Thursday, April 28, 2011

belum kuat lagi

Mahu tulis sesuatu, tapi tak tergerak pun.

Kenapa ya?

Sebenarnya aku butuh kekuatan, keyakinan. Selagi hidup tak penuh dengan disiplin, rasa seperti aku tak layak untuk post apaapa. Tapi sekiranya tunggu diri sendiri sesempurna malaikat baru lah bisa menulis peringatan di blog, maka sampai bilabila pun tak layak untuk aku tulis nasihat di blog kan?

Sekarang jadual harian sendiri bukanlah seperti yang aku harapkan, yang aku bayangkan tika iman sedang hangat berapi. Tak seperti orang lain, jadual harian penuh dengan pembaziran. Dari tidur, hinggalah online yang kehabisan, hinggalah makan yang tak berhabisan, hinggalah borak yang tak berkesudahan. Ah apa mahu jadi dengan impian menjadi hamba produktif?

Aku malu dengan diri sendiri, malu dengan Tuhan, malu dengan Nabi (s.a.w), malu dengan ibubapa, malu dengan keluarga, malu dengan temanteman, malu dengan malaikat pencatat amal, malu dengan saudarasaudara seagama di Palestin, malu dihujani pujian, malu dengan kucing, malumalu kucing..

i very malu

Saudaraku di Palestin… Maaf, kamu jihadlah dahulu dengan bom bom di sana. Aku masih perlu jihad dengan nafsu di sini.

Malu bila katakata penuh berapi, tapi amalan setakat berasap saja!

Selalu saja aku bisik pada diri sendiri, masih belum berani untuk bisik pada orang :

Solat, mahu khusyuk! Tak mahu kosong!
Tidur, tak mahu lamalama! :(
Makan, tak mahu terlalu kenyang! (memberatkan solat dan zikir)
Cakap, tak mahu mengarutngarut!
Cakap, perlu berisi, bermanfaat!
Cakap, jangan banyak cakap!
Pandangan, tak mahu liar! Mahu tunduk ke bumi!
Quran, perlu baca banyakbanyak!
Study, kena smart!
Online, jangan lamalama!
Solat malam, jangan tinggal!

Perkara sebegini buatkan aku segan untuk beri nasihat kepada orang yang meminta. Kerana jika kalian betulbetul kenal aku, aku risau jika kalian terfikir aku tak layak untuk melontarkan nasihat. Aku bukan bersangka buruk terhadap kamu semua, cuma terfikir saja..

Tidur sendiri tak diukur, mahu ajak orang menahan nafsu?

Makan sendiri terlebih kekenyangan, mahu ajak orang berlapar?

Diri sendiri tak istiqamah, mahu berceramah tentang solat malam?

Gilakan dunia, mahu bicara tentang zuhud?

Mulut berapi, tapi amalan sendiri tak berapi pun?

Bicara tentang Islam, tapi tak nampak pun kehebatan Islami dalam diri ?

Maaf kalau post ini sungguh negatif, tapi aku sedang dalam proses tarbiyah dzatiyyah. Mendidik diri sendiri.


Wahai Tuhan, aku mohon, aku mohon, aku mohon, jangan jadikan aku wanita yang bertopengkan Islam semata.

Makan Islam, tidur Islam, nafas Islam, fikir Islam, cakap Islam.

Qistina, di mana semangat kamu?
Qistina, di mana Islam kamu?
Qistina, di mana Iman kamu?
Qistina, di mana jihad kamu?

Tak mahu nampak baik saja, mahu JADI baik!


Wahai Tuhan, aku serius, aku perlukan kekuatan!





















Saturday, April 23, 2011

tak mahu gelisah




Usah gelisah apabila dibenci manusia, kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia.

Tetapi gelisah lah apabila dibenci Allah, kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak.

-Unknown

(terpanggil untuk berkongsi katakata ini, insyAllah mahu mula berkongsi kebanyakan isi yang di dalam buku nota peribadi)

Wednesday, March 9, 2011

Hentikan mengumpat, mulut anda busuk!

Baru pulang dari tempat makan yang teh tariknya wujud sedikit rasa oren. Dan lai ci kang wujud dikit rasa sarsi.



Sejak kebelakangan ini, aku makan dengan amat sopan, kadang aku sendiri pun hairan. Mulut dibuka kecilkecil saja. Malahan bila mengunyah, mulut itu ditutup dengan tangan. Kelihatan makcik di hadapan aku tersenyum tersengihsengih, 'ah, wujud lagi ya gadis melayu terakhir di era ini' ' mungkin itulah ngomelannya di dalam hati. Kekekeke. Mulut saya terkoyak lah makcik, terkoyak. Mulut terkoyak. Mulut terkoyak. Mulut terkoyak. Ulangi bacaannya. Bunyi macam menakutkan yang amat kan? Mulut terkoyak sedikit makcik, makanya jika dibuka besar sedikit, sakit lah. Tapi kalau tak koyak pun, sopan juge, jangan risau ye.

Aku ke klinik gigi tempoh hari. Telah dibukanya mulut aku sebesarbesar alam, maka koyak lah sedikit di hujung mulut tu. Apa salah mulut ini doc?


Mengumpat? Hmm..tak kurang mungkin. Lately aku sangat sensitif dengan isu mengumpat, jadinya pasti aku perasan jika aku ada mengumpat seseorang. alahai mulut, kamu ada mengumpat tanpa aku istighfar kah?




Semakin aku elak mengumpat, semakin banyak pula aku perasan orang mengumpat di sekeliling. Tak mahu mengumpat, tapi terdengar kadang. Itu pun bersubahat kan?


Ai manusia, bikin salah sama Tuhan bisa minta ampun, bisa taubat, bisa istighfar. Tapi bikin salah sama manusia, perlu minta maaf sama manusia le. Tuhan Maha Pengampun, tapi manusia bukan gitu kan?


Apa yang seronok sangat cakap tak elok pasal orang lain ya? Kalau ditegur, nanti menjawab pula ‘betul lah! Memang dia tu macam tu!’ Ah malahan kita pula yang dimarah kembali. (inilah yang dikatakn bodoh sambil sombong, orang nasihat tanak dengar oh!) Iya jika kata kamu benar, itu mengumpat, jika tiada benar, itu fitnah. Mana yang lebih baik antara duanya?

backbiting. get it?

*Tapi jika sudah terlanjur mengumpat, makanya mohonlah maaf dari Tuhan, tapi yang penting juga, mohon maaf dari manusia. Hmmm gimana? Sebagaimana kamu telah berkata sesuatu yang tidak elok tentang A kepada B dan C, kamu perlu memuji A di hadapan B dan C, sebagai menebus atau menarik balik kata-kata kamu itu. Dan jangan lupa, doakan kebaikan juga buat A ya. Oh,  penting juga untuk minta maaf sama A, tapi jangan lah pulak cakap ‘sori dulu aku mengumpat kamu kat cikgu, aku bilang rambut kamu hodoh seperti Pengetua’. Cukup saja kamu katakan 'please forgive me if i ever thought any bad thing in my heart about you or said anything with my tongue''

*Secara kasar, rujukan dari Sheikh Yasir Qadhi. Kalau ada yang salah, mohon dibetulkan insyAllah.



#Aku suka perumpamaan ini, yang dirawikan dari Jabir bin Abdullah Al Anshari r.a :

Angin ghibah itu adalah menghembus di zaman rasulullah s.a.w tetapi sedikit. Kini banyaklah ghibah dan meluas baunya hingga sulit dibezakan. Ini ibarat lelaki datang ke rumah tukang samak. Ia tidak tahan di situ kerana baunya busuk. Padahal penghuninya makan dan minum di situ dan tidak mencium bau busuk kerana hidungnya telah biasa. Demikanlah halnya soal ghibah di zaman kita.

‘’Takutlah ghibah, ia lebih kotor daripada zina. Mereka bertanya, ‘bagaimana ia lebih kotor daripada zina?’ Nabi SAW menjawab, ;Seorang berzina lalu bertaubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan orang ghibah belum diampuni kecuali dimaaf oleh orang yang diumpat”                                                 
-Rasulullah SAW

Abul Laits al-Bukhari berkata,

‘Lebih baik aku berzina seratus kali daripada mengumpat satu kali’

#Rujukan : Terjemah kitab Mukashafah Al Qulub oleh Imam Al-Ghazali rahimullah.

Kiah : Eh jom ngumpat pengetua. Tadi kan, aku nampak beliau…
Wek : Tanak ah ngumpat. Haram wohh. Aku pergi berzina lagi bagus. Nak gi zina ah. K bye.

Taboleh!




Tuesday, March 8, 2011

Aku Juga Sayang Rasul



Aku pun tak tahu kenapa aku terkesan tengok short film ni. Antara yang terbaik di YouTube i gotta say.

Mari lah kita mencontohi Si Pembuat Roti, dan jangan makan kuaci bersepahsepah.

Pesanan buat diri sendiri juga,  jangan snooze banyakbanyak kali seperti kuaci di atas, pemalas!

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa sallam :)

Monday, February 28, 2011

'i'm cute please comment my pics' oh get a life

Teringat waktu zaman kanakkanak dulu, zaman otak dan hati belum matang (sekarang sangat sangat sangat matang dah), zaman MySpace dulu. Nak dijadikan cerita, adalah satu kejadian yang sangat terpahat dalam fikiran aku.



Tersebutlah kisah, ada seorang gadis cantik tulis comment di wall kembar aku. Katanya, ‘Pergi check profile page *Minah, saya kenal pemilik akaun ni, tapi belum pasti. Minta kamu check sertamerta. Dia menipu ni’. Makanya aku dan siKembar sangatlah eksaited kerana bunyinya sepertinya suatu yang amat menarik and sounded very thrilling la kan. And so we went.

Mulamula usha page tu, tengok gambar macam dari jauh la kan, alaa..yang bukak macam tab tu, yang tunjuk banyakbanyak gambar tu, jadi, gambar jadi kecik. Gambargambar di profile tu nampak familiar tapi aku masih dengan yakinnya cakap, ‘macam cute je cik *Minah’ . So bila cute, aku nak tengoklah gambar penuh, and so I clicked.

Makanya! Terkejutlah aku! Nama yang berbeza tapi kesemuanya foto aku? Patutlah tadi aku cakap , ‘macam cute je cik *Minah’ (hehe perasan sebentar di situ). Memang lah familiar! Muka sendiri! Dah lah terpuji diri sendiri! Tak baik lah minah u buat I macamni!

Aku dan siKembar pun pastinya sangat terkejut lah. Aku pun browse setiap foto, setiap comment di wall itu. Ramai benar yang mahu berteman? Alahai *Minah, apa yang sudah kamu lakukan?

Sampai hari ni aku teringat insiden ni dan (kononnya) aku trauma walaupun  tak beri impak yang hebat, aku cuma bingung kenapa foto aku yang digunakan. Jika ada yang aku berbuat salah pada kamu, aku minta maaf sungguhsungguh, tak perlu rasanya buat sebegitu kan?

Sungguh aku malu dengan insiden tu, malu dengan ketidakmatangan diri sendiri post gambargambar ‘perasan cute’.

Kita semua pernah lalui stage tak-matang ni kan? Di mana semuanya mahu ambil gambar yang membuatkan muka tu jadi cun, hensem, hotstuff, flawless..dan banyak lagi. Ada 80 gambar muka yang sama, cumanya angle berlainan, dan lighting sedikit beda, namun muka kamu sama saja cik. Masih begitu. Yang senget masih senget, yang berjerawat masih tampak, yang gelap masih gelap, yang cerah masih cerah, apa lagi yang mahu dibuktikan? Ya kamu cantik, ya kamu tampan, ya rambut kamu cantik, ya tudung itu gorgeus benar, apa lagi?

Tulis saja lah sebagai tajuk album itu ‘saya sangat comel, sila komen cakap saya comel, terima kasih saya tahu saya comel ala malu laaa’

Kita semua dah pernah tak matang kan? Jadi, sudahlah tu, mari lah jadi  matang. Cukupcukup lah ambil gambar diri sendiri. Kamu tak tahu apa yang dikatakan orang di belakang skrin itu. Janganlah pula cakap ‘aku tak kisah orang nak cakap apa, itu masalah dorang’. Itu bukan masalah ‘dorang’ tapi sebenarnya masalah kita, tak nak terima kritikan. Aku faham, aku pun susah terima kritikan, tapi menerima kritikan itu PERLU. Kerana orang yang suka mengutuk orang ni, senang nampak keburukan kita, tapi diri sendiri lebih mudah nampak kebaikan diri sendiri.  Emmm faham?

manfaatkan orang yang tak sukakan kita, sebab mereka suka cari kekurangan kita, kemudian kita boleh baiki diri. Kehinaan orang tidak bahaya, tapi menghina orang itu bahaya’         
Aa Gym


P/s – kepada lelaki di MySpace, sungguh maruah aku lebih tinggi dari menerima lamaran kurangmatang di MySpace.

p/s – kepada *Minah, diminta jangan diulang perkara ini terhadap orang lain pula insyAllah? *Nama kononnya ditukar untuk jaga aib tapi sebenarnya tak tahu nama sebenar Minah.


Wanita semuanya perlu bermaruah, dan flirting dengan semua lelaki bukanlah satu aksi yang bermaruah mahupun bijak, yes?

Diri kamu lebih berharga dari pujianpujian kosong dari lelakilelaki yang hanya mengharapkan kegembiraan dan keseronokan semata.


Wanita perlu diselubungi rasa malu, ini barulah hotstuff yea.
(malumalu kucing saja tak boleh)



Sunday, February 13, 2011

kapan kamu menghilang?

Secawan Nescafe buat santapan,
Ah tiada kata yang bisa aku ungkapkan,
Ku toleh ke sana, merenung the Holy Qur'an,
Ah belum bisa lagi aku menyelakmu hari ini teman,
Aku belum temukan masa, tapi iyalah, kapan lagi kan?

Pening melihat sesetengah orang,
Mahukan waktu lapang berjam-jam baru mahu dibuka Al-Quran,
Apakah untuk membaca hanya sehelai kamu perlukan sejam dua?
Tiada salah jika hanya punya waktu sepuluh menit untuk tatap kalam yang mulia,
Bukannya jika dilapangkan buat kamu waktu tiga empat jam,
Kamu bisa habiskan satu juz keseluruhannya kan?
Malahan mungkin saja tiga jam yang diberi, hanya setengah jam Quran sudah selesai dibaca,
Muka suratnya masih banyak, waktunya masih terluang, namun nafsunya sudah mendominasi,
Lupakah kamu ibadah yang terbaik adalah yang dibenci oleh nafsu kamu sendiri?
Aku bukannya memerangi kamu,
Malahan peringatan buat diri yang alpa selalu.

Maafkan aku oh Tuhan,
Di Mesir sana dialah teman sebaikbaik teman,
Tapi tiba di Malizia kami seolah berjauhan,
Aku rindukan kalamMu yakni al-Quran,
Apa kami bisa bersama lagi bak hari semalam?

Wahai nafsu,
Nyahlah kamu dari pandanganku,
Aku punya segunung waktu,
Namun kamu datang menyempitkan masaku,
Pasti dengan izinNya aku cuba perangi kamu,
Kamu yang dibenci imanku namun sentiasa dekat denganku.

"Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit dari membuka sebuah kota sendirian"
Nabi Sulaiman bin Daud a.s


Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan nafsunya. 
(Terjemahan Kitab Mukashafah Qulub)

Monday, February 7, 2011

Semuanya menggila di Mesir.

Ini catatan beberapa hari lalu. Sudah berkulat maa.

Hari ini sudah hari kesebelas demonstrasi di Mesir(4Feb). CNN yang kira, bukan aku. Aku kira tadi, baru 10, tapi aku lebih percayakan CNN. (aku dah kira sekali lagi, memang CNN lagi pandai)

Bila diulangtayang kembali peristiwaperistiwa sepanjang keberadaan aku di Mesir sepanjang waktu demonstrasi, memang best la jugak. Bukanlah sesuatu yang ingin dilupakan.

Semuanya menggila di Mesir.

Tapi maaf aku tak dapat menyususn peristiwa mengikut kronologi, sebab aku pelupa. Hehe.

Hari ke4 demonstrasi, curfew bermula 6pm-7am.

‘Kita nak gerak pukul berapa?’

Lepas solat maghrib ok kot (5.20)’

Maka kami pun solatlah dan bersedia untuk ke rumah kawan aku yang berdekatan stesen sebelum Azarita, aku lupa nama stesen tu. Memandangkan kami kaum perempuan yang kadangkadang terhegehhegeh sikit bila bersiap, pukul 5.45 baru bertolak. Sebelum bertolak, terserempak dengan seorang perempuan Arab ni, dia cakap, ‘You cannot go out! 6pm until 7 am!’. Maka mampuslah kami, sebab masa tu pukul 5.45pm. Lepas tu tunggu perempuanperempuan lain 5 minit lagi, mak Arab tu jerit sama kami ‘Go! You have 10 minutes ONLY!’ padahal journey kami tak penting pun, nak pergi sleepover je (masa rusuhan jugak lah genius nak buat sleepover kan?). Sanggup pulak menempuh curfew kan? Orang perempuan memang hebat kalau kamu tak tahu.

Maka berjalanlah kami ke stesen tram (tram = LRT siput) lalu tak ada tram tapi kalau nak tunggu masa tinggal kurang 10 minit kalau kami tunggu maka kurengpandailah. Jadi, kami tak tunggu, lalu kami pergi cari teksi tapi tak ada teksi nak amik kami sebab pak Arabs pun patuh curfew. Hehe. Orang perempuan je terer taknak patuh curfew.

Maka kami berjalanlah kaki nak pergi rumah kawan kami tu. Jalan jalan. Jalan jalan. Jalan jalan. Rasa pelik sebab kat jalan semuanya lelaki, perempuan tak ada satu habuk pun! Haha ruparupanya semua pak Arabs baru selesai solat Maghrib dan semua tu tengah dalam proses mengumpulkan ArabArab lain untuk rusuhan yang seterusnya. Tengah sibuk ArabArab tu kumpul orang, kami pun ada di celahcelah tu. Hebat kan? (mama cakap, bukan hebat, tapi clueless / taktahupape pasal keadaan sekeliling)

Sedang kita orang jalanjalan dengan sangat senyap sebab tibatiba cuak, ada satu pak Arab ni memang dramatik habis. Dia lari, lepas tu, dia toleh belakang. Dia angkat jubah dia tu setinggi boleh, lari selajulajunya, toleh belakang, lari, toleh belakang, lari. Aku yang usha tengok dia waktu tu dah gabra la kan? 'Ada apa ni?' Masa tu aku otak aku memang dah fikir yang pak Arab tu tengah kena kejar dengan polis ke apa. 'Weh ada polis kot? Atau yang sembursembur gas pedih mata tu? Gila la sudah kitaaa!' Itulah dia, omongan nina, pandaipandai saja buat komentar dramatik. 

(Turned out pak Arab tu tengah kejar tram. Jangan tanya aku kenapa dia dramatik sangat)

Selepas berlarilari dengan dramatiknya untuk kejar tram yang tibatiba wujud, kami pun sampailah ke stesen sebelum Azarita tu. Jalan ke rumah kawan aku tu memang dah tak boleh horror lagi lah, gelap, kurang manusia, cuma pak Arab berpeleseran di sanasini dan kepalakepala makmak Arab yang terkeluar menjenguk dari tingkap. Untuk menggambarkan kebahayaan aktiviti kami waktu tu (mengembara ketika curfew), selepas passed by an Arab lady, dia cakap, ‘La haula wa la quwwata ila billah’.  Tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Ya Rabb, tak boleh dramatik lagi kah makcik ini? Sangat lah menakutkan bila dia cakap macam tu, tapi sempat lagi kawan aku ajak pergi beli roti dan buahbuahan sebab makan buah sebelum makan adalah sunnah Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam.

Untuk menambah kedramatikkan waktu tu, rumah kawan aku tu pulak betulbetul bersebelahan dengan bangunan kerajaan. Di mana lagikah kawasan yang strategik untuk buat rusuhan/demonstrasi melainkan bangunan kerajaan?

Maka tidur kami sepanjang malam dihiasi dengan stew ayam, strawberry, nasi sejuk, kereta kebal yang tak reti balik tidur, dan dimarahmarah pak Arab sebab kita orang suka jenguk ke luar balkoni menyibuk nak tengok.

Kereta kebal ni, tengok 20 kali pun, still akan excited setiap kali tengok. Perempuan saja mungkin? Dah tengok 20 kali, tapi setiap kali tengok, macam tak pernah tengok seumur hidup.

Nak tulis lagi tapi risau kamu penat baca. Mahu upload gambar tapi masih belum ada gambarnya. Masih menunggu di-emel dari kawan gambargambar Mesir. Kami memang suka tangkap gambar ArabArab gaduh bawah rumah, macam mini rusuhan la. Tak perlu tunggu 25Januari untuk mini rusuhan ni, setiap minggu pun ada. Kebiasaaanya waktu malam. Ada satu hari tu, aku lah tukang amik gambar mini rusuhan, tibatiba tertekan flash daa..Kantoi! Jadi, berhatihatilah ketika mengintai.

Baru 4 bulan di Mesir, tapi aku sudah mula mencintai orang  Mesir.



Ya Allah, selamatkanlah Mesir dan Masriyyeen. Berikanlah kemenangan kepada pihak yang benar. Sesungguhnya hanya Engkau lah Yang Maha Mengetahui.

Peace!
Ameen :)