Friday, June 1, 2012

Review Informal : 7 Petala Cinta

Setelah begitu lama menunggu, akhirnya tercapai juga impian saya untuk menonton filem 7 Petala Cinta. Sudah lama rebiu ini ditulis, tapi demi untuk menghormati internet yang tiada, maka sesi penangguhan berlangsung selama 3 minggu. Maka ini rebiu saya. Rebiu, bukan lebiu, geddit? Sebab anda semua bukan ibu bapa mahupun keluarga. Kalau anda wanita yang sudah mengucapkan lebiu kepada begitu ramai lelaki, makanya samada anda sangat ramai bapak atau ahli keluarga, atau anda suka berfoya-foya. Heeesh jangan lah suka berfoya-foya, Allah berfirman dalam al_quran, ‘Janganlah kamu mendekati zina’. Cakaplah lebiu bila hubungan anda sudah dihalalkan.  Jadi sekarang, kita rebiu dulu, lebiu nanti.

Sebelum itu, saya ingin menjelaskan bahawa saya bukanlah ustazah (tapi kalau jadi best jugak!), ni cuma pandangan saya yang punya pengetahuan agama yang sangat cetek, saya komen apa yang saya tahu sahaja. (ketika ditanyakan kepada Dr. Zakir Naik, “bagaimana saya nak berdakwah jika ilmu saya sedikit?’ maka jawapannya, ‘Dakwahlah menggunakan ilmu yg kamu ada, jangan sentuh mengenai sesuatu yang kamu tak tahu dan elakkan perdebatan’). Dan bukan semua pandangan berkenaan isu agama, ada juga pandangan peribadi sebagai penonton, contohnya pandangan seseorang yang cepat mual  dengan adegan yang terlalu jiwang karat.

Cerita dimulakan dengan majlis pertunangan Hamka dan Saidatul Nafisah. Saya kurang arif tentang isu penghebahan pertunangan jadi saya tak akan sentuh isu ini. So saya tak kisah sangat pasal tu. Yang saya kisah sangat, part pasangan bertunang ni bagi salam kat each other.

“Assalamualaikum, Cinta”
“Waalaikumussalam, Rindu”

Tidak keterlaluan saya katakan, bahawa sejurus selepas adegan ini, saya sedih kerana nasi beriyani yang saya makan sebelum menonton cerita ini meronta-ronta meminta dikeluarkan dari perut melalui mulut saya. disenangkan cerita, saya nak muntah, serious lah! Mungkin kerana jiwa saya yang tidak begitu jiwang dan romantis, tapi sungguh, pandangan peribadi saya mengatakan part tu sangat dramatik dan ‘poyo’ bak kat anak muda.  Bak kata orang putih pula, ‘cheesy!’. Like seriously, ada ke orang dalam real life buat camtu kat each other?
Kalau ada, nak buat macammana..biarlah mereka dan hidup mereka.

Kemudian ada ‘flashback’ adegan-adegan romantis Hamka dan Saidatul Nafisah.

Adegan flasback pertama, mereka berdua ditemani adik Hamka iaitu Hilma, sedang belajar mengaji. Baguslah kehadiran adik Hamka, sesuai dengan ajaran Islam supaya lelaki dan wanita yang tiada hubungan halal untuk tidak duduk/lepak/belajar mengaji/makan/tengok movie berdua-duaan.Namun kehadiran adik Hamka, Hilma, seolah-olah melukut di tepi gantang lols. Kesian beliau. Sebab walaupun beliau ada kat situ, Hamka lebih selesa duduk rerapat dengan jantung hatinya Saidatul Nafisah.

Tak cukup dengan itu, setelah Hamka bacakan tafsir Quran untuk kekasih hatinya dan adiknya yang masih lagi melukut di tepi gantang, tanpa disangka-sangka, Hamka telah bertindak melakukan penderaan domestik (lol dramatik) comel-comelan kepada Saidatul, walaupun mereka belum kahwin, tetapi pukulan comel ini telah diislamikkan dengan cara memukul iaitu menggunakan serban! Kita buang serban tu dari adegan ni, buang Quran, buang purdahnya, buang jubahnya, buang belajar mengajinya, maka sama saja dengan pasangan-pasangan yang belum halal di luar sana yang bersukaria bersentuhan, duduk dekat-dekat dan macam-macam lagi. Jangan cuba Islamikkan sesuatu yang memang terang-terangan tidak Islamik! Couple Islamik ana-enti oh pehlis!




















Adegan ‘flashback’ kedua, di mana saat yang amat sedih di dunia untuk Saidatul kerana Hamka bakal meninggalkan tanah air untuk belajar di luar negara. Tak kisah. Tapi yang tak cambestnye, bila Hamka hadiahkan ‘cenderajiwa’ (instead of cendera*hati*, geddit? Jiwang habes!) kepada Saidatul. Tak kisah. Part yang kisah, bila Hamka memakaikan serbannya ke atas bahu Saidatul. Alamak, mana lah saya tak geram tengok filem ni. Seolah-olah cuba menyampaikan, ‘mana ada kitorang bersentuhan, haram kot! Tapi dekat-dekat takpe, lagi-lagi ada serban ngan purdah, Islamik gittew’.

Kalau saya di tempat Sayyidatul Nafisah ketika ini, saya tampar je muka Hamka perasan ustad ni, pehh berserban konons, tapi tampar pakai sarung tangan la. Tampar biar bertempat. Tampar biar bersarung tangan. Tapi ni untuk pertahankan diri ok, jangan buatbuat blur pergi tampar ustad korang sesuka hati. ‘Saya pakai sarung tangan la ustad, ok what’ Taboleh!

















Lepas tu ada pulak adegan Saidatul ditemani Attar, watak lelaki kedua, di tengah malam, sebelah kolam ala-ala tasik. Saidatul tengah sedih lalu Attar datang untuk membawa kebahagiaan. Cuma mereka berdua berada di situ, malah kali ini lebih menyedihkan iman saya, kerana Hilma si pelukut di tepi gantang langsung tak ada. Yang ada cumalah …..syaiton. Hehe. Baik sungguh niat Attar, tak mahu biarkan Saidatul dalam kesedihan, lalu ditemaninya duduk di tepi kolam, tapi matlamat tetap tak menghalalkan cara kan?  Berfikirlah dengan iman dan akal, bukannya emosi semata!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

















Seterusnya, adegan yang tidak masuk akal kira saya. Attar terpaksa duduk di sebelah seorang wanita yang seksi. Jikalau Attar dibenarkan menggunakan otaknya dalam adegan ini, pasti dia bisa saja duduk di kerusi belakang yang kosong! Adegan ni memang sunnguh fail lah! Kalau nak buat cerita pun, letak lah passenger kat belakang tu, kononnya van tu penuh. Tak ada rasanya undang-undang di Malaysia yang mengatakan ‘Penuhilah tempat duduk hadapan, tidak kira jantina anda, kerana kita rakyat yang berdisiplin dan sentiasa terkehadapan jadinya semua orang jomlah duduk di hadapan’.


















Ada juga adegan seterusnya di mana Attar dengan sikap kurang matangnya pergi jumpa perempuan ni di rumahnya, iaitu rumah pelacur. Kenapa kurang matang? Sebab dia pergi sorang-sorang. Boleh je dia ajak pak cik van tu teman dia naik atas, sebab dia kan orang belajar agama maka dia tahu dia tak seharusnya berdua-duaan dengan perempuan ni. Tapi sekali lagi di sini kita tak boleh salahkan Attar kerana adegan ini, direktor tak membenarkan dia berfikir so dia go with the flow lah kiranya. Sian Attar. Lepas tu  kena peluk dengan perempuan tu..ha kan dah gelabah! Tu lah tadi saya suruh ajak kawan tak nak dengar! Saya cakap dah! Tapi ketika ini, Attar tak boleh lah tampar perempuan ni walaupun dengan bersarung tangan, atau letak alas kat muka perempuan ni, sebab perempuan ni jahil, dia tak tahu apa-apa pasal hukum Tuhan, lain keadaannya dengan  perbuatan Attar awal tadi, kerana Attar orang yang tahu agama. Can you see the difference? Ada yang berbuat dosa kerana mereka tak tahu, ada yang berbuat dosa walaupun mereka telah tahu. Jadi saya beritahu kat sini., lelaki dan perempuan yang masih belum berkahwin, haram baginya kamu menyentuh satu sama lain! Jadi sekarang anda sudah tahu makanya jangan buat ye? Kalau nak buat jugak, tanggung dosa sendiri. Gua dah ingatkan. Kat akhirat nanti jangan cakap pulak ‘saya buat dosa sebab saya tak tahu’.

Satu lagi part dating Islamik. Ok malas sudah nak komen, nanti panjang sangat penat orang nak baca. Dah lah rakyat Malaysia kurang gemar membaca. Ya Allah jadikanlah kami umat yang suka membaca, dan rajin menambah ilmu pengetahuan dan mengamalkan ilmu-ilmu bermanfaat yang kami pelajari!

Dating Islamik tahap ostat mana pon, kalau berdua-duaan sama jugak dengan orang lain dating, makanya kalau dating Islamik berdua pun tak dibenarkan, apatah lagi pergi makan ciken cop dengan boifren.  

(Saya harap rebiu ini tidaklah menyebabkan sesiapa di luar sana fikir Islam ini sangat tegas, kuno dan tak beri kebebasan langsung. Banyak yang Islam benarkan, tapi kalau kita focus yang tak dibenarkan saja, makanya memanglah nampak macam semua tak boleh.

“Mama nak jadi ninja boleh tak?”
“Mama nak makan najis boleh tak?”
“Mama nak makan abang boleh tak?”
“Mama nak makan serban boleh tak?”

See? Kalau kita tanya soalan macam ni, konfirm lah semua jawapan tak boleh! Salah lah kalau sebab semuanya tak boleh kita cakap mak kita suka menyusahkan hidup betul tak?

Padahal boleh je mintak ayam masak kicap, halal lagi mengenyangkan. Mintak makan serban, yang akan memudaratkan dan tak mengenyangkan, memanglah tak boleh!

Eh faham kan analogi yang cuba saya sampaikan?

Ada antara perkara yang memang boleh bertolak-ansur tapi ada sesetengahnya memang perlu diberi ketegasan.
Open minded atau berfikiran terbuka memang sangat bagus, kerana ia mengurangkan perselisihan, tapi janganlah kerana mahu terlalu berfikiran terbuka, iman kita digadaikan! Hah yang tu kurang pandai. Jom jadi pandai. Jom dalami ilmu agama. Best!)




















 Ok last. Adegan terakhir. Cuma nak cakap, saya tak akan sesekali berdiri sebegini dekat dengan seorang lelaki. Saya punya maruah! Dan wanita-wanita lain di luar sana. Kalau berdiri dekat pun kamu tak kisah, yang lain pun kamu tak kisah, maka hari ke hari maruah kita akan semakin pudar. Keep some distance!


















Bukan janggut yang perlu dicukur, dah elok dah ikut sunnah tu. Ilmu kena cari lagi, dan beramal dengan ilmu tu lagi penting!

Pasal tudung kecil dan purdah Sayyidatul Nafisah..omg boleh buat satu lagi rebiu! Purdah kecil nampak lubang hidung, tudung ikut shape badan, tak tutup dada dan sebagainya. Hah tengok tu sanggul dia besarnya! Macam zoom in pulak kan.

Rebiu ini bukanlah untuk mengkritik saja tapi untuk menjelaskan kepada mereka-mereka di luar sana yang kurang tahu, seterusnya menerima bulat-bulat tentang batasan lelaki dan wanita yang ditonjolkan dalam filem ini. Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak membantu. Secara seriusnya, kalau ada salah silap sila betulkan saya.


Yang baik, semua dari Tuhan.
Yang tak kelakar dan salah, semua dari kekurangan saya.
Yang alim-alim kucing, semua dari movie ni.
Yang perlu cukur janggut, Hamka, tak kemas.
Yang perlu beli kain lebih, purdah Sayyidatul Nafisah.

Yang perlu tuntut ilmu agama, kita semua.
Yang perlu beramal dengan amalan yang benar, kita semua.

Wallahualam. 

Saturday, May 5, 2012

kamu teh susu yang bagaimana?


Sebenarnya beberapa minggu lepas, aku telah separa berjanji dengan mama untuk menghapdet blog ini tapi disebabkan pengurusan masa yang kurang cemerlang, barulah harini aku berkesempatan untuk menulis lagi. Eksaited oh! Bila menulis dalam bahasa melayu ni, taipannya tak henti-henti, idea datang mencurah-curah, ilham dari Allah! Tapi kalau tulis bahasa omputih taipan tu jadi tersekat-sekat, keyboard senyap saja, jari tak menari serencak menulis bahasa melayu. Ilham masih ada, tapi kemahiran berbahasa omputeh itu yang berkurang. Makanya, perlulah aku tingkatkan pembacaan bukubuku dan blogblog omputeh! Sedih kalau tengok ramai rakanrakan yang amat lemah penguasaan bahasa inggrisnya tapi masih malas membaca buku. Tapi kagum dengan mereka yang tersekatsekat dan berterabur juga penyusunan ayatnya, grammarnya pun entah ke mana, tapi masih mencuba untuk bertutur dengan baik. Tapi aku seperti biasa masih di tampuk yang sama. Level bahasa inggeris serupa sahaja seperti di sekolah menengah dahulu! Kamu semua macammana?

Semenjak tinggal di mesir ini, banyak sungguh teguranteguran dari Tuhan yang aku terima. Teguranteguran ini pun bukan calangcalang teguran tapi sungguh serius, datang bertimpatimpa, hari ke hari. Jika harini aku lupa maka beberapa hari lagi pasti ada tegurannya. Uniknya teguran dari Tuhan ini, kebanyakannya tak secara langsung. Teguran datang dalam bentuk individu yang menceritakan masalah kepada aku!

Bukan sedikit antara kalian semua yang menghubungi aku di facebook. Dan setiap permasalahan yang aku baca amatamat mengetuk hati aku. Kalian semua mahu berubah menjadi lebih baik, dan ini teguran unutk diri aku dan rakanrakan yang lain yang sudah lama berkampung di tampuk yang sama. Sudah bertahun di mesir tapi iman masih tidak mengalami revolusi sehebat revolusi mesir yang menjatuhkan Mubarak!  Di mana iman yang bisa menjatuhkan kemalasan, kebuntuan, kepasifan dan ke-tidak-effektif-an?

Sebenarnya kenapa begini? Pastinya kerana aku mudah lupa. Masih ingat lagi ceramah Ustaz Nouman Ali Khan yang like so feymesss right now, kata beliau, dalam Al-Quran pasti kita akan terbaca peringatanperingatan dari Tuhan yang berulangulang. Kerana emangnya fitrah manusia itu selalu lupa, lebih banyak peringatan yang diulang maka menunjukkan lebih mudah manusia lupakan peringatan itu. Sangat penting untuk kita semua memahami poin ini, kerana memang sebenarnya inilah puncanya kenapa kita sering …sering apa ye? Tibatiba blank. Sering buat dosa yang sama mungkin?

Dan bukan sedikit juga yang meletakkan ekspektasi (lol sounds better than expectation) yang amat tinggi kepada penulis blog yang hina ini.

‘Qistina pasti selalu dapat mumtaz kan?’

“Qistina pasti sangat pandai kan?’

(Oh tidak, result saya rahsia bhaii! Sudah beberapa waktu juga aku berhenti menjadikan result sebagai pengukur kejayaan, cuma sebagai pengukur adakah aku sudah cukup effektif dalam pengurusan ilmu. Berbeza kan dua ukuran itu. Kerana kalau aku jadikan result sebagai pengukur kejayaan, bila dapat result hebat pasti aku rasa cam aku ni pandai sangat je. Bila result teruk aku akan down seolaholah dunia aku ni berkisar around result je. Tapi kalau dengan result yang bagus menunjukkan aku bertambah effektif, maka aku yakin, bolehlah aku mula menambah aktivitiaktiviti selain mengulangkaji di rumah, cuba jadi lebih bermanfaat kepada masyarakat!)

Komenkomen sebegini  lah yang sering membuat aku kembali refleksi kondisi diri, kondisi iman ku, kondisi pemikiran ku, kondisi hati ku, kondisi niat ku dan macammacam lagi. Sering juga aku bertanya kepada diri sendiri, apakah yang cuba disampaikan Tuhan melalui komenkomen sebegini?

Mungkin, mungkin saja, sebagai motivasi kepada aku untuk meletakkan usaha yang lebih efektif dalam mencapai kejayaan. Lihatlah, betapa ramai antara kita yang selesa dengan keadaannya sekarang, tidak merasakan keperluan unutk berubah menjadi lebih baik. Kan?

Sudah selesa dengan result yang cukup baik, makanya mahu kekalkan jadual harian sebegitu saja. Tdur, makan, class, solat, ulangkaji, dan tidur lagi. Exam tiba, berhempas pulas, resultnya hebat, puas hati dan ulang lagi rutin yang sama untuk semester hadapan. Nah, apa lagi yang kamu mahukan setelah itu?

Pada pandangan saya yang kecil ini, rugi benar kalau rutin inilah yang kita amalkan. Pemikiran tidak berkembang, yang berkembang dan bertambah hanyalah ilmu pengetahuan dari class sahaja. Keperibadian dan bakatnya masih sama seperti yang tahun dulu, kalau kecil keperibadiannya, maka kecillah hingga saat ini. Kalau kurang keyakinannya, maka tahuntahun mendatang pun, keyakinannya serupa itu jugalah.

Hampir 2 tahun di mesir, tapi aku masih kesal dengan diri yang masih belum pernah berguru dengan manamana syeikh yang  di sini. Sedangkan manusia dari seluruh pelusuk dunia berpusupusu ke sini untuk berguru. Malahan penguasaan bahasa arab pun masih lemah. Sememangnya ramai benar pelajarpelajar Malaysia di sini yang masih amat lemah berbahasa arab, menunjukkan ketidakpedulian yang amat meninggi dalam kalangan kami. Niat di hati ingin jadi lebih baik dari ini, pulang ke Malaysia nanti mahu berkeperibadian yang baru dan lebih baik. Jangan risau lah Hannah, nina akan tetap layan je lawaklawak awak yang kurang matang itu.

Setelah menulis panjang berjelajela, dan membiarkan ayatayat tungganglanggang bermaharajalela tanpa dicantikkan dek kerana penguasaan bahasa melayu yang masih lemah, ingin saya sampaikan poin yang tak kurang penting iaitu perubahan yang bergerak. Kenapa bergerak? Kerana ramai yang berubah lalu berhenti di pertengahan jalan, ketika merasakan diri sudah selesa. Sentiasalah bergerak dalam berubah, kerana kita tak pernah sempurna!

Namun janganlah dalam usaha mengasah bakat dalam diri, kita pikul seribu jawatan dan melupakan pelajaran dan harapan ibubapa di Malaysia. Nanti sedih dey oll kat sana. Tapi seimbangkanlah. Kalau hebat sikit, boleh lebihkan penglibatan dalam persatuan. Kat sini ramai je yang aku perhatikan, sibuk 24 jam, pasti ada saja kerja yang perlu dilakukan untuk membawa manfaat kepada orang lain, tapi pelajarannya pun mantap! Nampak keberkatan dari Tuhan kerana usahanya yang ikhlas untuk membantu agama Allah. Sungguh aku tak mahu tergolong dalam golongan mereka yang kerjanya menghadap buku dan tengok movie saja, itu namanya tak seimbang, bukan sporting ke open minded ke hape. Ntah kat mana lah minda boleh terbuka dengan sikap tak peduli sebegitu.
Makanya, seimbangkanlah. Tengok movie pon tengok movie jugak, at the same time carilah sesuatu yang boleh menjadikan kamu bermanfaat kepada masyarakat sekeliling.

Teh susu kalau banyak sangat teh akan pahit.
Banyak sangat serbuk teh pun akan berkeladak.
Banyak sangat susu akan cair.
Kurang gula akan kurang manis.
Jadi seimbangkanlah dalam berubah!

Sekian resepi teh susu untuk hari ini.

*Mintak maaf kalau kurang jelas dalam penyampaian, sebab memang aku kurang arif dalam menulis, dan aku mahu elakkan banyak kali edit sebab nanti tak ter publish pulak bila aku cuba capai kesempurnaan. Aku mengaku aku menulis tanpa rangka dan idea yang jelas. Itu sesuatu yang perlu dibaiki. Tapi ini pasti membuat kamu lebih berfikir kan, sebab mesti korang like ‘seriously kau nak cakap pasal hape nih?’, lalu kamu akan berfikir dengan lebih dalam, maka pemikiran pasti bertambah tajam. Wahh.

Lusa exam tapi gaya macam tak exam. Ini sikap kurang cemerlang!

Baik boss. Assalamualaikum.

“ya Allah, selamatkanlah saudarasaudara kami di Syria!”

Nik Qistina Nabihah Nik Abdul Malik,
9.48pm Iskandariah, Mesir.
Tak sabar mahu pulang ke Malaysia.
 (style jugak buat ending camni, nampak so professional)