Sebenarnya beberapa minggu lepas, aku telah separa berjanji
dengan mama untuk menghapdet blog ini tapi disebabkan pengurusan masa yang
kurang cemerlang, barulah harini aku berkesempatan untuk menulis lagi. Eksaited
oh! Bila menulis dalam bahasa melayu ni, taipannya tak henti-henti, idea datang
mencurah-curah, ilham dari Allah! Tapi kalau tulis bahasa omputih taipan tu
jadi tersekat-sekat, keyboard senyap saja, jari tak menari serencak menulis
bahasa melayu. Ilham masih ada, tapi kemahiran berbahasa omputeh itu yang
berkurang. Makanya, perlulah aku tingkatkan pembacaan bukubuku dan blogblog
omputeh! Sedih kalau tengok ramai rakanrakan yang amat lemah penguasaan bahasa
inggrisnya tapi masih malas membaca buku. Tapi kagum dengan mereka yang
tersekatsekat dan berterabur juga penyusunan ayatnya, grammarnya pun entah ke
mana, tapi masih mencuba untuk bertutur dengan baik. Tapi aku seperti biasa
masih di tampuk yang sama. Level bahasa inggeris serupa sahaja seperti di
sekolah menengah dahulu! Kamu semua macammana?
Semenjak tinggal di mesir ini, banyak sungguh teguranteguran
dari Tuhan yang aku terima. Teguranteguran ini pun bukan calangcalang teguran
tapi sungguh serius, datang bertimpatimpa, hari ke hari. Jika harini aku lupa
maka beberapa hari lagi pasti ada tegurannya. Uniknya teguran dari Tuhan ini,
kebanyakannya tak secara langsung. Teguran datang dalam bentuk individu yang
menceritakan masalah kepada aku!
Bukan sedikit antara kalian semua yang menghubungi aku di
facebook. Dan setiap permasalahan yang aku baca amatamat mengetuk hati aku.
Kalian semua mahu berubah menjadi lebih baik, dan ini teguran unutk diri aku
dan rakanrakan yang lain yang sudah lama berkampung di tampuk yang sama. Sudah
bertahun di mesir tapi iman masih tidak mengalami revolusi sehebat revolusi
mesir yang menjatuhkan Mubarak! Di
mana iman yang bisa menjatuhkan kemalasan, kebuntuan, kepasifan dan
ke-tidak-effektif-an?
Sebenarnya kenapa begini? Pastinya kerana aku mudah lupa.
Masih ingat lagi ceramah Ustaz Nouman Ali Khan yang like so feymesss right now,
kata beliau, dalam Al-Quran pasti kita akan terbaca peringatanperingatan dari
Tuhan yang berulangulang. Kerana emangnya fitrah manusia itu selalu lupa, lebih
banyak peringatan yang diulang maka menunjukkan lebih mudah manusia lupakan
peringatan itu. Sangat penting untuk kita semua memahami poin ini, kerana
memang sebenarnya inilah puncanya kenapa kita sering …sering apa ye? Tibatiba
blank. Sering buat dosa yang sama mungkin?
Dan bukan sedikit juga yang meletakkan ekspektasi (lol
sounds better than expectation) yang amat tinggi kepada penulis blog yang hina
ini.
‘Qistina pasti selalu dapat mumtaz kan?’
“Qistina pasti sangat pandai kan?’
(Oh tidak, result saya rahsia bhaii! Sudah beberapa waktu
juga aku berhenti menjadikan result sebagai pengukur kejayaan, cuma sebagai
pengukur adakah aku sudah cukup effektif dalam pengurusan ilmu. Berbeza kan dua
ukuran itu. Kerana kalau aku jadikan result sebagai pengukur kejayaan, bila
dapat result hebat pasti aku rasa cam aku ni pandai sangat je. Bila result
teruk aku akan down seolaholah dunia aku ni berkisar around result je. Tapi kalau
dengan result yang bagus menunjukkan aku bertambah effektif, maka aku yakin, bolehlah
aku mula menambah aktivitiaktiviti selain mengulangkaji di rumah, cuba jadi
lebih bermanfaat kepada masyarakat!)
Komenkomen sebegini
lah yang sering membuat aku kembali refleksi kondisi diri, kondisi iman
ku, kondisi pemikiran ku, kondisi hati ku, kondisi niat ku dan macammacam lagi.
Sering juga aku bertanya kepada diri sendiri, apakah yang cuba disampaikan
Tuhan melalui komenkomen sebegini?
Mungkin, mungkin saja, sebagai motivasi kepada aku untuk
meletakkan usaha yang lebih efektif dalam mencapai kejayaan. Lihatlah, betapa
ramai antara kita yang selesa dengan keadaannya sekarang, tidak merasakan
keperluan unutk berubah menjadi lebih baik. Kan?
Sudah selesa dengan result yang cukup baik, makanya mahu
kekalkan jadual harian sebegitu saja. Tdur, makan, class, solat, ulangkaji, dan
tidur lagi. Exam tiba, berhempas pulas, resultnya hebat, puas hati dan ulang
lagi rutin yang sama untuk semester hadapan. Nah, apa lagi yang kamu mahukan
setelah itu?
Pada pandangan saya yang kecil ini, rugi benar kalau rutin
inilah yang kita amalkan. Pemikiran tidak berkembang, yang berkembang dan
bertambah hanyalah ilmu pengetahuan dari class sahaja. Keperibadian dan
bakatnya masih sama seperti yang tahun dulu, kalau kecil keperibadiannya, maka
kecillah hingga saat ini. Kalau kurang keyakinannya, maka tahuntahun mendatang
pun, keyakinannya serupa itu jugalah.
Hampir 2 tahun di mesir, tapi aku masih kesal dengan diri
yang masih belum pernah berguru dengan manamana syeikh yang di sini. Sedangkan manusia dari seluruh
pelusuk dunia berpusupusu ke sini untuk berguru. Malahan penguasaan bahasa arab
pun masih lemah. Sememangnya ramai benar pelajarpelajar Malaysia di sini yang
masih amat lemah berbahasa arab, menunjukkan ketidakpedulian yang amat meninggi
dalam kalangan kami. Niat di hati ingin jadi lebih baik dari ini, pulang ke
Malaysia nanti mahu berkeperibadian yang baru dan lebih baik. Jangan risau lah
Hannah, nina akan tetap layan je lawaklawak awak yang kurang matang itu.
Setelah menulis panjang berjelajela, dan membiarkan ayatayat
tungganglanggang bermaharajalela tanpa dicantikkan dek kerana penguasaan bahasa
melayu yang masih lemah, ingin saya sampaikan poin yang tak kurang penting
iaitu perubahan yang bergerak. Kenapa bergerak? Kerana ramai yang berubah lalu
berhenti di pertengahan jalan, ketika merasakan diri sudah selesa. Sentiasalah
bergerak dalam berubah, kerana kita tak pernah sempurna!
Namun janganlah dalam usaha mengasah bakat dalam diri, kita
pikul seribu jawatan dan melupakan pelajaran dan harapan ibubapa di Malaysia.
Nanti sedih dey oll kat sana. Tapi seimbangkanlah. Kalau hebat sikit, boleh lebihkan
penglibatan dalam persatuan. Kat sini ramai je yang aku perhatikan, sibuk 24
jam, pasti ada saja kerja yang perlu dilakukan untuk membawa manfaat kepada
orang lain, tapi pelajarannya pun mantap! Nampak keberkatan dari Tuhan kerana
usahanya yang ikhlas untuk membantu agama Allah. Sungguh aku tak mahu tergolong
dalam golongan mereka yang kerjanya menghadap buku dan tengok movie saja, itu
namanya tak seimbang, bukan sporting ke open minded ke hape. Ntah kat mana lah
minda boleh terbuka dengan sikap tak peduli sebegitu.
Makanya, seimbangkanlah. Tengok movie pon tengok movie
jugak, at the same time carilah sesuatu yang boleh menjadikan kamu bermanfaat
kepada masyarakat sekeliling.
Teh susu kalau banyak sangat teh akan pahit.
Banyak sangat serbuk teh pun akan berkeladak.
Banyak sangat susu akan cair.
Kurang gula akan kurang manis.
Jadi seimbangkanlah dalam berubah!
Sekian resepi teh susu untuk hari ini.
*Mintak maaf kalau kurang jelas dalam penyampaian, sebab
memang aku kurang arif dalam menulis, dan aku mahu elakkan banyak kali edit
sebab nanti tak ter publish pulak bila aku cuba capai kesempurnaan. Aku mengaku
aku menulis tanpa rangka dan idea yang jelas. Itu sesuatu yang perlu dibaiki.
Tapi ini pasti membuat kamu lebih berfikir kan, sebab mesti korang like
‘seriously kau nak cakap pasal hape nih?’, lalu kamu akan berfikir dengan lebih
dalam, maka pemikiran pasti bertambah tajam. Wahh.
Lusa exam tapi gaya macam tak exam. Ini sikap kurang
cemerlang!
Baik boss. Assalamualaikum.
“ya Allah, selamatkanlah saudarasaudara kami di Syria!”
Nik Qistina Nabihah Nik Abdul Malik,
9.48pm Iskandariah, Mesir.
Tak sabar mahu pulang ke Malaysia.
(style jugak buat ending camni, nampak so professional)