Sesungguhnya.. perempuan itu tersangatlah istimewa..haha tak pasal tulis ni.
Tanpa perlu kamu bertanya, aku berminat untuk updatekan kamu tentang keberadaan aku di bumi ukm sekarang. yes this place is a 3 out of 10 tapi bi'ah tu lah yang buat aku rasa agak happy la. Suasana di sekeliling cikgu and kawan-kawan yang sentiasa memotivasikan aku untuk menjadi lebih baik dari semalam. Lebih muslimah dari semalam. Lebih menghambakan diri dari semalam. Lebih tawaduk dari semalam. InsyaAllah.
Aku di kem belajar arab tapi sebenarnya semuanya lebih dari tu. Oh sungguh dramatik ayat aku wahahaha! Maybe ni lah effect baca novel islamik melebih-lebih. Ehemm bukannya novel cinta yang tak ada sisipan ilmu and lalai semata-mata. Sungguh aku kurang suka orang yang kerjanya baca novel cinta kosong je, sebab macam mengfantasikan diri dalam dunia dramatik. Aku baru habis baca novel tautan hati by fatimah syarha. Seriously aku cakap, subhanallah, buku ni memang penuh, banjir, sarat dengan ilmu-ilmu islamik yang sangat-sangat perlu kita tahu. Ada jugak tips-tips dakwah yang sangat bagus, hadis-hadis yang cambest and other stuffs la. Aku juga sangat suka dengan kehebatan penulis tu menggambarkan tentang kehidupan seorang muslim/ah yang sejati. Dorang semua sangat jaga pandangan, sangat pemalu yang bertempat, berusaha untuk istiqamah mengenyangkan iman dengan ilmu dan peringatan demi peringatan. Tahajud pulak menjadi satu normalisasi, yang tanpa khuatir bisa mengubat hati-hati manusia agar sentiasa rindu, berharap, dan takut kepada Illahi.
Aku tak sabar nak habiskan course ni, tapi aku tak nak tinggalkan bi'ah separa Islamik yang sedikit sebanyak membantu dalam santapan nurani aku. Dramatik lagi. Aku cakap separa Islamik sebab of course la, ni kursus arab, bukannya kursus Islami kan. Tapi yang menghidupkan bi'ah Islamik tu ialah orang2 yg sentiasa berusaha untuk mengIslamkan suasana, so lebih tenang la hidup korang kan. Aku sangat rrrespect mereka :)
Oh untuk pengetahuan korang, aku dah stop dengar music selepas aku agak insaf tengok pemuzik-pemuzik hebat tinggalkan dunia muzik hanya untuk meningkatkan iman. Tapi aku tak ada kuasa la kan untuk halang orang-orang sekeliling aku untuk stop music jugak, sebab, lain orang lain pandangan. Fatwa pun berlambak-lambak. Silalah kamu dengar apa yang Zakir Naik terangkan kat video di bawah ni.
Aku belumlah berubah sepenuhnya kan, sebab bila ada lagu-lagu yang sangatla best blasting di sekeliling aku, i can't help it but kaki aku sure ikut rhytm and mesti punya sing along. Then bila perasan, barulah cuba untuk buat benda lain dan jauhkan fokus dari lagu-lagu tu. Alhamdulillah setakat ni this 'no music' thing sangatlah membantu aku. Belum pun ada tekanan jiwa kan. Sebab tu lah aku percaya sesiapa yang cakap dengar music tu sangatlah penting kononnya untuk tenangkan hati, tolong belajar or stuffs like that, sebenarnya takdelah camtu sangat kan. tu semua nafsu semata.
See you later.
Assalamualaikum.
A Letter to the Devli
13 years ago
No comments:
Post a Comment