Joshua Evans menyifatkan Muslim sebagai lilin yang menyinari kegelapan. Lilin yang memberi penyelesaian tatkala manusia berada dalam kegelapan. Tetapi kebanyakan Muslim pada hari ini merupakan lilin yang ditutup cahayanya, seolah-olah ada mangkuk atau penutup yang menghalang orang lain untuk menikmati cahaya itu. Ramai yang mencari cahaya kebenaran itu, tetapi kita semua bersalah, kerana cahaya itu ditutup. Perlu pula si pemburu cahaya membuka semua penutup lilin untuk mencari cahaya itu. Sedangkan, alangkah indahnya jika seseorang itu bisa melihat cahaya itu yang sentiasa bersinar.
Pada aku, metafora yang Joshua Evans gunakan adalah sangat tepat, dan sunggguh indah. Kenapalah kita disifatkan sebagai cahaya? Kerana Islam ini merupakan ajaran yang sangat sempurna, cara hidup yang sempurna, seolah-olah penyelesaian kepada semua persoalan-persoalan hidup yang manusia sentiasa nantikan jawapannya. Memang amatlah indah jika seorang itu dapat melihat betapa indahnya Islam dan betapa sempurnanya ajaran ini melalui seorang Muslim. Itulah yang dikatakan cahaya.
Manakala liin yang tertutup itu pula seperti Muslim yang indahnya hanya pada dirinya saja. Tidak terpercik keindahan itu kepada orang lain. Tidak ternampak keindahan itu di mata orang lain. Apalah gunanya menikmati keindahan itu seorang diri? Joshua Evans berkata, di komuniti Muslim di Orange County, aktiviti Muslims disitu hanya tersekat di dalam masjid, dan bersama para Muslim sendiri. Setelah bertahun-tahun beliau tinggal berhadapan dengan masjid, barulah beliau menyedari bahawa bangunan itu merupakan sebuah masjid. Malah Joshua tidak pernah terdengar tentang Islam, sehinggalah beliau mengkaji pelbagai agama. Bila Joshua memasuki masjid dan nampak betapa indahnya ajaran-ajaran Islam itu, barulah beliau tersentuh. Jadi boleh dilihat disini apa yang beliau maksudkan dengan lilin yag tertutup.
watch Joshua Evans here
Jika seseorang itu harus memasuki masjid, dan barulah akan terjumpa kebenaran Islam, maka terbantutlah pengembangan agama ini.
Beliau juga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mencari kebenaran. Dan terdapat beribu-ribu malah berjuta lagi orang lain yang sama dengannya. Tetapi jika kita semua terus menutup cahaya yang kita ada ini, maka terkapai-kapailah berjuta-juta lagi pemburu cahaya di luar sana.
Pernah aku terdengar,
‘Islam should come to people through Muslims, not because of Muslims’
Nampak tak perbezaan antara kedatangan Islam melalui Muslim, dan kerana Muslim?
Islam yang datang melalui Muslim ialah apabila seorang manusia itu nampak keindahan ajaran Islam melalui penganut agama Islam itu sendiri. Bila Muslim itu menjadi seperti seorang yang boleh dicontohi.
Manakala Islam kerana Muslim adalah Islam kerana perkahwinan. Tidak salah, tetapi bukankah lebih indah jika Islamnya seseorang itu adalah kerana keyakinannya terhadap agama ini, bukanlah setakat Islam untuk menjalin ikatan yang sah.
So marilah kita sama-sama membuka penutup kita yang sudah lama menyembunyikan cahaya. Islam itu tersedia indah, cuma perlu ditunjukkan cahaya ini kepada ramai. Ramai yang memerlukan cahaya kita.
Kita dilahirkan sebagai khalifah Allah, untuk menyampaikan agama Islam kepada orang lain. Jadilah khalifah, jom.
Tanya diri sendiri, kita ni lilin bercahaya, atau cahaya yang ditutup, atau sekadar malap-malap sahaja?
*ini cuma kesimpulan yang aku ingat, nanti aku dah tengok sekali lagi, maka aku akan tulis sekali lagi. banyak lagi yang encik ni cakap, tapi aku ingat-ingat-lupa. ok jangan boring eh bace nanti :)
3 comments:
hoii kau!!! hahah. found ur blog.
found u too...haha. sape ni? profile unavailable pulak
try again. dah available dah kot.
Post a Comment