Dia masih solat. Solat fardhu. Solat sunat. Semuanya belum dilupa. Dia masih membaca Quran itu. Biar tergagap, biar tersekat. Dia masih puasa. Isnin. Khamis. Segala ibadahnya masih istiqamah. Segala ibadahnya masih terjaga.
Tapi jangan dianngap imannya tinggi menggunung.
Kerana imannya sedang kacau.
Tapi dia mujahid sejati, dikala iman rapuh dan nafsunya mencintai dunia, nafsu dunianya ditentang, semuanya kerana Penciptanya.
Tapi jangan dianggap imannya sudah tinggi menggunung.
Sungguh, iman itu sukar untuk ditafsir.
Adakah pada ibadahnya, solatnya, puasanya, atau hatinya?
Jika pada hatinya, maka hancurlah dia. Matilah dia. Remuklah dia.
Jika hanya pada solatnya, maka iya, senang saja dirinya.
Jika hanya pada puasanya, maka iya, selamatlah imannya.
Tapi pada apa iman itu?
Pastinya bukan semudah itu!
Kerana dia masih solat, tapi khusyuknya, nikmatnya tidak sama lagi. Dulu bisa menangis terus saat melantunkan al-Fatihah. Tapi sekarang tidak lagi.
Kerana dia masih membaca Qurannya, tapi feel nya tidak sama lagi. Dulu pasti beremosi. Tapi sekarang tidak lagi.
Kerana dia masih puasa, tapi nikmatnya tidak sama. Sudah hilang sedikit demi sedikit sinar menahan lapar itu.
Memang semuanya masih istiqamah, kerana iman yang hampeh bukanlah alasan untuk ibadah yang hampeh juga. Dia masih istiqamah, kerana dia tahu apa yang dibuatnya betul, benar. Sepertinya Oprah, tiada iman, tapi masih berbuat baik.
Ini bukanlah karangan untuk meyakinkan kamu, yang ibadah kamu itu tak perlukan iman, tapi sebaliknya, iman yang remuk bukanlah alasan untuk kamu tinggalkan segala kewajipanmu kepada Yang Maha Agung.
Lumrah.
Iman manusia bertambah dan berkurang.
Tapi bukan lumrah.
Ibadah manusia dibuat sekejap, ditinggal sekejap.
Kita hamba, bukan Pencipta!
‘Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati kami ini di jalan Mu’
‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami’
Semoga sakit iman kita semua terubat. Ameen.
(dia itu sahabat aku, pasti dia sedang membaca)
4 comments:
eh mentee
bile nk chat lg?
uhmmm...weyh..ske gle post ko...post byk2 lgi....
aku ingat lg doa lpas smyg yg ko tullis ni :)
kau la yang selalu lead baca doa, tu pasal kau ingat. gud2 :D
Post a Comment