana di sekeliling cikgu and kawan-kawan yang sentiasa memotivasikan aku untuk menjadi lebih baik dari semalam. Lebih muslimah dari semalam. Lebih menghambakan diri dari semalam. Lebih tawaduk dari semalam. InsyaAllah.

Aku di kem belajar arab tapi sebenarnya semuanya lebih dari tu. Oh sungguh dramatik ayat aku wahahaha! Maybe ni lah effect baca novel islamik melebih-lebih. Ehemm bukannya novel cinta yang tak ada sisipan ilmu and lalai semata-mata. Sungguh aku kurang suka orang yang kerjanya baca novel cinta kosong je, sebab macam mengfantasikan diri dalam dunia dramatik. Aku baru habis baca novel tautan hati by fatimah syarha. Seriously aku cakap, subhanallah, buku ni memang penuh, banjir, sarat dengan ilmu-ilmu islamik yang sangat-sangat perlu kita tahu. Ada jugak tips-tips dakwah yang sangat bagus, hadis-hadis yang cambest and other stuffs la. Aku juga sangat suka dengan kehebatan penulis tu menggambarkan tentang kehidupan seorang muslim/ah yang sejati. Dorang semua sangat jaga pandangan, sangat pemalu yang bertempat, berusaha untuk istiqamah mengenyangkan iman dengan ilmu dan peringatan demi peringatan. Tahajud pulak menjadi satu normalisasi, yang tanpa khuatir bisa mengubat hati-hati manusia agar sentiasa rindu, berharap, dan takut kepada Illahi.

Aku tak sabar nak habiskan course ni, tapi aku tak nak tinggalkan bi'ah separa Islamik yang sedikit sebanyak membantu dalam santapan nurani aku. Dramatik lagi. Aku cakap separa Islamik sebab of course la,  ni kursus arab, bukannya kursus Islami kan. Tapi yang menghidupkan bi'ah Islamik tu ialah orang2 yg sentiasa berusaha untuk mengIslamkan suasana, so lebih tenang la hidup korang kan. Aku sangat rrrespect mereka :)

Oh untuk pengetahuan korang, aku dah stop dengar music selepas aku agak insaf tengok pemuzik-pemuzik hebat tinggalkan dunia muzik hanya untuk meningkatkan iman. Tapi aku tak ada kuasa la kan untuk halang orang-orang sekeliling aku untuk stop music jugak, sebab, lain orang lain pandangan. Fatwa pun berlambak-lambak. Silalah kamu dengar apa yang Zakir Naik terangkan kat video di bawah ni.



Aku belumlah berubah sepenuhnya kan, sebab bila ada lagu-lagu yang sangatla best blasting di sekeliling aku, i can't help it but kaki aku sure ikut rhytm and mesti punya sing along. Then bila perasan, barulah cuba untuk buat benda lain dan jauhkan fokus dari lagu-lagu tu. Alhamdulillah setakat ni this 'no music' thing sangatlah membantu aku. Belum pun ada tekanan jiwa kan. Sebab tu lah aku percaya sesiapa yang cakap dengar music tu sangatlah penting kononnya untuk tenangkan hati, tolong belajar or stuffs like that, sebenarnya takdelah  camtu sangat kan. tu semua nafsu semata.

See you later.
Assalamualaikum.

Monday, May 10, 2010

lapar pada pukul 7.33 pagi

tanda solat tak khusyuk ----> angkat takbiratul ihram semasa duduk antara dua sujud. not funny.

janga solat ketika mengantuk. ada hadis yang cakap pasal ni, tapi buku tu hilang. insyaAllah lain kali aku tulis  walaupun takde sape yang mintak. sukahatilah ni kan blog saya. kalau solat subuh kadang-kadang ngantuk saaangat. jadi apakata kamu solat qabliah subuh 2 rakaat dulu (solat sunat 2 rakaat sebelum subuh) kira macam warm-up la kan. jadi by the time solat subuh tu, takdelah rasa ngantuk dah kan. subhanaAllah banyak sangat saranan untuk solat sunat qabliah subuh ni. sebab banyak jugah hikmahnya kot. wallahua'alam.

tanda solat tak khusyuk ----> terbaca doa makan semasa tahiyyat akhir. not funny.

ada ustad yang list out kan soalan-soalan yang perlu ditanya kat diri sendiri setiap hari, dari kitab apa entah, antaranya ialah 'sudahkah kamu menunaikan solat sunat rawatib (2 rakaat sebelum subuh)? nampak tak betapa pentingnya solat sunat ni? oh dan silalah istiqamah, sesungguhnya itulah yang paling disukai Allah, yakni sikit dan berterusan :)

bila ada ilmu baru sila buat catatan supaya tak lupa. kalau tak nampak sebab tulisan kecil, sila pasang lampu.


tapi jika kamu hanya terbangun ketika azan zohor berkumandang, maka rasanya kamu sudah terlepas solat sunat ini. sila mohon ampun dan qada' solat subuh dan silalah berhenti 'tertinggal' solat subuh, silalah berhenti beristiqamah meninggalkan solat subuh. tak ada unsur kelakar dalam hal ini. kalau tiap-tiap hari kena qada' solat subuh, maka silalah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar insyaAllah.


''Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesunggunhnya Dia jugalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.''  Al-Zumar (39:53)

Ehemm. Surah ini juga didedikasikan specially untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang masih lagi dalam kancah maksiat. Yang masih suka bermanja dengan boyfriend, walaupun tak manja tetap sama ok, maksiat jugak tu. Yang masih suka flirt dengan orang, berzina sini sana, on the phone for hours sambil mengilai-ngilai..dan banyak lagi bentuk maksiat lah. You get what i mean kan. Kiamat pun dah nak dekat ni.

tadaaaa.

Ma'asalama.

Thursday, April 29, 2010

Freehair kah? Dan to those yang sedang nak berubah...

Location : MPH Bookstore
Time : Redup-redup angin

‘Nanti I pergi Egypt, I nak pakai tudung macam tu, tapi tudung lain la, cuma saiz macam tu’. *pointing towards a group of girls yang bertudung labuh*

‘Apasal kena tunggu pergi Egypt? Benda yang elok, buat lah sekarang terus’. *muka nasihat dan perli at the same time*

Okay terimakaseh atas nasihat yang hebat ni. Obviously lah aku terasa, because it’s the same advice yang aku selalu beri kat kawan-kawan yang mintak sokongan untuk berubah. Aku selalu cakap ;

‘Bila kita tahu benda tu baik, buat je terus, kenapa nak tunggu certain event baru nak buat? Kalau nak tunggu kekuatan tu datang, sampai bila-bila pun tak kan datang. Kekuatan tu kita bina sendiri. Fikir positif. Jangan fikir apa yang orang cakap. Hijrah tu satu kemestian, bukannya pilihan.’

Rupa-rupanya mentality aku agak sempit. Aku terfikir bahawa kalau satu penghijrahan yang aku bebelkan selalu kat atas ni, cuma penghijrahan yang besar, bukannya penghijrahan kecil. Contohnya, dari tidak solat, kepada solat. Dari tak tutup aurat, kepada tutup aurat. Dari ‘in a relationship’ atau ‘its complicated’ atau ‘expexting someone’ kepada simply ‘single and loving it, alhamdulillah’.

Rupa-rupanya penghijrahan itu, subhanAllah, juga merangkumi perkara yang aku anggap kecil, wala haga. Mungkin dari bertudung menutup dada, kepada tudung yang dirasakan lebih modest. Atau mungkin dari sedikit kepada lebih banyak memahami tafsir al-Quran. Atau dari solat biasa kepada solat yang sentiasa awal waktu, dan lebih khusyuk!

Semua perubahan yang kita buat setiap hari adalah hijrah yang baru. Tak kira sekecil mana. Tapi janganlah asyik yang kecil saja, utamakanlah hijrah yang lebih besar.

Siapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Siapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela. (Riwayat Naim bin Abdur Rahman dan Yahya Bin Jabir).

Sekarang aku tengok banyak kempen-kempen kat Facebook. Alhamdulillah. Kempen Menutup Aurat. Perempuan Lebih Cantik Jika Berpurdah. Tapi satu yang betul-betul menarik perhatian aku; ‘Saya Freehair Tak Semestinya Saya Jahat’. Memanglah awak tak jahat. Bukanlah peribadi seseorang tu disandarkan pada pemakaiannya. But think about it this way, aku cebok idea daripada comedian Dave Chappele. You really have to watch this, he mashed up the whole idea and concept of dressing.

“just because they dress a certain way, does not mean they are a certain way, but ladies you must understand, that is effing confusing!”

Pardon the language. But afterall, the message is genius!

Memang tak pernah bila aku tengok seseorang yang free-hair aku rasa diorang jahat. Who are we to judge kan? But I just assume that you’re one heck of a brave girl. Dah dinyatakan dalam Quran,

‘Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya’ An-Nur (24:31)

Berani lah kan, untuk mengingkari perintah Allah. Ini satu perintah, bukannya nasihat. Okay mungkin ada yang free hair sebab tak tahu menutup aurat itu wajib, but now that you already know, wajiblah untuk kamu berubah. Tak perlu fikir apa orang kata, kamu buat benda yang baik, menutup aurat. Menjaga maruah diri, kehormatan diri. Mencari kebahagiaan di negeri akhirat. Tindakan yang sangat bijak.

‘Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat kecuali neraka. Dan sia-sialah di dunia dan terhapus apa yang telah mereka kerjakan.’ Hud (11:15,16)

See? Kalau dunia yang sedang kita cari, Allah akan berikan kegembiraan, nikmat yang cukup sempurna. Tetapi akan rugi di akhirat. Sekarang ni kita fikir, mana yang sementara dan mana yang kekal. Negeri akhirat itu yang berkekalan, dunia cumalah persinggahan. Biarlah kurang gembira kat dunia, kurang glamour kerana tutup aurat, nampak kodi sebab tutup aurat, but if cara ni lah yang akan berikan kita kebahagiaan yang berkekalan di akhirat, yang akan menjauhkan kita dari azab neraka, then,  this is the only way.

So with this, aku menyeru kamu semua untuk sama-sama menutup aurat. Ingat, bertudung sahaja bukan bermaksud menutup aurat. Menutup aurat tu menutupi semuanya kecuali muka dan tapak tangan. Kaki pun aurat. Berpakaian yang longgar. Then untuk skop yang lebih besar, hijab juga merangkumi batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Menjaga hati, menjaga lisan. Menjadi mutiara dalam Islam. Cantik, indah tapi sukar didapati,terlalu tinggi nilainya.

Okay insyaAllah, till next post.

Ma’a salamah.

See you laytahh..
ok that’s a bit lame.

J


Just for entertainment. One hella funny guy.

Wednesday, March 24, 2010

bila tali tasbih dirasakan terlalu panjang..


Dia masih solat. Solat fardhu. Solat sunat. Semuanya belum dilupa. Dia masih membaca Quran itu. Biar tergagap, biar tersekat. Dia masih puasa. Isnin. Khamis. Segala ibadahnya masih istiqamah. Segala ibadahnya masih terjaga.

Tapi jangan dianngap imannya tinggi menggunung.

Kerana imannya sedang kacau.

Tapi dia mujahid sejati, dikala iman rapuh dan nafsunya mencintai dunia, nafsu dunianya ditentang, semuanya kerana Penciptanya.

Tapi jangan dianggap imannya sudah tinggi menggunung.

Sungguh, iman itu sukar untuk ditafsir.
Adakah pada ibadahnya, solatnya, puasanya, atau hatinya?
Jika pada hatinya, maka hancurlah dia. Matilah dia. Remuklah dia.
Jika hanya pada solatnya, maka iya, senang saja dirinya.
Jika hanya pada puasanya, maka iya, selamatlah imannya.
Tapi pada apa iman itu?
Pastinya bukan semudah itu!

Kerana dia masih solat, tapi khusyuknya, nikmatnya tidak sama lagi. Dulu bisa menangis terus saat melantunkan al-Fatihah. Tapi sekarang tidak lagi.
Kerana dia masih membaca Qurannya, tapi feel nya tidak sama lagi. Dulu pasti beremosi. Tapi sekarang tidak lagi.
Kerana dia masih puasa, tapi nikmatnya tidak sama. Sudah hilang sedikit demi sedikit sinar menahan lapar itu.

Memang semuanya masih istiqamah, kerana iman yang hampeh bukanlah alasan untuk ibadah yang hampeh juga. Dia masih istiqamah, kerana dia tahu apa yang dibuatnya betul, benar. Sepertinya Oprah, tiada iman, tapi masih berbuat baik.

Ini bukanlah karangan untuk meyakinkan kamu, yang ibadah kamu itu tak perlukan iman, tapi sebaliknya, iman yang remuk bukanlah alasan untuk kamu tinggalkan segala kewajipanmu kepada Yang Maha Agung.

Lumrah.
Iman manusia bertambah dan berkurang.
Tapi bukan lumrah.
Ibadah manusia dibuat sekejap, ditinggal sekejap.
Kita hamba, bukan Pencipta!


‘Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati kami ini di jalan Mu’

‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami’

Semoga sakit iman kita semua terubat. Ameen.

(dia itu sahabat aku, pasti dia sedang membaca)




perut berbunyi gemparkan alam sunyi..

Pada aku, makanan merupakan antara nikmat paling hebat yang Allah bagi, selepas nikmat iman, Islam, family, good health and banyak lagi la. And makan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan selepas tidur. Kan? Aku tau semua orang pun setuju, sebab semua orang pun pemalas macam aku. Hehe.

Sekarang, sila benarkan aku list out makanan-makanan yang aku suka, sebab sekarang aku tengah lapar, dan sebab tu aku nak tulis pasal makanan je... So berikut adalah antara ciptaan makanan terhebat dalam kamus hidup makan ku.

1)        Ayam – drummet, ayam Nando’s, ayam kicap, ayam padprik, ayam masak merah..and bahagian ayam    yang paling best ialah drumstick and thigh.
2)        Telur – Omelette, scrambled, crushed, hard-boiled, half-boiled. Best part is the egg yolk.
3)        Nasik – nasik memang sedap


Ok  tu je yang aku nak tulis. And sebab when I first started this blog, I decided to make it a useful blog for dear readers, so kenalah aku selit sikit-sikit reminders here and there..

Aku nak ajak anda semua untuk sama-sama berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Jom sama-sama hidupkan sunnah Rasulullah. Kalau dah istiqamah Isnin dan Khamis, puasa tu takkan rasa sesusah awal-awal mula puasa. Ya lah, sebab kita dah set mind kita that kita akan berlapar hari Isnin dan Khamis. 2 hari seminggu je people. Bukan puasa sebulan pun kan.

Seriously people, jom puasa Isnin Khamis!

Kita harap saja amalan sekecil ni boleh bantu kita di hari Perhitungan sana.
Sesunggguhnya semuanya bernilai di sisi Allah s.w.t.


Sunday, February 28, 2010

cara dakwah dari otakku yang belum genius

Dalam setiap perbualan atau perbuatan itu mesti ada sekurang-kurangnya satu peluang kecil untuk menyampaikan nasihat, atau larangan. Seriously. Teliti betul-betul.

Contoh ok;

Ali : Jom gi makan!

Samad : Alaa, aku belum semayang lah! tunggu jap weh, aku semayang kejap je! Tak sampai 5 minit pun…jap eh, jap eh, kejap je…..

From the way Samad cakap, we can conclude few points..

“Alaa, aku belum sembahyang lah!”

Expression ‘alaa’ menunjukkan Samad ni terbeban dengan fact yang die tu belum sembahyang, and die menyesal apasal lah die tak sembahyang awal-awal dengan Ali. And obviously die sedang rase malas nak sembahyang.

“Tunggu jap weh..”

Jelasnya, dia sedang membantutkan aktiviti orang lain, sedangkan orang lain dah sembahyang. In other word, dia sedang MENYUSAHKAN orang lain. Dah lah Allah tak suka, manusia pun menyampah nak tunggu. Seriously, aku pun penat bersabar dengan orang yang macam ni. Asyik menunggu je!

“Aku semayang kejap je! Tak sampai 5 minit pun..”

Aku tak tahulah abang Samad ni solat apa yang tak sampai  minit pun. Setengah rakaat je ke solat tu bang? To’maninah mane? Ni lah, kerja buat akhir waktu, selalu tergesa-gesa, cikai dan tak ada kualiti langsung. Bila dah 5 minit je solat, jelasnya, tak ada zikir, tak ada wirid, tak ada doa.

“Jap eh, jap eh, kejap je…..”

Oh Samad, memang engkau menggugat kesabaran aku! Sila solat awal waktu lain kali! Memang agak memanaskan jiwa bila seseorang suruh kita tunggu dia ‘sekejap’, dan lebih manyakitkan bila kita tahu sebenarnya ‘sekejap’ itu adalah lama. Rasa macam diperdaya bulat-bulat kan? Ikut logik iman, mana ada solat yang sekejap je.



Inilah peluang yang aku cakapkan. Tak perlulah Ali senyap saja dan mengangguk terhadap request Samad untuk tunggu dia. Sebaliknya, bagi lah si Samad sedikit peringatan. Mungkin dia lupa, atau mungkin dia tak tahu. Here it goes;

Ali : Tu la kau, aku ajak semayang awal-awal tadi taknak, kan dah lembap. Allah suruh sembahyang awal tu banyak benefitnye, kite je tanak ikut. Lain kali solat awal waktu ok?


“Tu la kau, aku ajak semayang awal-awal tadi taknak, kan dah lembap.”

Marah sikit-sikit je, biar dia ingat. Jangan melebih-lebih, kalau tak dia tak akan terima nasihat seterusnya.

“Allah suruh sembahyang awal tu banyak benefitnye”

Bagi peringatan kat dia. Tapi tak perlulah on the spot beritahu dia benefit-benefit solat awal, nanti dia menyampah pulak. dah macam tazkirah pulak kalau panjang-panjangkan nasihat tu.


“Kite je tanak ikut”

Highlightkan lagi bahawa memang kita semua yang banyak salah. Janganlah cakap, “kau je bodoh taknak ikut”, kalau macam tu sampai bila-bila pun dia tak nak dengar nasihat kita kan.

“Lain kali solat awal waktu ok?”

Awal-awal tadi kan dah marah sikit, so last-last perlulah berlembut semula. Nasihat yang lembut lebih mudah diterima berbanding nasihat yang tinggi suara, mengancam melebih-lebih dan macam-macam lagi cara yang tak sesuai.


Ingat, dalam mengajak orang melakukan kebaikan itu, perlulah berhikmah. Tak perlulah selitkan nasihat dan larangan dalam setiap 30 saat dalam SETIAP perbualan. Kalau macam tu, maka gila lah orang yang dinasihat tu. Secara umum, mesej-mesej berbentuk nasihat semata-mata memang agak membosankan. So janganlah membosankan dan menyeksa rakan-rakan korang dengan nasihat sepanjang masa. Kalau aku, sure aku lari dari orang macam tu. Sebab tu lah ramai orang yang suka lari dari orang yang berbuat baik, sebab tak nak rimas dengan nasihat yang tak habis-habis. Chill la kan? Janganlah jadi orang yang membosankan.



Kalau nasihat dan dakwah tu jadi something yang membosankan, maka susahlah untuk orang lain menerima ajaran and kebenaran.

Ini cerita yang biasa kita dengar;

Perempuan: (bangga) eh mak aku tak kasi aku pakai baju sleeveless depan ayah and abang-abang aku tau. Macam seksi, so kira tak elok lah.

Perempuan 1 : lagi baiklah kalau mak kau tak bagi kau pakai baju ketat-ketat depan jantan-jantan lain, daripada tak boleh pakai sleeveless depan family sendiri.

Perempuan : bukan macam tu, aku pun malu nak pakai sleeveless depan ayah and abang aku.

Perempuan 2 : kau pakai baju ketat-ketat macam ni, mak kau kasik pulak? tak malu pulak? kalau aku ni lelaki, sure aku tengok kau punya ‘tu’ all the time!

Perempuan : eh mana ada ketat, ok what? ( sambil cuba tarik-tarik baju yang ‘melekat’ kat badan)

Perempuan 2 : haishh, yang pergi haramkan yang halal, then halalkan yang haram buat apa?

Perempuan 1 : aku tak pernah tak pakai sleeveless depan family aku, tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi tak tutup aurat dengan lelaki lain. Aku rasa ni lagi halal.

Dakwah sebegini cuma untuk sesetengah orang, iaitu orang yang suka menafikan kebenaran, orang yang obvious dia buat salah, tapi tak habis-habis defend diri sendiri.

Yang paling penting, semua dakwah perlu berhikmah. dakwah tak perlukan keganasan, tapi ketegasan di sebalik kelembutan.  

:)


Tuesday, January 12, 2010

at last...internet!


Bila kita sudah nampak jalan yang benar, kita sedar kita perlu berubah. Perlu mengubah arah, dari jalan sekarang ke jalan yang benar itu, yakni jalan menuju ke akhirat yang bahagia.

Dari titik inilah kita sedar bahawa terlalu banyak yang kita sudah berbuat salah, persis orang yang jahil pula. Sedangkan bukannya jahil, tapi sombong untuk menerima kebenaran yang nyata.

Dan pada saat kita berhijrah inilah mata kita jadi lebih terbuka. Kita jadinya lebih aware dengan apa yang orang-orang sekeliling kita lakukan. Setiap perlakuan mereka kita hakimi, baiknya atau buruknya. Yang baik itu kita kagumi. Yang buruk pula, kita jadi takut. Takut kerana dia tak berubah, dan takut kerana kita tak berani mencegah.

Mula aku terfikir. Kenapa sekarang kita jadi lebih observant dari dulu? Baik buruk orang lebih jelas pada mata kita sekarang? Lagian yang buruknya?

Iya, kerana kita pernah jadi orang itu.

Yang solatnya sering saja lewat, yang auratnya jauh diambil berat.

(Tapi bukanlah bermakna pada saat ini, kita aja yang benar. Bukannya kita malaikat, malah jauh sekali. Jangan sesekali rasa diri ini lebih baik dari orang itu. Mungkin orang itu sedang jahil, sedangkan dulu, bila karakter kita sama aja dengan orang itu, kita malah tau kita sedang salah. Makanya, syukur saja pada Allah kerana ditunjuki jalan yang benar)

Jadi kenapa kita takut aja cegah orang itu dari menyentuh dosa?

(From my point of view)
Kerana , orang yang mula berubah, perubahannya jelas sangat dilihat dari mata orang lain. Karakternya jadi lain. Lebih lagi yang perempuan. Hijabnya sudah lain, cakapnya sudah lain, gaulnya juga sudah lain. Mungkin tidak lagi bermanis-manis dengan yang pria.

Jadi, ada segelintir masyarakat yang ngakk enak dengan hijrah ini. Mungkin kerana orang yang sedang berhijrah itu, pernah menegur si pembuat salah ini. Niatnya baik loh, tapi sering saja disalahtafsir. Sering saja mereka digelar ‘ustadzah’, ‘ustadz’. (Kalau mau husnuzon) oke mungkin penggelar itu ikhlas memanggilnya ‘ustadzah’, sebagai doa. Tapi bila difikir, bunyinya seakan memerli aja kan?

Kononnya di mata mereka, ‘ustadzah’’ustadz’ ini menunjuk-nunjuk, atau tunjuk pandai. Ada juga yang katanya, ‘ustadzah’’ustadz’ ini lagi gelabah dengan hijrahnya. Atau bahasa modenis-nya, ‘budak baru nak up’. Masakan bisa digelar to that extent?

Pada pandangan aku, orang yang menggelar-gelar sebegini, amat rude, and they have no manners at all. They refuse to accept that they are the one who’s in the wrong, dan kerna itulah mereka jadinya keras hati, tak mahu melihat perubahan orang lain dari segi yang positif.
(Aku malah kasihan orang sebegini, makanya doakan aja untuk mereka, agar diberi hidayah oleh Allah)

Jika ada yang memakai socks, kiranya untuk menutup aurat, dan kita di sini semua sudah jelas, malah lagi terang-terangan bahwa kaki itu juga aurat untuk wanita.

Maka kenapa pula dilabel sebagai bida’ah?

Jika pada mata kamu, kita menutup aurat itu bida’ah, Islam apa kamu ini? Beri fatwanya, beri mazhabnya!

Jika kita tak mau berpacaran, kerana lagi terangan ianya menjurus zina, dan sudah Allah beri amaran, la taqrabuzzina!

Maka kenapa kita dilabel sebagai mengada, malah sombong?

Islam apa kamu ini?

Mengapa suka benar provoke kemarahan seseorang?

Jika kamu tidak mahu berubah, maka silakan ya akhi, ya ukhti. Tapi mohonnya ya, beri kita peluang untuk berhijrah! Kenapa mahu disekat?

Fikir saja begini: kita sayang sama kalian, jadi kita juga mau kalian sama-sama berubah. Amar makruf nahi munkar kan? Jadi mengapa negatif saja pemikiran kamu itu?

Omongan di sini bukanlah kepada one particular person saja, tapi kepada semua orang. Kepada aku juga, dan kamu semua juga.

Jika ada teman yang mahu hijrah, ikuti dia. Jika kamu tidak mahu ikut hijrah, itu masalah kamu, tapi jangan disekat hijrah orang lain!

Jadi siapa yang bida’ah sekarang?

Wednesday, January 6, 2010

back watching Aa Gym


''makanya langkah yang paling efektif supaya tidak terjadi maksiat adalah, semenjak lintasan awal, CUT!"
"ingat dia, bungkus...buang"

loh, senang banget kan?
iya ngomongnya aja mudah, prakteknya susah tau gak!

amalan terbaik ialah yang dibenci oleh nafsu
iya, memang sukar untuk mengelak, tapi jika ada keinginan dan usaha,
insyaAllah sukses..
dan kerna ia sukarlah, kita semua butuh kekuatan,
kekuatan yang dibina atas rasa yakin dengan janji Allah,
dan atas rasa dahagakan ridhoNya.

zina hati itu halus,
jangan mudah terpedaya

this kiyai surely woke me up



Wednesday, December 30, 2009

setelah agak lama aku membisu..

..and walaupun aku tahu tiada orang yang menunggu post aku.heee..agak pathetic bunyinya

---------------------------------------------------

NIKMAT IMAN DAN ISLAM

Tadi aku passed by a lady yang tengah sembahyang. I think she’s a Hindu, and obviously a devoted one. Lepas tu terlintas kat hati aku, that ‘’kan bagus kalau dia guna keseriusan dia dalam agama dia tu, and guna kat agama Islam. Kan lagi berbaloi?’’

Tapi kita tak boleh lah pergi dekat that lady and cakap kat dia, ‘’ruginya you, semangat sembahyang kat Tuhan, tapi agama you salah. Kalau you Islam kan bagus’’. Maka dengan izin Allah, mungkin korang akan diberi pelempang. Berdakwah pun kenalah berhikmah. Janganlah directly kita beritahu dia that agama dia tu gila punya salah and terpesong, tapi tunjuklah Islam ni ‘lagi benar’ dari dia punya agama.

Tapi aku disini bukanlah nak ajar korang cara berdakwah yang betul, sebab aku pun tak berapa nak betul. Tapi nak ajak korang sama-sama renungkan nikmat yang Allah bagi kat kita. Bak kata pepatah, hutang budi dibawa mati. Tapi budi Allah ni, mati sampai hidup balik pun terbawak-bawak lagi. Pehhh! MashaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Subhanallah…etc. So korang pun tanya, “so what’s the budi, qistina?’’

Budi Allah tu ialah nikmat Islam dan iman yang Allah kasik kat kita. Ingat semua orang ke dapat jadik Islam, and lagi best, dilahirkan dan dibesarkan dengan agama Islam. Plus, umat Rasulullah s.a.w pulak tu. We, sebagai umat akhir zaman, sangat lah special sampaikan kat akhirat nanti, orang lain tak dapat masuk syurga selagi kita tak masuk. Wallahualam.

So adakah kita sudah bersyukur to be born as a Muslim, and to have faith in it?

Mungkin ramai yang tak sedar that to be a Muslim adalah satu hadiah yang sangat best. Ok we take Oprah Winfrey as an example, it cant be denied that dia sangat-sangat lah pemurah, baik hati. MasyaAllah. Sikap dah sebaik a Muslim should be, cuma iman yang belum ada. Tapi kita Muslim ni, iman dah ada, cuma diri sendiri malas nak jaga iman tu.

Tak nak lah jadi Muslim hanya sebab nama kita ada Abdul, Ahmad, Mohamad, Nur atau Aishah. Biarlah kita bernama Muslim kerana iman di dada. Kerana kita percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya. Juga kerana kita choose untuk patuh dengan suruhanNya, jauhi laranganNya dan ikut sunnah KekasihNya and macam-macam lagi.

Tau tak betapa beruntungnya kita sebab sedia ada dilahirkan Muslim? Sebab ramai orang kat luar sana yang bukan Muslim yang tengah terkapai-kapai cari kebenaran dalam agama. Nak kena cari kebenaran dalam semua agama. Islam tak datang bergolek kat diorang, they have to search for it. Tapi Islam datang bergolek kat kita, cuma kita tak perasan. Dab sebab Islam tu datang bergolek kat kitalah, kita tak value Islam itself. Sebab tu lah mostly mualaf value Islam lagi hebat dari a born-Muslim value Islam.  Mualaf kena pulak face hatreds from family and friends hanya sebab nak menganut agama Islam. And that made them stronger. Alhamdulillah.

I came across a story about a Military Guard kat Guantamo, Terry Holdbrooks yang masuk Islam masa dia bertugas kat sana. Reading about it, I was touched by his view about Islam. Dia cakap,

“Islam satu ajaran agama yang penuh disiplin, yang rejimennya merupakan satu kepercayaan yang teguh, yang menuntut segala usaha dan keyakinan yang kuat dan semua ini mungkin ditemui dalam dunia ketenteraan tetapi tidak sehebat sebagaimana yang ada dalam Islam”

to know more about him, baca dekat sini, dan sini.

Kan bagus kalau kita semua pun pandang Islam sehebat cara dia pandang?
It took him to witness hardships barulah dia dapat nampak keindahan Islam dan terima Islam.

So kita patutlah bersyukur that kita tak perlu face any hardships untuk jadi seorang Muslim. Kita jadi Islam secara percuma je. Keluar perut mama, terus jadi Muslim.

Tapi ingatlah, kita jadi Muslim je free..
Masuk syurga tak free..Masuk syurga tetap kena ada tiketnya..

Jadi to my dearest readers and me, value lah nikmat Islam dan Iman yang Allah bagi kat kita. Sebab manalah tau IF we take it for granted, Allah tarik balik nikmat ni dari kita. Kiranya mula-mula kita dah kat jalan yang paling benar, then tiba-tiba kita terpesong jauh..lepas tu bayangkan pulak KALAU Allah hijab hati kita dari terima hidayah. Then melepaslah peluang untuk ke  syurga.

Metafora nya kira macam ni lah : Aku dapat tiket muvi cita Avatar FREE, but aku bodoh, so aku buang tiket tu dalam longkang. Later on bila aku sedar cita Avatar tu best sangat, aku pergi semula longkang tu cari tiket, tiket dah tadak. Rugi kan??


Orang beriman pastinya Muslim, tapi seorang Muslim tak semestinya beriman.


Sekadar omongan di malam yang buta.
Tidur lewat lagi. Haishh.




Tuesday, December 29, 2009

dah lama aku tak menulis kan


Ada perumpamaan yang bermaksud :

Sehebat-hebat kegembiraan di dunia akan terhapus pabila menerima hanya sekecil-kecil balasan di akhirat.

Bayangkanlah, bertahun-tahun semasa hidup kita lalai dengan kegembiraan dan nafsu-nafsu keduniaan. Semuanya tak berbaloi langsung di saat kita menerima balasan di sana.

Kerana kita lupa, yang berkekalan cumalah di akhirat sana. Kegembiraan dunia hanya sementara.
Kenapalah kita masih sibuk mengejar yang sementara?

Bukannya salah bergembira, tapi salah bila tak mengikut ajaran islam.
Memang gembira bila berkasih sekarang, tapi bukankah yang halal itu lebih baik?
Kenapa mengundang kemurkaan Allah dengan yang haram?

Ingatlah,
Siapa pun kita di dunia ni,
Apa pun yang kita buat yang orang nampak,
Apa pun yang kita buat yang orang tak nampak,
Semuanya Allah tahu,
Semuanya Allah hitung.

Janganlah dipandang rendah terhadap mereka yang mengikut jalan yang lurus,
Kerana mereka mencari redha Allah,
Untuk dibawa ke hari Perhitungan..
Kita pula mencari kegembiraan semata,
Tapi untuk dibawa ke mana?

Betapa hebatnya kamu di dunia,
Lambat-laun akan dibalut kain putih juga,
Akan ditanam dalam tanah juga,
Di alam kubur,
Nasib kita  berbeza,
Samada terseksa atau bahagia di bawah sana,
semuanya berbalik kepada diri sendiri,
Yang pastinya, nasib mereka yang di jalan lurus lebih baik dari kita, yang sibuk mengejar keduniaan,
Tidak menyesalkah setelah kita memandang rendah terhadap mereka?

Cuba toleh kembali,
Adakah ajaran Islam menjadi priority dalam kehidupan kita?
Atau sekadar acuh tak acuh?



Monday, December 21, 2009

mimpi itu

7:04 AM

2 hours ago aku termimpi.
Bahawa dunia yang kita agung-agungkan ini sudah sampai penamatnya.
Bermula dengan gegaran kecil lalu aku berkata ‘maybe it’s nothing’.
Diikuti gegaran yang lebih dahsyat lalu aku menjerit ‘it’s the end of everything!’.

Itulah hari kiamat.
Disaat muka si kafir bertukar muram, bila menyedari janji Allah itu tiada dusta.
Tapi bukanlah bermakna si Muslim itu pula melonjak riang.
Gimana mahu melonjak riang jika dosa masih menggunung?
Aku lah si Muslim itu. Yang bermimpi menyambut kiamat dengan wajah sugul.

Minda aku kacau.
Malam terakhir ini aku tidur lewat, tapi bukan untuk beribadah.
Witir ku entah ke mana. Al-Mulk ku entah ke mana. Usah pula ingatkan zikir.
Mengapa malam ini jadinya yang terakhir?
Belum lagi aku bertaubat nasuha.
Terbayangkan azab di neraka. Terlalu hina untuk dambakan syurga.

Bayangkan saja ketakutan aku dalam mimpi itu. Dalam keadaan langsung tidak bersedia, lalu hari kiamat itu tiba. Tanpa amaran yang jelas!
Tapi rupanya aku yang buta. Sudah banyak tanda-tanda yang tiba, cuma hati tidak mahu berfikir. Itulah, hati seorang hamba yang terlalu selesa dengan dunia.

Aku cuma bermimpi, tapi dapat aku rasakan degupan hati aku yang maha kencang itu.
Debaran melampau kerana aku tahu sudah tiada ruang untuk bertaubat.
Masakan taubat masih diterima sedangkan kiamat itu sudah tiba?
Tidak!

Kenapalah semalam aku tidak solat witir sebelum tidur?
Sekurangnya boleh dibawa bekal.
Dan kenapalah aku tertinggal bacaan al-Mulk?
Sekurangnya boleh kurangkan azab nanti.
Di sinilah aku mengerti kenapa hari akhir itu digelar ‘Hari Penyesalan’.
Kerana pada masa inilah kita look back, dan berharap,
Jika bisa aja masa itu diputar kembali.
Dan jika bisa aja amalan  itu dan ini dibuat dengan lebih banyak.
Jika bisa hidup lagi dan pahala dikumpul kembali sebanyak-banyaknya.
Bisakah diberikan peluang sebegitu?
Hari yang penuh penyesalan. Sudah tidak boleh menoleh ke belakang.
Saat kita semua sedar bahawa kita sudah bodoh di dunia.
Peluang tidak digunakan sebaiknya. Lebih banyak sialan dari amalan.
Naudzubillahiminzalik.
Maka hari akhir itu disambut dengan wajah muram, pucat, penuh penyesalan dan sentiasa dalam ketakutan.

Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”. Al-Mulk : 10

Imagine the relief, bila ku buka mata dan nampak mama di depan mata, kejut solat subuh. Alhamdulillah! Yang Maha Penyayang masih berikan aku masa mengumpul bekal. Memang betul kata orang, bila sesuatu itu menjadi pahit sebentar, baru lah kita hargai kemanisannya.

 Hargailah setiap nafas di dunia. Hiasi setiap nafas dengan pahala, biar mewangi nafasmu itu, bak kasturi.

Hendak saja aku detailkan mimpi itu, tapi kata mereka, mimpi jangan terlalu dihebohkan. Jadi elok saja lah aku sampaikan pengajarannya saja. Semoga sampai ke lubuk hati dan minda setiap yang membaca.


Apabila berlaku hari kiamat itu
Tiada sesiapa pun yang dapat mendustakan kejadiannya
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat)
Ia berlaku semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan
Dan gunung-ganang dihancurkan selebur-leburnya
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran
Dan kamu pula menjadi 3 puak
Puak pihak kanan - alangkah berbahagianya puak itu
Puak pihak kiri – alangkah seksanya puak itu
Dan orang-orang yang telah mendahului dalam mengerjakan kebaikan di dunia - yang akan mendahului menerima balasan sebaik-baiknya di akhirat
Al-Waqiah : 1-10


Mereka bilang, setiap perubahan itu memerlukan point permulaan.

Ini point aku. Cuma mimpi kecil.

Apa point kamu?




Sudah kesiangan pula.
Langit masih cerah.
Kiamat belum tiba,
Fuhhhhhhhh!




Tapi mungkin aja Jumaat ini.





8:06 AM


Thursday, December 17, 2009

bila iman serapuh kaca


Bismillahhirrahmanirraheem..

Waktu wirid tadi, otak pula terfikir. Adakah setiap lantunan zikir atau tasbih ini betul-betul bermakna? Atau sekadar pengucapan di mulut? Adakah hati turut berzikir?

Terkadang ketika wirid, niat di hati mahu saja cepat selesai wirid ini, kerana banyak yang nak dibuat usai ibadah ini. Terkadang juga diri sendiri terlalu berkira dengan wirid sendiri, mahu sahaja berhenti setakat kiraan tertentu, tidak mahu terlebih wirid. Tapi alhamdulillah, terkadang mahu sahaja terus berwirid tanpa henti. Mahu tenggelam dalam rasa kerendahan hati di saat memuji DIA. Bilamana setiap lafaz wirid itu difahami maknanya dan dihayati dengan hati yang benar-benar inginkan khusyuk dan dekat dengan DIA.

Terfikir juga, adakah ketika menyebut Allahuakbar, adakah benar sedang memikirkan bahawa DIA itu Maha Besar atau dilafazkan hanya sebagai ibadah yang sudah terbiasa dilakukan. Tak salah membiasakan diri dengan ibadah, tapi tak salah juga dan lebih baik juga untuk menghayatinya dan melakukannya kerana rasa ingin, bukan setakat rasa perlu.

Ibadah kerana rasa ingin lebih nikmat dari ibadah rasa perlu, tapi yang terbaik ialah kerana rasa ingin dan tahu ianya perlu. Ingin dekatkan diri dengan Pencipta, dan perlu kerana itu tuntutanNya serta perlu untuk mencari redhaNya.

Apa makna hidup jika tiada keredhaanNya?
Kegembiraan kosong.
Ketenangan palsu.

Pernah juga selepas solat fardhu, cuba cari alasan untuk meninggalkan solat sunat ba’diah. Semuanya kerana malas. Kerana iman sedang di tahap serendah-rendahnya. Tapi bila terjumpa alasan, kononnya perlu bersiap untuk ke kelas, terdetik kembali bahawa ‘amalan yang terbaik itu ialah yang dibenci oleh nafsu’, Umar bin Abdul Aziz. Alhamdulillah, Allah selamatkan iman yang sedang rapuh. Memang benarlah DIA itu as-Salam, Maha Penyelamat. Terfikir pula macammanalah kalau diri ni terus hanyut dengan kemalasan dan terikut-ikut nafsu untuk meninggalkan solat-solat sunat, pastinya syaitan jahannam tersenyum riang dan mardhatillah itu bisa lari mengikut tiupan angin. Dan iman itu bisa gugur sepertimana gugurnya daun-daun kering.

Tapi iman ini bukannya seperti dedaunan kering, yang layu dan gugur setelah cukup lama berada di atas. Biarlah makin lama makin kukuh. Seperti apa iman itu? Aku pun tak tahu. Bilalah iman ini seteguh iman hamba yang lain? Aku pun tak tahu.

Tak ada main point dalam post ni, sebab cuma susunkan ayat yang terngiang-ngiang di kepala. Serius semacam kan. Aku tergelak ni.

Friday, December 4, 2009

aku terdengar kat radio



5 pengubat hati


  1. Baca Quran dan maknanya
  2. Solat malam dirikanlah
  3. Berkumpul dengan orang soleh
  4. Banyakkan puasa
  5. Zikir malam berpanjanglah


2. Solat malam dirikanlah - Liat sikit untuk aku istiqamah. Kenapa ek? Still trying tho.  Aku harap korang pun sama-sama cuba. It's the best way to be closer to Khalik.
3. Berkumpul dengan orang soleh - To all wanita-wanita solehah kat luar sana, silalah berkawan dengan saya ok. (assalamualaikum, nama saya Qistina. saya pun nak jadi solehah macam awak jugak). hehe.