Ini catatan beberapa hari lalu. Sudah berkulat maa.
Hari ini sudah hari kesebelas demonstrasi di Mesir(4Feb). CNN yang kira, bukan aku. Aku kira tadi, baru 10, tapi aku lebih percayakan CNN. (aku dah kira sekali lagi, memang CNN lagi pandai)
Bila diulangtayang kembali peristiwaperistiwa sepanjang keberadaan aku di Mesir sepanjang waktu demonstrasi, memang best la jugak. Bukanlah sesuatu yang ingin dilupakan.
Semuanya menggila di Mesir.
Tapi maaf aku tak dapat menyususn peristiwa mengikut kronologi, sebab aku pelupa. Hehe.
Hari ke4 demonstrasi, curfew bermula 6pm-7am.
‘Kita nak gerak pukul berapa?’
‘Lepas solat maghrib ok kot (5.20)’
Maka kami pun solatlah dan bersedia untuk ke rumah kawan aku yang berdekatan stesen sebelum Azarita, aku lupa nama stesen tu. Memandangkan kami kaum perempuan yang kadangkadang terhegehhegeh sikit bila bersiap, pukul 5.45 baru bertolak. Sebelum bertolak, terserempak dengan seorang perempuan Arab ni, dia cakap, ‘You cannot go out! 6pm until 7 am!’. Maka mampuslah kami, sebab masa tu pukul 5.45pm. Lepas tu tunggu perempuanperempuan lain 5 minit lagi, mak Arab tu jerit sama kami ‘Go! You have 10 minutes ONLY!’ padahal journey kami tak penting pun, nak pergi sleepover je (masa rusuhan jugak lah genius nak buat sleepover kan?). Sanggup pulak menempuh curfew kan? Orang perempuan memang hebat kalau kamu tak tahu.
Maka berjalanlah kami ke stesen tram (tram = LRT siput) lalu tak ada tram tapi kalau nak tunggu masa tinggal kurang 10 minit kalau kami tunggu maka kurengpandailah. Jadi, kami tak tunggu, lalu kami pergi cari teksi tapi tak ada teksi nak amik kami sebab pak Arabs pun patuh curfew. Hehe. Orang perempuan je terer taknak patuh curfew.
Maka kami berjalanlah kaki nak pergi rumah kawan kami tu. Jalan jalan. Jalan jalan. Jalan jalan. Rasa pelik sebab kat jalan semuanya lelaki, perempuan tak ada satu habuk pun! Haha ruparupanya semua pak Arabs baru selesai solat Maghrib dan semua tu tengah dalam proses mengumpulkan ArabArab lain untuk rusuhan yang seterusnya. Tengah sibuk ArabArab tu kumpul orang, kami pun ada di celahcelah tu. Hebat kan? (mama cakap, bukan hebat, tapi clueless / taktahupape pasal keadaan sekeliling)
Sedang kita orang jalanjalan dengan sangat senyap sebab tibatiba cuak, ada satu pak Arab ni memang dramatik habis. Dia lari, lepas tu, dia toleh belakang. Dia angkat jubah dia tu setinggi boleh, lari selajulajunya, toleh belakang, lari, toleh belakang, lari. Aku yang usha tengok dia waktu tu dah gabra la kan? 'Ada apa ni?' Masa tu aku otak aku memang dah fikir yang pak Arab tu tengah kena kejar dengan polis ke apa. 'Weh ada polis kot? Atau yang sembursembur gas pedih mata tu? Gila la sudah kitaaa!' Itulah dia, omongan nina, pandaipandai saja buat komentar dramatik.
(Turned out pak Arab tu tengah kejar tram. Jangan tanya aku kenapa dia dramatik sangat)
Selepas berlarilari dengan dramatiknya untuk kejar tram yang tibatiba wujud, kami pun sampailah ke stesen sebelum Azarita tu. Jalan ke rumah kawan aku tu memang dah tak boleh horror lagi lah, gelap, kurang manusia, cuma pak Arab berpeleseran di sanasini dan kepalakepala makmak Arab yang terkeluar menjenguk dari tingkap. Untuk menggambarkan kebahayaan aktiviti kami waktu tu (mengembara ketika curfew), selepas passed by an Arab lady, dia cakap, ‘La haula wa la quwwata ila billah’. Tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Ya Rabb, tak boleh dramatik lagi kah makcik ini? Sangat lah menakutkan bila dia cakap macam tu, tapi sempat lagi kawan aku ajak pergi beli roti dan buahbuahan sebab makan buah sebelum makan adalah sunnah Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam.
Untuk menambah kedramatikkan waktu tu, rumah kawan aku tu pulak betulbetul bersebelahan dengan bangunan kerajaan. Di mana lagikah kawasan yang strategik untuk buat rusuhan/demonstrasi melainkan bangunan kerajaan?
Maka tidur kami sepanjang malam dihiasi dengan stew ayam, strawberry, nasi sejuk, kereta kebal yang tak reti balik tidur, dan dimarahmarah pak Arab sebab kita orang suka jenguk ke luar balkoni menyibuk nak tengok.
Kereta kebal ni, tengok 20 kali pun, still akan excited setiap kali tengok. Perempuan saja mungkin? Dah tengok 20 kali, tapi setiap kali tengok, macam tak pernah tengok seumur hidup.
Nak tulis lagi tapi risau kamu penat baca. Mahu upload gambar tapi masih belum ada gambarnya. Masih menunggu di-emel dari kawan gambargambar Mesir. Kami memang suka tangkap gambar ArabArab gaduh bawah rumah, macam mini rusuhan la. Tak perlu tunggu 25Januari untuk mini rusuhan ni, setiap minggu pun ada. Kebiasaaanya waktu malam. Ada satu hari tu, aku lah tukang amik gambar mini rusuhan, tibatiba tertekan flash daa..Kantoi! Jadi, berhatihatilah ketika mengintai.
Baru 4 bulan di Mesir, tapi aku sudah mula mencintai orang Mesir.
Ya Allah, selamatkanlah Mesir dan Masriyyeen. Berikanlah kemenangan kepada pihak yang benar. Sesungguhnya hanya Engkau lah Yang Maha Mengetahui.
3 comments:
weyh... bila aku bace, aku rase hang yg gila.. hahahh
heheheehe kau pun sama saja wanneng :P
nak tengok gambar kereta kebal tu.....
Post a Comment