Showing posts with label sindiranku. Show all posts
Showing posts with label sindiranku. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

belum kuat lagi

Mahu tulis sesuatu, tapi tak tergerak pun.

Kenapa ya?

Sebenarnya aku butuh kekuatan, keyakinan. Selagi hidup tak penuh dengan disiplin, rasa seperti aku tak layak untuk post apaapa. Tapi sekiranya tunggu diri sendiri sesempurna malaikat baru lah bisa menulis peringatan di blog, maka sampai bilabila pun tak layak untuk aku tulis nasihat di blog kan?

Sekarang jadual harian sendiri bukanlah seperti yang aku harapkan, yang aku bayangkan tika iman sedang hangat berapi. Tak seperti orang lain, jadual harian penuh dengan pembaziran. Dari tidur, hinggalah online yang kehabisan, hinggalah makan yang tak berhabisan, hinggalah borak yang tak berkesudahan. Ah apa mahu jadi dengan impian menjadi hamba produktif?

Aku malu dengan diri sendiri, malu dengan Tuhan, malu dengan Nabi (s.a.w), malu dengan ibubapa, malu dengan keluarga, malu dengan temanteman, malu dengan malaikat pencatat amal, malu dengan saudarasaudara seagama di Palestin, malu dihujani pujian, malu dengan kucing, malumalu kucing..

i very malu

Saudaraku di Palestin… Maaf, kamu jihadlah dahulu dengan bom bom di sana. Aku masih perlu jihad dengan nafsu di sini.

Malu bila katakata penuh berapi, tapi amalan setakat berasap saja!

Selalu saja aku bisik pada diri sendiri, masih belum berani untuk bisik pada orang :

Solat, mahu khusyuk! Tak mahu kosong!
Tidur, tak mahu lamalama! :(
Makan, tak mahu terlalu kenyang! (memberatkan solat dan zikir)
Cakap, tak mahu mengarutngarut!
Cakap, perlu berisi, bermanfaat!
Cakap, jangan banyak cakap!
Pandangan, tak mahu liar! Mahu tunduk ke bumi!
Quran, perlu baca banyakbanyak!
Study, kena smart!
Online, jangan lamalama!
Solat malam, jangan tinggal!

Perkara sebegini buatkan aku segan untuk beri nasihat kepada orang yang meminta. Kerana jika kalian betulbetul kenal aku, aku risau jika kalian terfikir aku tak layak untuk melontarkan nasihat. Aku bukan bersangka buruk terhadap kamu semua, cuma terfikir saja..

Tidur sendiri tak diukur, mahu ajak orang menahan nafsu?

Makan sendiri terlebih kekenyangan, mahu ajak orang berlapar?

Diri sendiri tak istiqamah, mahu berceramah tentang solat malam?

Gilakan dunia, mahu bicara tentang zuhud?

Mulut berapi, tapi amalan sendiri tak berapi pun?

Bicara tentang Islam, tapi tak nampak pun kehebatan Islami dalam diri ?

Maaf kalau post ini sungguh negatif, tapi aku sedang dalam proses tarbiyah dzatiyyah. Mendidik diri sendiri.


Wahai Tuhan, aku mohon, aku mohon, aku mohon, jangan jadikan aku wanita yang bertopengkan Islam semata.

Makan Islam, tidur Islam, nafas Islam, fikir Islam, cakap Islam.

Qistina, di mana semangat kamu?
Qistina, di mana Islam kamu?
Qistina, di mana Iman kamu?
Qistina, di mana jihad kamu?

Tak mahu nampak baik saja, mahu JADI baik!


Wahai Tuhan, aku serius, aku perlukan kekuatan!





















Wednesday, March 9, 2011

Hentikan mengumpat, mulut anda busuk!

Baru pulang dari tempat makan yang teh tariknya wujud sedikit rasa oren. Dan lai ci kang wujud dikit rasa sarsi.



Sejak kebelakangan ini, aku makan dengan amat sopan, kadang aku sendiri pun hairan. Mulut dibuka kecilkecil saja. Malahan bila mengunyah, mulut itu ditutup dengan tangan. Kelihatan makcik di hadapan aku tersenyum tersengihsengih, 'ah, wujud lagi ya gadis melayu terakhir di era ini' ' mungkin itulah ngomelannya di dalam hati. Kekekeke. Mulut saya terkoyak lah makcik, terkoyak. Mulut terkoyak. Mulut terkoyak. Mulut terkoyak. Ulangi bacaannya. Bunyi macam menakutkan yang amat kan? Mulut terkoyak sedikit makcik, makanya jika dibuka besar sedikit, sakit lah. Tapi kalau tak koyak pun, sopan juge, jangan risau ye.

Aku ke klinik gigi tempoh hari. Telah dibukanya mulut aku sebesarbesar alam, maka koyak lah sedikit di hujung mulut tu. Apa salah mulut ini doc?


Mengumpat? Hmm..tak kurang mungkin. Lately aku sangat sensitif dengan isu mengumpat, jadinya pasti aku perasan jika aku ada mengumpat seseorang. alahai mulut, kamu ada mengumpat tanpa aku istighfar kah?




Semakin aku elak mengumpat, semakin banyak pula aku perasan orang mengumpat di sekeliling. Tak mahu mengumpat, tapi terdengar kadang. Itu pun bersubahat kan?


Ai manusia, bikin salah sama Tuhan bisa minta ampun, bisa taubat, bisa istighfar. Tapi bikin salah sama manusia, perlu minta maaf sama manusia le. Tuhan Maha Pengampun, tapi manusia bukan gitu kan?


Apa yang seronok sangat cakap tak elok pasal orang lain ya? Kalau ditegur, nanti menjawab pula ‘betul lah! Memang dia tu macam tu!’ Ah malahan kita pula yang dimarah kembali. (inilah yang dikatakn bodoh sambil sombong, orang nasihat tanak dengar oh!) Iya jika kata kamu benar, itu mengumpat, jika tiada benar, itu fitnah. Mana yang lebih baik antara duanya?

backbiting. get it?

*Tapi jika sudah terlanjur mengumpat, makanya mohonlah maaf dari Tuhan, tapi yang penting juga, mohon maaf dari manusia. Hmmm gimana? Sebagaimana kamu telah berkata sesuatu yang tidak elok tentang A kepada B dan C, kamu perlu memuji A di hadapan B dan C, sebagai menebus atau menarik balik kata-kata kamu itu. Dan jangan lupa, doakan kebaikan juga buat A ya. Oh,  penting juga untuk minta maaf sama A, tapi jangan lah pulak cakap ‘sori dulu aku mengumpat kamu kat cikgu, aku bilang rambut kamu hodoh seperti Pengetua’. Cukup saja kamu katakan 'please forgive me if i ever thought any bad thing in my heart about you or said anything with my tongue''

*Secara kasar, rujukan dari Sheikh Yasir Qadhi. Kalau ada yang salah, mohon dibetulkan insyAllah.



#Aku suka perumpamaan ini, yang dirawikan dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a :

Angin ghibah itu adalah menghembus di zaman rasulullah s.a.w tetapi sedikit. Kini banyaklah ghibah dan meluas baunya hingga sulit dibezakan. Ini ibarat lelaki datang ke rumah tukang samak. Ia tidak tahan di situ kerana baunya busuk. Padahal penghuninya makan dan minum di situ dan tidak mencium bau busuk kerana hidungnya telah biasa. Demikanlah halnya soal ghibah di zaman kita.

‘’Takutlah ghibah, ia lebih kotor daripada zina. Mereka bertanya, ‘bagaimana ia lebih kotor daripada zina?’ Nabi SAW menjawab, ;Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum diampuni kecuali dimaaf oleh orang yang diumpat”                                                 
-Rasulullah SAW

Abul Laits al-Bukhari berkata,

‘Lebih baik aku berzina seratus kali daripada mengumpat satu kali’

#Rujukan : Terjemah kitab Mukashafah Al Qulub oleh Imam Al-Ghazali rahimullah.

Kiah : Eh jom ngumpat pengetua. Tadi kan, aku nampak beliau…
Wek : Tanak ah ngumpat. Haram wohh. Aku pergi berzina lagi bagus. Nak gi zina ah. K bye.

Taboleh!




Tuesday, August 10, 2010

surat cinta buat makcik

Assalamualaikum. Hari ni saya nak tulis surat untuk makcikmakcik yang ke masjid Alhamdulillah. Tapi saya nak tukar kata ganti nama saya kepada Qis. Biasanya budakbudak GMN la yang panggil aku Qis. Tapi jika sesiapa ada yang nak muntah dengan keterlampauan feminism saya, silalah muntah. Tapi jangan la banyak sangat, batal puasa nanti I taknak tanggung oke. Kenapa? Sebab saya nak la berbunyi feminine sikit. Manalah tau makcikmakcik ni ada anak  imam muda kan.

Dear mokcik timoh,

Mokcik tolonglah rapatkan saff tu, mokcik timoh weh. qis bukanlah ustazah, tapi qis tahu gok kite kena rapatkan saff tu. Kekgi kambing hitam dok kat celahcelah ruang kosong tu. Syaitan diikat, tapi kambing lupa untuk diikat kerana pengembala sibuk bertarawih. Qis boleh je nak masuk kat celahcelah tu, tapi qis kena diet dulu, atau solat mengiring, mazhab apakah gitu? Dan juga, ruangruang kosong tu telah menyebabkan minda qis berimaginasi begitu jauh sehingga ke bumi igloo nun di sana. Adakah para penghuni igloo sedang menangkap ikan, bertarawih atau sedang bercanda dengan penguin? Tolong lah mokcik, rapatkan saff, rapatkan ukhuwah, jangan sombongsombong ye.

Dear makcik Zah (orang kl),

Makcik, qis bukannnya jeles mana pun, mashaAllah, memang cantik sejadah makcik tu. Besar pulak tu dohh, boleh gulingguling lagi kan? Makcik tak payah lah bawak sejadah gabakgabak sangat makcik, kesian makcik kat sebelah tu, dia nak rapatkan saff tapi dia takut makcik tak kasik dia solat atas sejadah makcik. Bukannya dia berburuk sangka ngan makcik. Tapi makcik tengokla, dia tu terlupa nak bawak sejadah (pasal kat rumah tadi husband dia dah marahmarah sebab lambat so dia pun macam culture shock la, terus gabra lalu tertinggal sejadah dan anak di rumah) then makcik pulak tak offer sejadah makcik. Sure la dia rasa kurang cambest kan gitu. Tolong lah makcik, kalau sejadah gabak sangat, sila la berkongsi. Sharing is caring you.

Dear mokcik Nab,

Mokcik, kalu sejadoh mokcik tu kedutkedut, buat lah straight balik lepas solat. Bukannya qis penyibuk mokcik, tapi serabut ngat eh mate qis bile tertengok. Kedutkedut macang kain cotton dok iron, kedutkedut macang cadar katil lepas bangun subuh, kedutkedut macang muke jiran mokcik. Nok solat kan mokcik, nok jupe Allah, kenelah kemaskemas mokcik, kene lawo. Lawo doh mokcik tu,  biar ah tadok gigi pong, tapi penampilan kena kemas gok mokcik. Tolong lah mokcik, ratakan sejadah, okeng? ,ßwarga Terengganu tambah ng kat belakang.

Dear makcik katdepanskali,

Makcik, seriously jubah makcik lawa gila. Siap bungabunga lagi you. Qis nak satu boleh? Tadi lepas witir, qis nak kira bunga atas jubah tu, tapi tak  sempat pasal makcik lari laju sangat macam lumba lari 100m. Nak gi mana makcik? Tak sabar nak makan ke you? Oh ok sorry bukannya qis perli makcik balik awal, qis mainmain je. Ok lah qis tarik balik perli tadi tu. Kirim salam anak makcik. Tolong lah makcik, nak jubah satu!

Dear makcikmakcik tua sekalian,

Makcik, qis sangat respek makcik pasal makcik larat solat 21 rakaat. Memang strong sangat la makcik. Nak tengok muscle sikit bole? Tadi masa qis berhenti lepas rakaat 12, qis segan la jugak sebab makcik keep on solat je eventhough makcik sangat mengantuk berdiri sambil kepala terlentoklentok. Makcik tengah feel surah baqarah rasenye. Pastu qis bukak quran jap, pap pap pap, tadaaaaa, qis jumpa ayat yang pak imam tengah baca! Pastu qis ikut la pak imam baca. Hehehe makcik jeles tak qis jumpa ayat tu? Jeles? Alhamdulillah. Tolong lah makcikmakcik, qis pun nak musclemuscle macam makcik. Sharing is caring you.

Dear makcik yangsukatiang,

Makcik, makcik bagi la qis solat kat sebelah tiang tu. Qis cepat penat bila solat banyakbanyak, pasal qis baru je buat operation, belum fully recover lagi. Sesungguhnya skruskru dan besibesi dalam badan qis perlukan rehat. Makcik, kasik la tiang tu kat qis. Nanti bila qis penat solat, qis boleh rehat kejap, tak perlu la asyikasyik keluar saff, nanti kesian orang lain nak kena rapatkan saff lagi. Lagipun, ruang kat tiang tu besar, bolehlah qis baringbaring dan gulingguling bila qis penat. Tolong lah makcik, bawakkan bantal and tilam esok untuk qis.

Dear makcik katseblahmama,

Makcik, tadi kan masa qis salam ngan makcik, qis kan tunduk banyakbanyak sebab makcik tengah separuh duduk separuh diri (multitasking woh), bila qis kiss tangan makcik tu, sakit dohh belakang qis! Lupa takbole tunduk melebihlebih. Tolong lah, lain kali makcik pulak cium tangan qis. Kissing is caring you. Kirim salam anak.




Makcik, belajar niat yokk!


Selamat menyambut ramadhan. Blog ini sudah berkulat.

Tuesday, March 30, 2010

aku yang kekurangan, kamu yang membutakan

Mungkin aku bukan yang terbaik.
Mungkin aku tak banyak ilmu agama.
Mungkin perwatakan aku belum cukup beragama.
Memang aku tak layak jadi orang agama.
Itu satu fakta.
Aku terima.
Sebab tu aku usaha.

Tapi kamu,
Dulu sekolah agama,
Ilmu gila tebal,
Watak memang beragama,
Lepas tu nak jadi orang agama,
Sungguh aku respek.

Tapi aku yang bodoh ni pun tahu apa yang kamu buat tu salah.
Lupakah tentang zina hati?
Stop it kawan.
Penat aku tahan mengumpat kamu dalam hati. $#%&;*~!!.

Islamic couple?
Sila benarkan aku muntah di mukamu.

Islamic, tapi tak couple?
Sila benarkan aku muntah lagi di mukamu.


Sunday, February 14, 2010

cakap tak bikin

Perasan tak kadang-kadang bila dah solat, akan rasa macam

‘fuhh! Nasib baik dah semayang’

atau bila belum solat

‘aiyohh, tak semayang lagi ni’

atau yang perempuan

‘yes aku period!’

without saying ‘malasnya aku nak semayang’, we expressed it through our comments yang sebegini. Indirectly.

Kadang-kadang bila lewat malam, aku selalu terngomel sendiri, ‘yesss dah semayang isya’, bestnye’.

Memang rasa syukur bila dah berjaya tunaikan kewajipan sebagai Muslim, tapi rasanya, bukan tu yang sebenarnya. Best sebab for that moment, dah tak perlu sembahyang, gitu kan?

Beban ke solat ni?
Beban ke lima waktu itu?

Rasa bersalah bila direnung.

Bila yang wajib dijadikan beban.

Truthfully saying, memang lepas solat fardhu, sure aku akan rasa lega semacam. Bila malas, rasa macam satu beban besar dah terlepas. Bila rajin sikit, rasa macam best sebab dah boleh concentrate untuk ibadah-ibadah sunat.

Bila terbeban dengan solat fardhu ni, aku terfikir, berbaloikah solat tu?
Entah.

So kat sinilah aku rasa, ibadah sunat tu mainkan peranan yang besar, untuk memupuk kat diri sendiri, perasaan cintakan ibadah tu.

Perasaan cintakan ibadah tu perlu dipupuk, bukan dipaksa. Buat sedikit-sedikit dahulu. Janganlah mula dengan seribu. Nak bermula pastinya dari bawah. Bila dipaksa ibadah tu, tanpa rasa rela, susah nak cari kenikmatannya.

Tak ada point utama yang aku nak sampaikan. Cuma ayat-ayat kat atas ni terngiang-ngiang kat dalam kepala aku, tak nak keluar until aku curahkan semua kat sini.

Sekarang aku cuba untuk kembali tidur awal. Supaya boleh bangun lebih awal untuk qiamullail. Insyaallah. Aku harap, korang pun sama.
Tapi kalau setakat mencuba, tanpa determination, I wont reach anything kan.

So that’s why I kept on trying, and kept on failing.

Sebab tu lah semalam tidur pukul 3 pagi, and the night before, pukul 4 pagi.
Elleh nina, kat blog kecoh-kecoh nak qiamullail, tapi tido lewat gok, cakap tak serupa bikin.
Entah.
Aku tak dapat nak tidur awal.
Youtube terlalu menarik.

    sememangnya bukan lagu yang baik untuk mental anda sekalian


my all-time dream guy :)


Aissshh.
Mungkin aku terlalu cintakan dunia.

Aku try lagi malam ni.
insyaAllah.
Baru ada determination.

Bye-bye Youtube. I still love you.

Bye-bye Kim Jong Kook. I love you more.



Tuesday, January 12, 2010

at last...internet!


Bila kita sudah nampak jalan yang benar, kita sedar kita perlu berubah. Perlu mengubah arah, dari jalan sekarang ke jalan yang benar itu, yakni jalan menuju ke akhirat yang bahagia.

Dari titik inilah kita sedar bahawa terlalu banyak yang kita sudah berbuat salah, persis orang yang jahil pula. Sedangkan bukannya jahil, tapi sombong untuk menerima kebenaran yang nyata.

Dan pada saat kita berhijrah inilah mata kita jadi lebih terbuka. Kita jadinya lebih aware dengan apa yang orang-orang sekeliling kita lakukan. Setiap perlakuan mereka kita hakimi, baiknya atau buruknya. Yang baik itu kita kagumi. Yang buruk pula, kita jadi takut. Takut kerana dia tak berubah, dan takut kerana kita tak berani mencegah.

Mula aku terfikir. Kenapa sekarang kita jadi lebih observant dari dulu? Baik buruk orang lebih jelas pada mata kita sekarang? Lagian yang buruknya?

Iya, kerana kita pernah jadi orang itu.

Yang solatnya sering saja lewat, yang auratnya jauh diambil berat.

(Tapi bukanlah bermakna pada saat ini, kita aja yang benar. Bukannya kita malaikat, malah jauh sekali. Jangan sesekali rasa diri ini lebih baik dari orang itu. Mungkin orang itu sedang jahil, sedangkan dulu, bila karakter kita sama aja dengan orang itu, kita malah tau kita sedang salah. Makanya, syukur saja pada Allah kerana ditunjuki jalan yang benar)

Jadi kenapa kita takut aja cegah orang itu dari menyentuh dosa?

(From my point of view)
Kerana , orang yang mula berubah, perubahannya jelas sangat dilihat dari mata orang lain. Karakternya jadi lain. Lebih lagi yang perempuan. Hijabnya sudah lain, cakapnya sudah lain, gaulnya juga sudah lain. Mungkin tidak lagi bermanis-manis dengan yang pria.

Jadi, ada segelintir masyarakat yang ngakk enak dengan hijrah ini. Mungkin kerana orang yang sedang berhijrah itu, pernah menegur si pembuat salah ini. Niatnya baik loh, tapi sering saja disalahtafsir. Sering saja mereka digelar ‘ustadzah’, ‘ustadz’. (Kalau mau husnuzon) oke mungkin penggelar itu ikhlas memanggilnya ‘ustadzah’, sebagai doa. Tapi bila difikir, bunyinya seakan memerli aja kan?

Kononnya di mata mereka, ‘ustadzah’’ustadz’ ini menunjuk-nunjuk, atau tunjuk pandai. Ada juga yang katanya, ‘ustadzah’’ustadz’ ini lagi gelabah dengan hijrahnya. Atau bahasa modenis-nya, ‘budak baru nak up’. Masakan bisa digelar to that extent?

Pada pandangan aku, orang yang menggelar-gelar sebegini, amat rude, and they have no manners at all. They refuse to accept that they are the one who’s in the wrong, dan kerna itulah mereka jadinya keras hati, tak mahu melihat perubahan orang lain dari segi yang positif.
(Aku malah kasihan orang sebegini, makanya doakan aja untuk mereka, agar diberi hidayah oleh Allah)

Jika ada yang memakai socks, kiranya untuk menutup aurat, dan kita di sini semua sudah jelas, malah lagi terang-terangan bahwa kaki itu juga aurat untuk wanita.

Maka kenapa pula dilabel sebagai bida’ah?

Jika pada mata kamu, kita menutup aurat itu bida’ah, Islam apa kamu ini? Beri fatwanya, beri mazhabnya!

Jika kita tak mau berpacaran, kerana lagi terangan ianya menjurus zina, dan sudah Allah beri amaran, la taqrabuzzina!

Maka kenapa kita dilabel sebagai mengada, malah sombong?

Islam apa kamu ini?

Mengapa suka benar provoke kemarahan seseorang?

Jika kamu tidak mahu berubah, maka silakan ya akhi, ya ukhti. Tapi mohonnya ya, beri kita peluang untuk berhijrah! Kenapa mahu disekat?

Fikir saja begini: kita sayang sama kalian, jadi kita juga mau kalian sama-sama berubah. Amar makruf nahi munkar kan? Jadi mengapa negatif saja pemikiran kamu itu?

Omongan di sini bukanlah kepada one particular person saja, tapi kepada semua orang. Kepada aku juga, dan kamu semua juga.

Jika ada teman yang mahu hijrah, ikuti dia. Jika kamu tidak mahu ikut hijrah, itu masalah kamu, tapi jangan disekat hijrah orang lain!

Jadi siapa yang bida’ah sekarang?

Wednesday, January 6, 2010

back watching Aa Gym


''makanya langkah yang paling efektif supaya tidak terjadi maksiat adalah, semenjak lintasan awal, CUT!"
"ingat dia, bungkus...buang"

loh, senang banget kan?
iya ngomongnya aja mudah, prakteknya susah tau gak!

amalan terbaik ialah yang dibenci oleh nafsu
iya, memang sukar untuk mengelak, tapi jika ada keinginan dan usaha,
insyaAllah sukses..
dan kerna ia sukarlah, kita semua butuh kekuatan,
kekuatan yang dibina atas rasa yakin dengan janji Allah,
dan atas rasa dahagakan ridhoNya.

zina hati itu halus,
jangan mudah terpedaya

this kiyai surely woke me up



Tuesday, December 29, 2009

dah lama aku tak menulis kan


Ada perumpamaan yang bermaksud :

Sehebat-hebat kegembiraan di dunia akan terhapus pabila menerima hanya sekecil-kecil balasan di akhirat.

Bayangkanlah, bertahun-tahun semasa hidup kita lalai dengan kegembiraan dan nafsu-nafsu keduniaan. Semuanya tak berbaloi langsung di saat kita menerima balasan di sana.

Kerana kita lupa, yang berkekalan cumalah di akhirat sana. Kegembiraan dunia hanya sementara.
Kenapalah kita masih sibuk mengejar yang sementara?

Bukannya salah bergembira, tapi salah bila tak mengikut ajaran islam.
Memang gembira bila berkasih sekarang, tapi bukankah yang halal itu lebih baik?
Kenapa mengundang kemurkaan Allah dengan yang haram?

Ingatlah,
Siapa pun kita di dunia ni,
Apa pun yang kita buat yang orang nampak,
Apa pun yang kita buat yang orang tak nampak,
Semuanya Allah tahu,
Semuanya Allah hitung.

Janganlah dipandang rendah terhadap mereka yang mengikut jalan yang lurus,
Kerana mereka mencari redha Allah,
Untuk dibawa ke hari Perhitungan..
Kita pula mencari kegembiraan semata,
Tapi untuk dibawa ke mana?

Betapa hebatnya kamu di dunia,
Lambat-laun akan dibalut kain putih juga,
Akan ditanam dalam tanah juga,
Di alam kubur,
Nasib kita  berbeza,
Samada terseksa atau bahagia di bawah sana,
semuanya berbalik kepada diri sendiri,
Yang pastinya, nasib mereka yang di jalan lurus lebih baik dari kita, yang sibuk mengejar keduniaan,
Tidak menyesalkah setelah kita memandang rendah terhadap mereka?

Cuba toleh kembali,
Adakah ajaran Islam menjadi priority dalam kehidupan kita?
Atau sekadar acuh tak acuh?



Sunday, December 6, 2009

maaf jika terkasar bahasa..heee

Ape nak buat kalau….

Kawan korang (biasenye kat hostel laa) makan food korang sampai habis? For sure hati korang panas je tengok container tu kosong, and to make things worse, korang belum sentuh pun makanan tu. Nasihat aku is, korang janganlah menyumpah-nyumpah dalam hati. Instead, halalkan je lah makanan tu, niatkan as sedekah kat kawan-kawan korang tu. Ni barulah amalan yang mulia. Tapi kalau TWIN (Hannah?) korang yang makan sampai korang sakit hati, marah je..biar bagi pengajaran..ehehhehe.

JANGAN kunci makanan dalam locker!

Kalau kita kedekut dengan manusia, maka tak hairanlah kalau Allah pun rasa nak kedekut dengan kita. Kalau Allah tarik balik rezeki yang DIA kasik baru tau. Walaupun chocolate yang korang baru beli tu mahal, tak bermakna korang kena makan chocolate tu sorang-sorang. Aku pernah dengar quote,

‘’Happiness when shared, is doubled,
And sadness when shared, is halved’’

Pada aku, FOOD=HAPPINESS. So jomlah share makanan korang dengan aku..hehe.

Maybe korang pandang sebelah mata je apa yang aku cakap ni, sebab korang tak sedar, padahal ni lah lumrah hidup kat hostel. 5 tahun aku duduk hostel, and skarang pun still duduk hostel, jadi aku tau manusia yang suka kunci makanan and manusia yang suka sangat habiskan makanan orang (tak beradab langsung!) ni wujud.

Tau tak, benda yang terbaik untuk disedekahkan or di-share dengan orang lain ialah benda yang paling kita suka?

“tidak sempurna iman kamu sehingga dia SUKA UNTUK SAUDARANYA APA YANG DIA SUKA UNTUK DIRINYA” [Muslim]

so kalau ada benda yang korang suka or sayang sangat-sangat, meh share dengan aku..hehe.

Aku pernah offer food aku kat someone ni, pastu boleh pulak dia cakap..

‘’elleh nina, kau offer kat aku sebab food kau tu tak sedap kan?’’

WTF????
(note that, wtf here means WHAT THE FISH?? hehe.islamik tak? Tanak mncarut punya pasal)
aku benci orang yang mencarut macam berzikir



aduhai... amik je lah gedik 


Aku rasa nak cubit muka dia, tumbuk dia, sumbat food tu dalam mulut dia sampai tercekik(ok agak melampau ye nina) . Apelah salahnye kalau die accept offer aku tu and anggap je aku ni ikhlas kan? Memang aku ikhlas pun, and it’s not even funny that die doubted intention aku. Makanan tu rezeki aku and aku nak share dengan kau lah. Ni cara aku tafsirkan bahawa aku bersyukur dengan rezeki yang  Allah kasik kat aku. Aku tak nak jadi hamba yang kufur nikmat. And aku hope Allah luaskan pintu rezeki aku the moment aku sumbat makanan ni ke dalam mulutmu, wahai temanku.

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”(Ibrahim :7)

See???
So, apa kata kau makan je food yang aku offer ni?




Tuesday, November 17, 2009

adakah kau rasa terasing?

Di saat mereka tidur,
Kau tekun beribadah..

Di saat mereka masih  tidur,
Kau masih dalam sujudmu..

Di saat mereka gembira dengan dunia,
Kau gembira dengan janji-janji DIA..

Di saat mereka sibuk bersukaria,
Kau sibuk membaca kalam yang mulia..

Di saat mereka sibuk mencari kesenangan,
Kau sibuk mencari keredhaan..

Di saat mereka sibuk mengejar dunia,
Kau sibuk mengejar akhirat jua..

Pernah tak, kalau keluar dengan kawan-kawan,
Kau sorang je sibuk tengok jam takut terlambat sembahyang?
Kau sorang je yang sibuk cari tempat sembahyang?
Kau sorang je yang keluar time movie untuk sembahyang?
(jap jap, apasal gatal sangat tengok movie waktu-waktu nak solat?)
Kau sorang je yang nak sembahyang awal waktu?
Whaaaaatttt? Kau sorang je sembahyang?
Atau kau sorang je yang kisah kalau kedai makan tu halal?
Atau kau sorang je yang tanak dating?
Atau kau sorang je yang minat dengan buku agama yang ustaz hensem tu jual?
Atau in daily life, kau sorang je yang sembahyang?
Kau sorang je puasa?
Kau sorang je baca quran?
Kau sorang je ikut perintah Allah?
Kau sorang je jauhi larangan Allah?
Kau sorang je ikut sunnah Rasulullah?

Adakah kau rasa terasing?
ALHAMDULILLAH!


Sabda rasulullah s.a.w menerusi riwayat Imam Ahmad;


“ Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba’ (asing) ”





Ini kisah lain pulak. ini kisah kalau tinggal dalam komuniti yang memang atas landasan yang BENAR.


Diorang bangun pagi solat subuh,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat jemaah,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang bangun pagi baca Quran,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang bangun pagi baca mathurat,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang pagi-pagi solat dhuha,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang tidur sebelum/selepas zohor,
Kau ikut, eh, kau tak malas pulak??

Diorang solat awal waktu,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca mathurat waktu petang,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca quran waktu petang,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat qabliah, ba’diah,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat hajat,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat lagi,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca quran lagi,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang tidur sekejap untuk qiamullail,
Kau ikut, eh, kau tak malas pulak??

Diorang bangun untuk qiamullail,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang baca quran lagi,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang solat sunat lagi,
Kau tak ikut, kau malas….lagi..

Diorang puasa isnin khamis,
Kau tak ikut, kau malas..

Diorang bukak puasa,
Kau ikut, eh, kau tak malas pulak??

Diorang bertuhankan ALLAH,
Kau bertuhankan nafsu??

Adakah kau rasa terasing?
ASTAGHFIRULLAH!!





Wednesday, November 4, 2009

oh tangan tu sejuk di dunia, hangus di akhirat

Seorang ulama salaf berkata;

‘’Sekiranya kulit aku ditempeli bara api yang panas, maka itu aku lebih sukai
daripada aku harus menyentuh perempuan yang bukan mahram’’

Ramai yang pandang sebelah mata dengan isu bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Malah sudah jadi satu kewajipan kepada setiap pasangan(yang belum halal) untuk bersentuhan, berpegangan tangan dan banyak lagi. Sedih bila tengok perkara ni dah jadi trend dalam kalangan umat Islam, especially yang masih muda. Pegang sana, pegang sini. Sentuh sana, sentuh sini. Memang kat dunia ni tangan tu takkan sakit atau terbakar, tapi di akhirat nanti siapa yang tahu?

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani]

Tak terfikirkah, tangan kita yang dah menyentuh benda-benda yang diharamkan, akan bersuara di akhirat nanti, di hadapan Allah?
Tak terfikirkah tentang azab yang menanti untuk tangan kita ni?






tak berbaloi kemanisan dunia yang sementara kalau nak dibandingkan dengan azab menggila di akhirat. 

Kan lebih elok kalau tangan kita digunakan untuk
sedekah, tolong orang lain and buat macam-macam lagi kebaikan?

Ini baru soal tangan, belum lagi cakap pasal kaki yang melangkah ke arah maksiat, mulut yang berbicarakan yang haram dan sebagainya, mata yang melihat apa yang diharamkan, telinga yang mendengar yang haram, dan hati yang dihiasi dengan sifat-sifat keji.
Ingat, anggota badan kita tak akan menipu di akhirat nanti, semuanya akan berbicara tentang segala yang dilakukan di dunia, samada baik atau buruk.

Semoga semuanya boleh membicarakan yang baik-baik.


Tuesday, October 27, 2009

dosa. hina. bila taubat mu? bila taubat aku?

Kalaulah kita boleh tengok dosa-dosa yang kita buat hari ni, sure banyak kan? Itu belum lagi kalau tengok dosa-dosa kita yang lepas, boleh luruh kot jantung. Memang kita tak boleh tengok, tapi kita boleh ‘melihat’ dosa tu. (cehh bermain-main bahasa pulak) Kita je yang malas nak ‘lihat’ dosa tu. Kenapa sombong sangat tak nak nilai dosa-dosa kita dan kekurangan kita terhadap Allah?

Kita selamba je jalan atas bumi Allah ni macam lah kita ni hebat sangat. Macam lah kita tak ada dosa dengan Allah.

insyaAllah senang saja nak lahirkan keinsafan dalam hati. Konsep aku (konsep aku lah, tak semestinya korang kena ikut), tak perlu jauh-jauh fikir pasal azab di akhirat yang sememangnya teramatlah menakutkan. But fikir sendiri pasal hubungan kita dengan Allah, and dosa-dosa kita.  Lepas tu barulah aku fikir pasal azab menggila yang menanti di yaumul qiamah.

Bila aku fikir pasal ni (hubungan dengan Allah), terasa macam hina sangatlah (memang hina gila) diri aku, benci betul dengan kelalaian diri sendiri selama ni. Allah tak pernah lupakan kita, tapi kita senang-senang je lupa Allah, lalai dengan hal-hal dunia. Bodoh kan kita? Allah berada setiap masa dengan kita, tapi kita senang je jauh dariNya. Aku pernah dengar ni, ‘Jika engkau datang kepadaKu berjalan, maka Aku akan datang kepadamu berlari’
Tengoklah betapa sayangnya Allah dekat kita. Kita pula cuma ingat Allah masa kita ada keperluan, dan masa solat.
Sedih betul bila fikir pasal ni. Rasa macam kita tak bersyukur langsung dengan kurniaan-kurniaan Allah kat kita.

Lepas solat tu, spare lah some time untuk fikir pasal dosa-dosa kita kat Allah. Ya Allah, banyaknya tak terkira. Lebih banyak dari semua pasir di pantai! Amalan pulak boleh dikira dengan jari. Tak usahlah diagung-agungkan amalan-amalan kita serta ibadah-ibadah kita kat Allah. Tak akan pernah cukup walau beribadah sejuta tahun. Tapi fikirkanlah tentang dosa kita yang tak terkira tu. Kenapa sibuk menilai kebaikan sedangkan keburukan kita jauh lebih banyak?

Sepatah ayat dari doa Nabi s.a.w selepas qiam(dari buku Indahnya Saat Bersama-Mu). Even Rasulullah pun mengaku lemah amalan, apatah lagi amalan kita umatnya.

‘’Ya Allah, penuhkanlah hajatku  walaupun LEMAHNYA DIRIKU DAN AMALANKU, namun aku tetap mengharapkan rahmatmu’’

Aku petik sepatah ayat dari doa Qunut yang Sheikh Sudais baca. Bulan Ramadhan if I’m not mistaken. Aku syorkan korang tengok video ni and hayati doa-doa tu. Lembutkanlah hati. Semoga bisa menangis dalam taubat. Semoga bisa menangis dalam sujud memikirkan dosa dan kekurangan.

‘’ Glory be to You, we have not worshipped You as You ought to be worshipped’’

Aku pernah baca jugak pasal hidayah. Bahawa hidayah Allah tu mahal. Hidayah Allah tu takkan datang bergolek. Kita perlulah usaha untuk dapatkan hidayah tu. Ramai orang yang tak nak taubat sebab kononnya belum dapat hidayah. Kalau kita tak usaha nak dapatkan hidayah tu, Allah pun malas lah nak kasik kita hidayah tu. Doa lah and usahalah. Search for the truth. Hanya kesungguhan, keazaman dan kesanggupan untuk berjihad yang akan bawa kita kepada hidayah Allah. Janganlah kita hijab hati kita dengan kotoran dosa-dosa dari menerima hidayah itu.

Aku bayangkan macammana lah hati aku kalau aku boleh tengok. Adakah warna hitam sebab penuh dengan titik-titik hitam? Atau bercahaya kerana sentiasa ingatkan Pencipta aku? Mungkin hitam. Mungkin gelap. Siapalah aku untuk berangan ada hati yang bercahaya. Cuma mampu untuk berusaha ke arah tu. So aku nak ajak korang sama-sama berusaha. Berusaha juga untuk mencintai Allah lebih dari dunia dan segala isinya. Berusaha juga untuk mendapatkan ketenangan hati. Berusaha juga untuk merasakan betapa manisya iman.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
“Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya".

Sudahkah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang takut kepada Allah?

‘’Kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kamu kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman’’
(Ali-Imran : 175)

Renung-renungkanlah. Fikirlah. Fikir sesaat itu lebih baik dari berapa tahun zikir ntah (sori aku lupa). Bersihkanlah dan jernihkanlah jiwa kita, semoga usaha kita mencari mardhatillah (keredhaan Allah) tercapai sebelum kita hembuskan nafas yang terakhir.

Peringatan:

‘’Bahkan hari kiamat itu ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit’’
(Al-Qamar, 54: 46)

Sunday, October 25, 2009

nafsi-nafsi

kalau sesiapa yang gila bola, sure semua tahu semalam manchester united kalah 2-0 to liverpool. aku bukanlah gila bola, but i do live in a surrounding yang gila bola. whenever people scream their own team, i just scream out THIERRY HENRY!! and then when man u kalah teruk, happen lah gaduh-gaduh comel between bestfren ku sebab dia sokong d losing team aka man u lah kan.

so aku pun teringatlah pasal sifat nafsi-nafsi or sifat kekitaan yang semakin berleluasa dalam komuniti kita zaman sekarang, terutamanya dalam kalangan penduduk bandar. bukanlah aku cakap isu bola ni that serious, but it is just a muqaddimah untuk post terencat ini.

sifat nafsi-nafsi diterangkan as 'kampung aku, aku punya, kampung engkau, engkau punya'. kira sifat kekitaan lah atau individualistik. sifat ni ramai yang praktikkan tanpa disedari. hanya mencuba untuk memajukan komuniti atau  kaum sendiri tanpa berfikir pasal orang lain. yang lagi parah, cuma berniat untuk memajukan diri sendiri dan tidak mahu membantu orang lain.

ada sesetengah pemikiran orang yang pandai, yang beranggapan bahawa jika dia menolong orang lain, maka dia akan menipiskan peluangnya untuk menjadi yang terbaik. satu sikap yang amat selfish dan tidak sihat. sedangkan jika ilmu itu dikongsi beramai-ramai, insyaAllah DIA akan membalas kita dengan ganjaran yang jauh lebih banyak.
i don't know about you, tapi sikap ini sangat berleluasa waktu aku kat sekolah menengah dulu. maka mereka pun mendapat result yang agak tidak gempak ye. pengajaran buat mereka-mereka ni dari Allah.

kita semua perlulah tahu bahawa apa sahaja yang kita kongsikan atau ajarkan kepada hamba lain semata-mata kerana Allah, maka kita pasti diberikan balasan yang lebih baik. 'what you give, you get back'.
jadi, rajin-rajinlah berkongsi ilmu. ia merupakan satu sifat yang terpuji. confirm korang akan lebih disayangi Allah dan rerakan korang.

oh, aku terbaca ni, from wikipedia;

''Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala..''

actually tak ada point sangat, cuma nak tulis about manchester united kalah. i thought they're great. guess i'm wrong?

Friday, October 23, 2009

solat ku solat mu

Pernah tak kita fikir tentang value solat-solat kita?
Samada solat kita tu berkualiti atau sekadar solat yang kosong?
Solat yang penuh thomaninah atau solat tergesa-gesa?
Atau kenapa kita dirikan solat tu?
Sebab takutkan parents atau takutkan Sang Pencipta?
Sebab taati parents atau taati Sang Pencipta?
Atau apa yang kita dapat dengan solat fardhu tu?
Dapat ketenangan atau hanya bebanan?

Berkualiti ke solat kita?
Kalau masa niat, kita sebenarnya berniat nak cepat-cepat habis solat?
Atau semasa sebut ‘Allahuakbar’, kita tetap tak rasakan keagungan dan kebesaran Allah SWT?
Atau semasa dalam sujud/rukuk, kita berzikir tapi kita lalai mengingatiNya?
….
Kenapa kita sujud lama-lama waktu subuh?
Terasa dekatnya dengan Allah?
Atau sekadar melayan mata yang berat?
….
Kenapa kita jarang wirid selepas solat?
Kerana ada urusan penting?
Atau buat-buat ada urusan penting?
….
Kita tahu tak?
Masa baca al-fatihah, kita sedang puji Allah, dan berdoa ditunjukkan ke jalan yang benar?
Masa kita rukuk, iktidal dan sujud, kita sebenarnya sedang memuji Allah?
Masa kita duduk antara dua sujud, kita sebenarnya sedang berdoa?
Kita tahu tak apa makna setiap kalimah yang dibaca?
Bukan ke lebih bermakna solat tu kalau kita tahu makna-makna setiap kalimah?
But still, masih ramai yang malas nak ambil tahu.

Meh nik qistina tolong korang amik tahu. Memang panjang, tapi jangan malas nak baca! Kalau Tuhan malas nak layan korang, apa korang rasa? Semoga few minutes yang korang spare untuk baca makna-makna ni Tuhan akan gantikan dengan ganjaran yang jauh lebih besar di akhirat nanti. Sesungguhnya DIA itu Maha Pemberi. Plus, insyaAllah solat korang lebih khusyuk. Semoga Allah meredhai setiap usaha kita untuk lebih dekat kepadaNya.

Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..
Solat itu tiang agama.
Subuh. Zohor. Asar. Maghrib. Isya’.
Jika kosong solatmu, maka kosonglah deen kamu.
Jika hancur solatmu, maka hancurlah deen kamu.
Maka goyahlah iman kamu.

Semoga solat kita diterima.

Tuesday, October 20, 2009

bercinta kerana Allah part 2

(memang agak panjang, but please just spare a minute untuk baca)

Ok, so pasal bercinta kerana Allah. Memang ramai jugak yang tanya aku pasal bercinta kerana Allah, and dah jenuh aku bagi komen aku. And ada jugak yang ajak aku bercinta kerana Allah, and dah jenuh aku bagi komen aku. Bukanlah aku nak perasan ke hape, nak ingatkan je, tak payahlah ajak-mengajak aku, tak berminat langsung. Aku masih takut dengan azab Allah. Alhamdulillah. Tapi kalau aku hanyut, cepat-cepatlah tegur aku yup.

Memang banyak tau kes-kes cinta kerana Allah yang happen around aku. Aku cakap, AROUND ok? Bukan aku.
Contohnya macam ni:

‘saya tengok awak ni muslimat yang baik. Sejuk hati saya. Saya janji, kalau awak terima saya, saya akan berubah and cuba untuk jadi muslimin yang baik’
kalaulah ada yang tak tahu, muslimat tu female islam, muslimin tu male islam (sebab dulu aku tak tahu, aku ingat muslimat tu lelaki, muslimah tu perempuan…wakakaka aku tau aku jahil)

pastu muslimat ni tanyalah pulak aku, ‘nina, apa aku nak buat? Kalau aku tak terima, mesti dia tak nak berubah’
aku bukanlah dr.love atau ustazah yang boleh bagi pendapat terbaik, so aku cakap lah macamni, maksud lebih kurang lah;

‘weh, kalau dia nak berubah, berubah sebab Allah, bukan sebab kau. Macammana kalau at last nanti kau dah tak suka dia, or dia dah tak suka kau? Sure dia akan berubah jadi diri dia yang dulu-dulu. Suruh dia latih iman dia sebab Allah, bukan sebab dia suka kau. Dia kena cari keredhaan Allah, bukan keredhaan kau.’

Tapi ayat aku tak mengena pulak. muslimin tu cakap, dia perlukan orang untuk bimbing dia. And dalam berjuta-juta muslimin lain kat dunia ni, kawan aku yang pompuan ni jugak yang dia rasa boleh tolong dia. Apasal lah kecik sangat duniamu wahai pemuda? And so, dia start solat and all, memang baguslah, alhamdulillah. Tapi dalam hijrah dia tu, perlulah dia jumpa/contact kawan aku ni untuk bertanya seribu macam soklan kan? Dari situlah timbulnya zina hati (dat guy la kot, aku tau kawan aku baik). Aku bukan nak bersangka buruk, tapi aku tahu lah. Hehe. Aku pernah baca nasihat, (out of topic sikit, tapi apa salahnye kan?)

‘JANGAN CEMARKAN DAKWAHMU DENGAN PERASAANMU’
maksudnya, dakwah tu biarlah diniatkan kerana Allah, bukan kerana kita suka kat orang yang kita dakwah. Atau yang lagi hina, dakwah sebab nak impress orang yang kita suka. Mintak jauh.

Ada satu lagi nasihat,

‘JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA SESEORANG, KERANA JIKA DIA MENINGGALKAN KAU, NESCAYA KAU AKAN TERKAPAI-KAPAI SEPERTI SEBUAH BOT KECIL DI TENGAH LAUTAN’
kiranya, kalau nak berubah, janganlah mengharap sepenuhnya kat seseorang untuk bantu kita. Memang kita tak boleh semberono je and perlu cari orang untuk dirujuk, tapi perlulah juga perbanyakkan usaha and inisiatif sendiri. Jangan terlalu mengharapkan pertolongan orang lain. Orang tak boleh ubah kita selagi kita tak ubah diri sendiri. Push yourself untuk berubah, jangan tunggu orang lain untuk push.

Aku tak tahu what happen to muslimin tu, belum ada update. Tolonglah doakan supaya niat dia untuk berubah itu murni, dan semoga dakwah kawan aku tu takkan dicemari dengan perasaan dan zina-zina kecil. Ameen. Aku akan terus nasihat and ingatkan walaupun terpaksa habiskan kredit, walaupun sms cuma satu sen. celcom! Kawan punya pasal.

Pastu ada pulak kawan aku yang lain cakap, ‘eh nina, kau tu tak pernah lagi betul-betul suka kat orang, tu la pasal kau sibuk cakap elakkan zina hati. Nanti kau dah rasa betul-betul suka kat orang, barulah kau rasa betapa susahnya nak elak zina hati tu. Baru padan muka kau.’ Ok ok, memanglah dia tak cakap padan muka, tapi tone cakap dia lebih kurang macam tu lah. (aduhhh, dosa tokok tambah)
Weh kau ingat aku ni robot ke? Tuhan pun cakap, memang fitrah manusia untuk suka berkasih dan dikasihi. Tapi Tuhan tak cakap pulak bila kau dah suka orang tu, kau boleh je halalkan ape yang DIA haramkan. Aku pijak-pijak perasaan aku tu, buang dalam laut. Kan senang? Apalah susah sangat? Korang rasa susah nak buat macam tu sebab korang suka perasaan meminati/suka kat someone. Korang yang refuse nak buang, bukannya korang tak boleh. Pastu mulalah bagi alasan kononnya nak cari pengubat kesunyian kan. Ai ai ai. Romantik pulak mereka ni. Hang p baca entri aku pasal loneliness. (aku orang Terengganu ok, roommate je org Kedah. Aku masih suka nasi dagang)

LA TAQRABUZZINA! (17;32). Taatilah perintah Allah, jauhilah larangannya.

Aku suka betul kalau baca kat internet pasal couple yang clash sebab dapat tahu couple tu haram. Mulia betul jihad diorang kan. Kepada yang masih bercouple tu, (yang ‘bercinta kerana Allah’ jugak), sudah-sudahlah tu bercinta, kebahagiaan dunia sementara buat apa? Bungkus cinta tu, serahkan diri pada yang lebih mencintai kita, Pencipta kita. Kalau betul sayangkan ‘si dia’ tu, janganlah korang tambah dosa dia, and dosa korang jugak.



Thank you gila sebab korang sudi baca bebelan aku sampai habis. Semoga setiap peringatan/sindiran akan timbulkan keinsafan and kesedaran. Peringatan untuk tukang bebel jugak.



watch out boys and girls!

Sebab library sangat sejuk to stay there for 2 hours, so pergi la surau. Tengah lepak-lepak, bace la article-article agama kat situ. Ish. Jahil jugak kita ni, tapi x sedar kot. So this one, aku copy paste sebab malas nk re-type.

Seperti yang kita lihat  fenomena yang berlaku hari ini, agama Islam kini seperti dipermainkan oleh segelintir masyarakat yang langsung tidak menghiraukan hukum Islam yang membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Istilah bercouple dianggap sebagai perkara biasa. Mungkin masih ada yang kurang jelas dengan hukum bercouple di sisi Islam.
Bercouple merupakan satu tradisi atau budaya barat yang telah dibudayakan oleh masyarakat hari ini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masiang mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih advance, SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka kemudian dan bercouple.
Hubungan sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumannya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah bersabda :


“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”

Bukan perkataan couple itu yang membuatkan hukumnya haram melainkan perbuatan ketika bercouple itu sendiri. Jika anda tidak bercouple sekalipun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara’ antara lelaki dan wanita ajnabi kerana sesungguhnya couple merupakan punca kepada zina.
Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada kawannya yang satu itu diselangi dengan perbuatan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina.
 “Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”
HR. Muslim, dari Abu Hurairah
Hadis ini meminta kita berhati-hati dengan setiap apa yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu ke arah zina. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah. Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul.

SEBAB-SEBAB COUPLE ITU DIHARAMKAN :
-          Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pendangannya terhadap kekasihnya.
-        Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
-        Orang yang bercouple biasanya sering bardua-duaan dengan pasangan kekasihnya.
-         Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
-        Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
-        Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi.
Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang muka berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhau lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

PANDUAN KOMUNIKASI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
-         Bercakap tentang perkara yang betul-betul penting
-         Elakkan dari berkata-kata di luar topik perbincangan
-         Tidak membuat lawak untuk menarik perhatian
-         Tidak melembutkan atau melunakkan suara, terutamanya bagi perempuan
-         Tidak bertanya mengenai perkara peribadi
-     Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati


AND I SAY....
So bila fikir betul-betul, ade gak rase terkena kat diri sendiri. Harap-harap boleh la berubah. And all the couple out there or yang on the way nak couple, fikirlah semula. Alaa, bukannya poyo pon xde couple. Aku yang x pernah bercouple ni, cool je (ceh,perasan!). Lagipun, bukan lagi menyusahkan ke ade boyf girf ni? kalau break tu, uish, memang gelap kot dunia. Pastu buat dosa sebab sket2 F**k la, B***h la, B**i la.... banyak lagi la. Dah kena dump baru nak kutuk2 each other. Masa tengah loving2, x habes2 nak bangga kat satu dunia. Boyf aku la paling cool. Girlf aku la paling cun. Ceh, xde masa nak layan. And x salah kalau xde kawan lelaki. Sebab ada orang tanye "Ko ni xde kawn laki ke? Aish. Cari la kawan laki sket". Dengan hebat plus bangga plus cool-nya aku jawab "Xde. Nape? Hidup je aku!". Pathetic sangat ke xde boyf? Hebat sangat ke ade girlf?

I know out there yang bercouple tu, pegang2 tangan tu perkara biasa la kan? Though you guys actually tau that thing is obviously wrong and berdosa (x belajar agama ke wey?), tapi kenapa buat jugak? Can't resist?? (oh lucah betul ayat ni!) Pernah dengar kalau berdua, sure ada orang ketiga? hehehe. Tak takut ke?

Sunday, October 18, 2009

patutlah ovaltine tak laku!

sebab memang tak sedap ponn!


oooopss lupe plak nak mintak permission.
yasmin, aku amik ovaltine kau skit ye! :)
tima kasih....

sunday morning mu jua

After aku clicked publish post tadi, tiba-tiba ade bunyi *ding*
Which means, otak sedang ligat berputar. Haha

Terfikir kenapa waktu subuh tu dischedulekan pada waktu yang begitu awal pagi. Then barulah terjawab, Allah nak hambaNya jadi golongan yang berdisiplin. Supaya kita tidur, dan kemudian bangun awal untuk solat subuh. Bangun lebih awal pula untuk those yang nak cari keredhaan dengan berqiamullail. Supaya kita semua tak bangun lewat pagi. DIA Maha Pemurah, ditambahkan pula ganjaran, iaitu DIA luaskan pintu rezeki untuk hambaNya yang bangun pagi-pagi. Dimakruhkan pula membuta selepas Subuh,as a warning, supaya kita sedar bahawa amalan tu tiada baiknya. Sebab bila dah tidur lepas subuh, bangun pun insyaAllah bila matahari tertenggek atas kepala. Macam sambung ber-qailullah pulak.

Tapi manusia memang kreatif (alhamdulillah), pergi tukar pulak the whole system(erkkk). Berjaga sampai Subuh, then lepas Subuh, tidok. Bukanlah nak menyindir sesiapa, tapi ditulis based on diri sendiri jugak. Dulu pun selalu jadi kreatif macam ni. heee

Subuh seharusnya jadi alarm clock kita untuk bangun pepagi buta, bukan berjaga pepagi buta.

Tak tahulah if anything I said ni betul ke tak. After all, it’s just omongan ku. Sebagai peringatan jugak untuk diri sendiri ,and rakan-rakan seperjuangan (geli pulak ayat), and my dearest silent readers.

And Allah knows best.

sunday morning ku

Pagi tadi aku dibangunkan oleh celoteh-celoteh makcik2 Indon yang saaaaangat kuat kat luar bilik hostel. Ini bukan pasar payang ye makcik! Baru je hati nak mengamuk sebab bising sangat pagi-pagi bute ni, terpandang lah pulak kat jam yang tersadai tepi katil. Oh, pagi sudah tidak buta rupanya! Oh oh malunya dengan diri sendiri. Sudah agak lewat pagi ye. Maklumlah, semalam tidur lewat, or should I say sepagi? Hohoho. I’m sure whoever yang tengah baca ni, tak faham sepatah haram pun ape yang nik qistina cakap kan? But then again, tak kisah pun kalau korang faham ke tak.
Tahu tak kenapa sampai tak terjaga langsung sedangkan alarm clock kat iPod dah berbunyik since pukul 8 pagi? Sebab;


  • ·      Bacaan al-sudais memang menenangkan hati, macam tengah didodoi untuk tidur semula..ZZZzzzzzZZZ
  • ·      Lagu-lagu Fall Out Boy tersangat kuat sampai tuan punya iPod annoyed and tutup balik iPod and zzzZZZzzzz……


So, adakah salah imam al-sudais or rock band FOB? Salah diri sendiri lah ngok! Sebab sebelum tido tak nak niat bangun awal, tu lah pasal! Aduhh…I can see all my rezekis flying out of the window. Weeeee!

Bak kata nik abdul malik @ my dearest papa,

‘Tuhan ciptakan malam tu untuk berehat and sebahagiannya untuk hamba-hambaNya yang nak ketenangan beribadah, yang awak ni memandai langgar hukum alam, pergi tido lepas subuh buat apa? Beribadah amende dengan internet? Siang untuk cari rezeki, bukan membute!’’

Ok papa. Semalam je tidur lewat, sebab nak berkongsi ilmu. (yo la sangat!)

I think papa meant this;

‘’Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu untuk lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang(banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadanya dengan penuh ketekunan.’’
Al-Muzammil 73:6-8


Bak kate cikgu sekolah pulak (dah lupe lah cikgu ape, tak gune punye student), ‘sebelum tidur, pasang niat untuk bangun awal. Suruh malaikat kejut, insyaAllah bila azan Subuh, kita akan terbangun sendiri,’. Erkkk, I agree with pasang niat untuk bangun solat, but the malaikat thingy betul ke? Wallahualam. Ada kawan-kawan yang cakap, ‘kau bayangkanlah kalau malaikat kejut kau, tak ke horror tu? Macammane lah malaikat nak kejut kita? Aku pasang alarm clock je lah’. Pasang alarm clock jugak, jangan lupe pasang niat sudah.

Kalau malaikat maut yang kejut, barulah betul-betul horror kan? Sudah bersediakah kita untuk menghadapinya? Bak kata pepatah, solatlah seperti ini solat terakhirmu, dan carilah rezeki seperti engkau akan hidup selama-lamanya..ini sekadar dari ingatan yang agak lemah, but it should sound like something like that. Wallahualam. Kalau salah silalah tegur dengan mengomen ye!

‘’Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’. ‘’
al-Muzammil, 73:1-4
p/s- I was confused by what ‘tartil’ means, so I opened up tafsir rasm uthmani, and tafsir tu gantikan ‘tartil’ dengan ‘perlahan-lahan’. Sila tegur lagi kalau salah ok?

Ini sekadar peringatan kepada kita semua, and peringatan untuk diri sendiri jugak (yang liat semacam nak bangun solat malam…heee). Jomlah berselimut pada awal malam, dan bukannya usai solat subuh ye.

Lesson of the day is, dengarlah cakap papa, tidurlah awal malam. Again, TIDURLAH AWAL MALAM! Kita manusia, bukannya batman untuk berjaga waktu malam. Semoga ada yang terase. Kakaka.