Tuesday, February 16, 2010

oh jalan ini

Semalam aku terfikir (elleh nina asyik terfikir je)
Ok ok

Semalam, waktu solat, ‘terdetik’ kat minda aku..*tiktoktiktok*

macammanalah kalau sekarang ni, aku bukan kat tempat ni, bukan tengah solat?
Tapi kat tempat lain..

Contohnya di kedai makan, sedang berdating..
Atau di kolej, sedang berdating juga..
Atau just on the phone, berlovey-dovey with some guy..
Atau sedang sibuk memabukkan diri, berseronok tak ingat dunia (takkan ingat akhirat kot?)
Atau sedang ponteng solat fardhu..
Atau tengah mencuri..
Atau tengah mengumpat..
Atau tengah dating..
Atau buat apa-apa je lah yang buatkan syaitan berparty

Kiranya, macammanalah kalau aku sekarang sedang berada di jalan yang salah, atau samar-samar tentang kebenaran, atau tak kisah whatsoever?

Kebenaran yang aku maksudkan ialah kebenaran tentang agama kita ni lah.

Padahal, boleh je Allah nak tukar keadaan aku sekarang ni, DIA kan yang Paling Hebat. Yang Maha Besar. Kun fayakun…fushhhh, terus aku boleh berubah menjadi whatever.

Mungkin dari seorang yang solat, kepada seorang yang tak ambik kesah pun apa itu ‘solat’.

Mungkin dari Islam, kepada kafir.

Mungkin dari bencikan dosa, kepada cintakan dosa.

Naudzubillahminzalik. Mintak jauh.

So I said, Alhamdulillah, sebab aku di sini, bukan di sana.

Bukanlah bermaksud aku rasa aku lagi hebat dari mereka (yang buat syaitan berparty wootwoot), atau rasa lagi hebat sebab jalan aku benar, dan bukanlah aku rasa aku ni GILA BENAR dari mereka, atau rasa alim ke apa, aku cuma syukur sebab sah-sah lah kita kena bersyukur kan.

And aku syukur sebab aku masih di jalanNya, bukan di jalanrayasyaitan.

And aku berdoa supaya kita semua akan tetap di jalan ini, ameen.
InsyaAllah.

GILA BENAR – kalau GILA di jalan yang BENAR, extremist kot?


Oh teringat nasyid Raihan ‘ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah…’

*jika segala detikan waktu solat tu menunjukkan solat aku tak khusyu’, maka sila tegur aku, dan sila jangan contohi aku. Faham?


‘’duhai Sang pembolak-balik hati, tetapkan hati kami pada agamaMu’’




2 comments:

Raziff Lokman... said...

....setiap kali solat disudahkan...seperti mendapat sebuah ketenangan...bebas

qistina said...

rite..rasa lega semacam