Mahu tulis sesuatu, tapi tak tergerak pun.
Kenapa ya?
Sebenarnya aku butuh kekuatan, keyakinan. Selagi hidup tak penuh dengan disiplin, rasa seperti aku tak layak untuk post apaapa. Tapi sekiranya tunggu diri sendiri sesempurna malaikat baru lah bisa menulis peringatan di blog, maka sampai bilabila pun tak layak untuk aku tulis nasihat di blog kan?
Sekarang jadual harian sendiri bukanlah seperti yang aku harapkan, yang aku bayangkan tika iman sedang hangat berapi. Tak seperti orang lain, jadual harian penuh dengan pembaziran. Dari tidur, hinggalah online yang kehabisan, hinggalah makan yang tak berhabisan, hinggalah borak yang tak berkesudahan. Ah apa mahu jadi dengan impian menjadi hamba produktif?
Aku malu dengan diri sendiri, malu dengan Tuhan, malu dengan Nabi (s.a.w), malu dengan ibubapa, malu dengan keluarga, malu dengan temanteman, malu dengan malaikat pencatat amal, malu dengan saudarasaudara seagama di Palestin, malu dihujani pujian, malu dengan kucing, malumalu kucing..
Saudaraku di Palestin… Maaf, kamu jihadlah dahulu dengan bom bom di sana. Aku masih perlu jihad dengan nafsu di sini.
Malu bila katakata penuh berapi, tapi amalan setakat berasap saja!
Selalu saja aku bisik pada diri sendiri, masih belum berani untuk bisik pada orang :
Solat, mahu khusyuk! Tak mahu kosong!
Tidur, tak mahu lamalama! :(
Makan, tak mahu terlalu kenyang! (memberatkan solat dan zikir)
Cakap, tak mahu mengarutngarut!
Cakap, perlu berisi, bermanfaat!
Cakap, jangan banyak cakap!
Pandangan, tak mahu liar! Mahu tunduk ke bumi!
Quran, perlu baca banyakbanyak!
Study, kena smart!
Online, jangan lamalama!
Solat malam, jangan tinggal!
Perkara sebegini buatkan aku segan untuk beri nasihat kepada orang yang meminta. Kerana jika kalian betulbetul kenal aku, aku risau jika kalian terfikir aku tak layak untuk melontarkan nasihat. Aku bukan bersangka buruk terhadap kamu semua, cuma terfikir saja..
Tidur sendiri tak diukur, mahu ajak orang menahan nafsu?
Makan sendiri terlebih kekenyangan, mahu ajak orang berlapar?
Diri sendiri tak istiqamah, mahu berceramah tentang solat malam?
Gilakan dunia, mahu bicara tentang zuhud?
Mulut berapi, tapi amalan sendiri tak berapi pun?
Bicara tentang Islam, tapi tak nampak pun kehebatan Islami dalam diri ?
Maaf kalau post ini sungguh negatif, tapi aku sedang dalam proses tarbiyah dzatiyyah. Mendidik diri sendiri.
Wahai Tuhan, aku mohon, aku mohon, aku mohon, jangan jadikan aku wanita yang bertopengkan Islam semata.
Makan Islam, tidur Islam, nafas Islam, fikir Islam, cakap Islam.
Qistina, di mana semangat kamu?
Qistina, di mana Islam kamu?
Qistina, di mana Iman kamu?
Qistina, di mana jihad kamu?
Tak mahu nampak baik saja, mahu JADI baik!
Wahai Tuhan, aku serius, aku perlukan kekuatan!