Monday, November 23, 2009

subuh x hari ni?

As a student and stay kat hostel or away from family, aku confirm korang sure ade tertinggal solat subuh. subuh gajah ke. alaa biasela tu kan. aku rase the best way nak bangun subuh is tido awal tapi actually mende tu xde la effect sangat pon. so i assume, the most important thing is NIAT. memang la niat tu penting, tapi kalau xde usaha sendiri x guna jugak. before tido tu, niat esok nak bangun solat subuh. Mintak dikejutkan oleh malaikat. And...pasanglah alarm clock. Tapi aku rase, kalau alarm clock je pon x guna. So make a note/reminder. Kalau guna alarm clock kat phone korang yang canggih tu, boleh buat note kann? So set pukul berapa nak bangun subuh together with the note. Note tu buat lah yang menakutkan. haha. Contohnya :

a) Bangun! jangan tarik balik slimut kulit babi tu!!!
b) Bangun! nanti kubur sempit!!
.........etc

Tapii...kalau mende2 camni pon still x bangun subuh, ikut suka korang lah. Papepun, kalau memang ade niat, insya-Allah Allah akan tolong :)

The thing is JANGAN AMBIL MUDAH PASAL SOLAT. maybe kat dunia x rase apa-apa, actually tanpa kita sedar iman kita berkurang, Allah tarik hidayah, rezeki and lain-lain lagi. 

lifestyle akhir zaman?


Ini suggestion aku untuk cara hidup disaat-saat kiamat sudah dekat.

3:00 – 5:00 am – Bangun untuk qiamullail. Ni antara waktu-waktu terbaik untuk  bermunajat kat Allah. Tapi jangan sampai sibuk berqiamullail, lepas tu tidur balik then penat, then Subuh tertinggal. Oh trust me sometimes this can happen.

Jangan disebabkan mengejar yang sunat, yang wajib ditinggalkan. Jadi untuk sesiapa yang susah sangat bangun Subuh kalau qiamullail seawal pukul 3,  ini alternatif untuk korang semua, plus untuk aku.

5:00 am – Bangun tidur. Kenapa awal sangat? Sebab,
·      Boleh qiamullail
·      Boleh ajak roommate qiamullail
·      Boleh mandi awal, sebab pagi2 confirm toilet kosong
·      Boleh baca qur’an sementara tunggu azan
·      Boleh baca mathurat sementara tunggu azan
Tapi ni kalau that night korang tidur awal, tapi kalau korang tidur lambat and won’t be able to wake up as early as 5, korang bangunlah pukul 6. Tapi rugi sebab tak dapat qiamullail lah. Kita tak nak jadi orang yang rugi kan kan kan?? Ni schedule yang biasa orang buat.

6:00 am – Bangun tidur, kejut roommate korang or twin (if you have any).
Sembahyang qabliah subuh (sunat muakkad!). Sembahyang subuh berjemaah. (solat      subuh berjemaah besar pahala, seolah-olah beribadat sepanjang malam) Lepas tu baca lah qur’an or mathurat, whichever yang korang suka. Oh, jangan lupa mandi.

8:15 am – Solat sunat dhuha. Kalau extra rajin, solat sunat isyra’ sebelum dhuha tu. Lepas tu kalau subuh tadi korang belum baca mathurat, time ni boleh lah korang baca mathurat. (aku assume baca mathurat ringkas/sughra takes about 15-20 minutes, but it depends selaju/slow mana korang baca lah. Interesting fact - lama-lama bila dah terbiasa baca mathurat ni, makin hari jadi makin laju. Agak cambest ye)

9:00 am – Aku assume class korang pukul 9 lah. (interesting fact – aku ‘tertidur’ about 40%-60% in any boring classes aka ALL classes except labs). So sekarang aku sedang berjihad lawan nafsu mengantuk dalam kelas, dalam usaha menjadi she-muslim yang hebat. Setakat ni ada progress 5%. Hehe.

2:30 pm – Aku assume class korang habis time ni. Balik bilik, sembahyang sunat qabliah zohor (sunat muakkad!). Sembahyang jemaah dengan roommate  (harus?). then sembahyang sunat ba’diah pulak (sunat muakkad!). lepas tu kalau korang larat baca lah quran sehelai dua kan.
                 And the best part starts here, tidurlah qailullah. Iaitu tidur sunat sebelum/selepas zohor untuk ‘energefy’ kita supaya bleh qiamullail malam nanti. Aku tak tau berapa lama tidur qailullah, tapi biasanya aku tidur agak lama (hehe).

4:45 pm – Sembahyang sunat qabliah asar (sunat muakkad!), then again, sembahyang berjemaah dengan roommate korang. Kalau rajin, lepas tu baca lah mathurat, sebab mathurat ni sunat dibaca pagi dan petang. Ala 15 minit je kot.
                 Then bergumbiralah enjoy the rest of the evening. Oh remember, tidur lepas asar kurang elok.

7:00 pm – Sembahyang maghrib berjemaah. Then solat sunat ba’diah maghrib (sunat muakkad!). Then buatlah sembahyang hajat ke, baca Qur’an ke. Oh then jangan lupa solat sunat awwabin. Solat sunat awwabin ni solat sunat yang dikerjakan sementara menunggu azan isya’. Kalau tak silap aku lah, malaikat suka hamba Allah yang sementara menunggu azan isya’, dia mengisi waktu antara maghrib dan isya’ tu dengan beribadah kepada Sang Pencipta. And I’m sure Allah pun suka/sayang dekat hamba yang camtu(wallahu’alam, hope so).
                
Tapi aku bukanlah suggest korang tak boleh buat apa-apa in between 2 solat waktu ni, tapi kalau korang dah takde pape nak buat, lagi baik korang buat ibadat kan? Contohnya aku sekarang tengah type ni pukul 8:10, sementara tunggu azan isya’ , dengan alasan nak kongsi input dengan fellow readers. Ok la gak kan. And contohnya, kalau kat rumah aku, kitorang dinner time ni, tapi tak bermakna tak sempat baca qur’an and buat solat-solat sunat.

8: something- Solat sunat qabliah isya’. Then solat isya’ berjemaah (seolah-olah beribadah separuh malam). Solat sunat ba’diah (sunat muakkad!). And kalau kat college, lepas isya’ aku tak baca qur’an sebab ni dinnertime aku. Lepas tu carry on lah dengan kerja-kerja lain. Ingat, walaupun akhirat yang kita kejar, dunia tetap tak boleh ditinggalkan.

Sebelum tidur, baca surah Al-Mulk. Aku nak ingatkan sebab aku selalu sangat sangat lupa. Lepas tu baca bismillah 21 kali, baca fatihah, ayat kursi, 3 qul, bla bla bla…semua korang dah tahu.

Nampak macam banyak sangat ibadah, but only because aku tak include worldly affairs, padahal tak banyak pun ibadah ni semua. Ibadah kita kan mana pernah cukup kalau nak dibandingkan dengan semua nikmat yang Allah curahkan.

Kalau ada apa-apa yang patut tapi aku lupa masukkan, please let me know. This may not be the best way, but at least we tried kan. And, ini suggestion aku je, banyak lagi kekosongan and actually aku rasa banyak lagi ibadah yang boleh dibuat, maybe cuma aku tak tahu or tak perasan. So I would love kalau ada sesapa yang suggestkan apa lagi yang boleh dibuat, sebab aku ni baru belajar, still merangkak lagi. Hehe.

And Allah knows best.

Saturday, November 21, 2009

jia!

blog kau cantekk! mine is super plain, don't mention it. sila tunjuk ajar ok, n i have no idea what 'windows live thingy yg kau cakap tu' was about..

Friday, November 20, 2009

sembahyanglah sunat..

Versi Ibn Umar ada 10Rakaat solat sunat rawatib yg mu'akkad:


2Rakaat sebelum subuh
2Rakaat sebelum zuhur
2Rakaat selepas zuhur
2Rakaat selepas maghrib
2Rakaat selepas isya'



wallahua'lam. aku jumpa kat sini. kalau x betul sila btau.


JOM SOLAT SUNAT!

jom......!







  • baca quran everyday
  • solat sunat banyak-banyak (qabliah, ba'diah, hajat, tahajud etc...solat sunat boleh tampung kekurangan solat fardhu kat akhirat nanti tau)
  • bangun untuk qiamullail (tau tak selemah-lemah qiamullail ialah terjaga dari tidur, bangun menghadap qiblat dan ingat kebesaran Allah s.w.t?...pastu tidurlah balik)
  • letak at least seringgit (if possible) dalam any charity box
  • sembahyang berjemaah kat bilik (untuk perempuan laa, for guys, ape kate korang pegi jemaah kat masjid?)
  • nasihat and dakwah sebanyak mungkin
  • puasa every isnin and khamis (janganla malas my dear friends, bukannye susah sangat puasa ni)
  • solat sunat dhuha before pergi class pagi-pagi (aku dengar org cakap, solat dhuha ni pembuka rezeki...wahhhh!)
  • baca ayat kursi selepas solat fardhu (barangsiapa membaca ayat kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain)
  • wirid selepas solat
  • baca mathurat pagi dan petang (lepas subuh or dhuha, and lepas asar)
  • SOLAT AWAL WAKTU!
this is just roughly apa yang terlintas kat otakku, kalau ada banyak lagi ajakan, maka silalah beritahu aku.
sharing is caring!

ps; aku tak tau kenapa ada space besar kat atas tu, nampak cacat semacam....aku buta IT.

Tuesday, November 17, 2009

adakah kau rasa terasing?

Di saat mereka tidur,
Kau tekun beribadah..

Di saat mereka masih  tidur,
Kau masih dalam sujudmu..

Di saat mereka gembira dengan dunia,
Kau gembira dengan janji-janji DIA..

Di saat mereka sibuk bersukaria,
Kau sibuk membaca kalam yang mulia..

Di saat mereka sibuk mencari kesenangan,
Kau sibuk mencari keredhaan..

Di saat mereka sibuk mengejar dunia,
Kau sibuk mengejar akhirat jua..

Pernah tak, kalau keluar dengan kawan-kawan,
Kau sorang je sibuk tengok jam takut terlambat sembahyang?
Kau sorang je yang sibuk cari tempat sembahyang?
Kau sorang je yang keluar time movie untuk sembahyang?
(jap jap, apasal gatal sangat tengok movie waktu-waktu nak solat?)
Kau sorang je yang nak sembahyang awal waktu?
Whaaaaatttt? Kau sorang je sembahyang?
Atau kau sorang je yang kisah kalau kedai makan tu halal?
Atau kau sorang je yang tanak dating?
Atau kau sorang je yang minat dengan buku agama yang ustaz hensem tu jual?
Atau in daily life, kau sorang je yang sembahyang?
Kau sorang je puasa?
Kau sorang je baca quran?
Kau sorang je ikut perintah Allah?
Kau sorang je jauhi larangan Allah?
Kau sorang je ikut sunnah Rasulullah?

Adakah kau rasa terasing?
ALHAMDULILLAH!


Sabda rasulullah s.a.w menerusi riwayat Imam Ahmad;


“ Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba’ (asing) ”





Ini kisah lain pulak. ini kisah kalau tinggal dalam komuniti yang memang atas landasan yang BENAR.


Diorang bangun pagi solat subuh,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat jemaah,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang bangun pagi baca Quran,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang bangun pagi baca mathurat,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang pagi-pagi solat dhuha,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang tidur sebelum/selepas zohor,
Kau ikut, eh, kau tak malas pulak??

Diorang solat awal waktu,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca mathurat waktu petang,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca quran waktu petang,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat qabliah, ba’diah,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat hajat,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat lagi,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca quran lagi,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang tidur sekejap untuk qiamullail,
Kau ikut, eh, kau tak malas pulak??

Diorang bangun untuk qiamullail,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca quran lagi,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat lagi,
Kau tak ikut, kau malas….lagi..

Diorang puasa isnin khamis,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang bukak puasa,
Kau ikut, eh, kau tak malas pulak??

Diorang bertuhankan ALLAH,
Kau bertuhankan nafsu??

Adakah kau rasa terasing?
ASTAGHFIRULLAH!!





Friday, November 13, 2009

ready for yaumul qiyamah?


"Janganlah menangis kerana dunia, kerana dunia itu terlalulah hina untuk ditangisi.."

Tapi menangislah dalam sujudmu, mengingatkan dosa-dosa kepada Pencipta mu.

Kenapa ditangisi dunia yang sementara?
Kenapa bertuhankan nafsu untuk dunia yang sementara?

Ingatlah bahawa akhirat itu yang kekal.
Dan kepadaNya kita semua akan dikembalikan.

Watch said rageah here.
Don’t refuse to repent.

aku dengar-dengar kiamat dah nak dekat. is it?