Sunday, October 23, 2011

Result dan Nasi Lemak, Sentiasa di Hati


Masih teringat lagi tentang perasaan yang bercampur-baur ketika pulang ke Malaysia Ramadhan yang lalu. Separuh hati gembira, tidak sabar menanti pertemuan dengan mama dan papa dan tidak sabar mahu melepaskan kerinduan yang menggunung terhadap nasi lemak special Mamak Darussalam (serius sedap, menitis air mata kerinduan). Separuh lagi penuh dengan kesedihan dan kerisauan, memikirkan tentang result yang akan diterima tidak lama lagi.

‘Paper tadi susah la’
‘Ada satu soalan Biomaterials tadi yang memang aku betul-betul tak faham!’
‘Tak sempat check paper oh’
‘Gigi aku patah tadi, dah lah tak cantik’

Satu demi satu keluhan-keluhan ini terpanggil kembali dalam fikiran. Setiap paper yang dijawab, pasti ada keluhannya, tiada keyakinan langsung. Rasa bersalah dengan Tuhan, seolah-olah aku tidak yakin dengan pertolonganNya, rasa bersalah dengan diri sendiri, seolah-olah usaha aku belum cukup kuat, rasa bersalah dengan mama dan papa, seolah-olah impian mereka aku buang ke Laut Mati. Rasa bersalah nak makan nasi lemak special, seolah-olah aku tak cukup special untuk diberi ganjaran makan nasi lemak tersebut, semuanya kerana result yang bakal tiba!

“Berjayakah aku mendapat A dalam semua matapelajaran?”
“Berjayakah aku menjadi yang terbaik?”
“Berjayakah aku menjadi lebih baik?”

Walaupun cuti aku dipenuhi dengan kegembiraan bersama keluarga, rakan-rakan dan makanan, dialog-dialog  ini pasti datang menyapa di kala malam yang sunyi, menjadikan aku susah hati, seperti bila internet tiba-tiba putus.

Bila waktu yang dinantikan tiba, dengan lafaz Bismillah, dan segala macam jenis doa yang bisa dilafazkan, aku key-in Username ku yang sememangnya unik dan Password sambil tersengih-sengih, diselangi kerutan sejuta di dahi. Tersengih kerana sebenarnya password aku sangat kelakar, namun dahi berkerut kerana susah hati dan sarat dengan debaran . Terus teringat paper Dental Biomaterials tempoh hari yang sememangnya menguji kesabaran.

Dengan lafaz Bismillah sekali lagi, sebab tadi gelak kuat sangat, aku klik pada pautan yang membawa aku tenggelam dalam debaran iaitu pautan yang tetera perkataan , Grades.

Walaupun sedang duduk, aku seolah-olah terduduk sekali lagi kerana result yang kuterima sungguh di luar jangkaan. Maka lafaz pertama, pastinya memuji Tuhan yang tak henti-henti menyayangi hambaNya. Terharu. Walaupun aku tahu result ini bukanlah yang terbaik dalam kalangan rakan-rakan dentist lain yang mashAllah sangat tekun dan gigih belajar, aku tetap bersyukur kerana aku tahu jika berdasarkan usaha yang hanya sekecil gula-gula Hacks ini, aku tidak layak untuk dianugerahkan result sebegini. Seolah-olah aku bayar 3 ringgit cuma, tapi dapat ayam goreng lebih. Bayar 3 ringgit patut dapat anak ayam je la bai.

Namun biasalah, lumrah manusia, terlalu mudah lupa. Hanya selepas sehari aku kembali bersedih, merasakan result aku tidak cukup bagus.  Sudah disusun rapi oleh Tuhan, tiba-tiba papa bertanyakan tentang result,

“Tunjuk lah result tu kat mama dan papa, nak tengok jugak macammana anak papa belajar”.

Lalu dengan kurang bergayanya, aku hulurkan  result tersebut kepada mereka. Respons yang diterima sungguh memberangsangkan.

“Alhamdulillah hebat result anak mama”

“Ni tak ada yang fail kan? Papa cuma tak mahu ada yang fail”

“Tak ada fail, tapi tengok tu, result Histology, paling teruk!
Kalau keluar ranking form ni, mesti saya tak dapat jadi top ten. Result memang ok tapi tak cukup baguslah papa”

Nampak lagi keluhan demi keluhan seorang hamba yang tak reti bersyukur! Tapi ayat motivasi dari papa yang sungguh memberangsangkan telah berjaya meniup kembali kegembiraan dalam diri.

“Bila pula papa suruh awak jadi yang terbaik dalam kelas? Papa cuma nak awak jadi sebaik mungkin, setakat mana yang awak mampu. Tak perlu risau tentang orang lain. ”

Tak perlulah kita gembira bila kita berjaya mengatasi orang lain, tapi seharusnya kita gembira bila berjaya mengatasi potensi diri sendiri dan berjaya memberikan usaha yang sehabis baik.

Terlalu ramai yang sibuk menjadi yang terbaik dalam komunitinya, tetapi lupa untuk muhasabah dan mengukur kemampuan diri sendiri.  Benarlah pepatah Melayu ‘Ukur baju di badan sendiri’. Kalau sentiasa sibuk ukur baju di badan orang lain yang punya otot berketak-ketak  dan sangat hensum itu, sampai bila kita bisa bersyukur dengan diri sendiri, yang walaupun sangat kurus, tapi sungguh comel bila melayang ditiup  angin?

Jika semua orang mengukur kejayaan berdasarkan ‘ranking’, maka cuma seorang manusia saja yang bisa berjaya di setiap universiti kan?

Kita semua sudah pun memulakan semester yang baru. Marilah sama-sama kita semua bangkit dengan azam yang baru, untuk mencapai potensi diri semaksimum mungkin, dan menjadi jauh lebih baik dari semester yang lalu. Jika punya result yang teruk, jadikan peringatan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama, dan berusaha menjadi lebih baik. Jika menerima  result yang bagus, jadikan motivasi untuk istiqamah dan menjadi lebih baik. Bila sudah lebih baik, boleh lah makan lebih banyak nasi lemak. tapi bukan lah niat belajar supaya dapat makan lebih banyak nasi lemak. Tapi cuma berharap bila dah lebih baik boleh dapat ganjaran lebih nasi lemak. Tapi belajar untuk jadi lebih baik. Secara tak langsung, untuk nasi lemak tersebut. ok konfius.

Jadi lupakanlah segala harubiru atau keterukan segala yang telah berlalu. Buku teks baru sudah dibuka, jadi buatlah nota baru dengan lebih bersemangat. Gunakan highlighter kerana mak kamu dah belikan, mahal tu, rugi tak guna.


Kembangkan potensi diri…kerana dirimu, begitu berharga.




4 comments:

atika said...

Congrates on your result!
Mengeluh tu tanda org yg tidak bersyukur,so jgn mengeluh
Nanti i belanja you nino cupcakes !
:DD

qistina said...

i loike!!!!
insyAllah, cuba berhenti mengeluh :D

lady aqua said...

sangat suka muhasabah ini :D tapi syg tak dapat share kat fb. tade button tu ke? :P

qistina said...

insyAllah paste je link tu, semoga bermanfaat kat ramai orang :)

tak pernah buat setting fb, lain kali buat insyAllah :P