Monday, May 10, 2010

lapar pada pukul 7.33 pagi

tanda solat tak khusyuk ----> angkat takbiratul ihram semasa duduk antara dua sujud. not funny.

janga solat ketika mengantuk. ada hadis yang cakap pasal ni, tapi buku tu hilang. insyaAllah lain kali aku tulis  walaupun takde sape yang mintak. sukahatilah ni kan blog saya. kalau solat subuh kadang-kadang ngantuk saaangat. jadi apakata kamu solat qabliah subuh 2 rakaat dulu (solat sunat 2 rakaat sebelum subuh) kira macam warm-up la kan. jadi by the time solat subuh tu, takdelah rasa ngantuk dah kan. subhanaAllah banyak sangat saranan untuk solat sunat qabliah subuh ni. sebab banyak jugah hikmahnya kot. wallahua'alam.

tanda solat tak khusyuk ----> terbaca doa makan semasa tahiyyat akhir. not funny.

ada ustad yang list out kan soalan-soalan yang perlu ditanya kat diri sendiri setiap hari, dari kitab apa entah, antaranya ialah 'sudahkah kamu menunaikan solat sunat rawatib (2 rakaat sebelum subuh)? nampak tak betapa pentingnya solat sunat ni? oh dan silalah istiqamah, sesungguhnya itulah yang paling disukai Allah, yakni sikit dan berterusan :)

bila ada ilmu baru sila buat catatan supaya tak lupa. kalau tak nampak sebab tulisan kecil, sila pasang lampu.


tapi jika kamu hanya terbangun ketika azan zohor berkumandang, maka rasanya kamu sudah terlepas solat sunat ini. sila mohon ampun dan qada' solat subuh dan silalah berhenti 'tertinggal' solat subuh, silalah berhenti beristiqamah meninggalkan solat subuh. tak ada unsur kelakar dalam hal ini. kalau tiap-tiap hari kena qada' solat subuh, maka silalah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar insyaAllah.


''Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesunggunhnya Dia jugalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.''  Al-Zumar (39:53)

Ehemm. Surah ini juga didedikasikan specially untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang masih lagi dalam kancah maksiat. Yang masih suka bermanja dengan boyfriend, walaupun tak manja tetap sama ok, maksiat jugak tu. Yang masih suka flirt dengan orang, berzina sini sana, on the phone for hours sambil mengilai-ngilai..dan banyak lagi bentuk maksiat lah. You get what i mean kan. Kiamat pun dah nak dekat ni.

tadaaaa.

Ma'asalama.

2 comments:

♥darina.srkdk♫ said...

woah! ko btul ke tetibe takbiratul ihram, baca doa mkn time ddk 2 sujud tu?? =O

btul la, mmg ada hadis nabi yg ckp, sebaiknya jgn solat klau mengantuk. =)

haha saya suke ur last paragraph la. straight to the point. ;P

qistina said...

haah time zaman kegemilangan aku dulu, punyalah mengantuk gilaa time tu kan :O

tak perlu beralas lagi zaman ni, sebab semua orang tahu dosa pahala sendiri, cuma ramai yang malas nak amik tau je :P