01. Alhamdulillah baru pulang dari masjid. Tak dapat dinafikan bahawa kuliah Subuh sebentar tadi telah berjaya me-mengantukkan aku, lalu kepala tersengguk-sengguk, lalu aku cover dengan kononnya mengurut kaki. Hannah yang sudah pakar tahu aku sedang mengantuk lalu mengejut aku setelah selesai tazkirah lalu tepacul dari mulutku ‘Alhamdulillah’. Makcik di sebelah aku lebih hebat, beliau bersandar langsung di tiang lalu tidur sambil mulut sedikit terbuka, dan kadangkadang tergelabah bila nak terjatuh ke tepi.
02. Mungkin tak ramai yang tahu waktu aku mulamula menulis blog, aku gunakan nama pena Hessa, bahasa Arab bermaksud destiny. Mungkin Arab classic, aku tanya Habibi (Pak Arab SEGi), dia pun tak tahu. Bila difikirkan balik, tak pernah pulak aku jumpa orang dengan nama sebenar Hessa. Pernahkah kamu? Tak kan? Unik kan? Dan sebelum blogspot, aku punya blog di wordpress, tapi tak ramai yang tahu. Mungkin 2 manusia saja. Itu blog pertama, blog bahasa Inggeris, di mana aku sendiri comment pada post pertama sebagai Anonymous. Haha. Mahu memotivasikan diri sendiri agaknya. Pernah juga komen dengan bertanyakan soalan dengan username berasingan. Sungguh mengada kan?
03. Sedang memupuk kembali semangat Ramadhan. Alhamdulillah, Ramadan ini semakin aku cintai. Mahu hiasi kebanyakan masa dengan bacaaan Al-Quran, zikir, mahu cari makna hidup di sebahagian malam. Kamu juga kan?
04. Oh semalam aku selesai segala urusan pukul 12.20 kemudian terus masuk tidur. Gulingguling. Terkebilkebil. Tak bisa tidur! Mungkin jam 2 lebih baru aku bisa terlelap. Bangun pula pukul 4.20 dan sekarang sudah pukul 7.50 pagi. Ah ini alasan yang baik untuk aku ketiduran semasa tazkirah tadi kan?
05. Kurang senang dengan makcikmakcik yang bila bersalaman usai solat jemaaah, salamnya dihiasi dengan muka seposen. Sekurangnya aku cuba untuk senyum bila bersalaman. Makcik sudah lama menahan, mahu ke tandas agaknya kan?
06. Tak seharusnya aku iringi bacaan Mathurat petang semalam dengan rancangan The Kardashians. Rasa bagai melayang saja bacaan aku. Baik, itu satu pengajaran. Satu, perlu istiqamah baca Mathurat kerana Allah suka yang sikit tapi berterusan. Dua, jangan baca Mathurat sambil buat benda lain, apatah lagi hiburan yang sangat terang lagi bersuluh, tiada faedahnya. Tiga, ketika kelapangan dan tidak mengantuk, bisa diisi dengan bacaan al-Quran, ataupun majlis ilmu di YouTube. Jika aku butuh sedikit hiburan, perlu tonton 701, 411, 732, 731, 551 (AXN, HBO, C.I…) dan seumpamanya, bukan 712, jauh sekali 713.
07. Diilhamkan satu idea separa genius. Jika ada lecture yang sangat best di YouTube atau webweb lain, dan mahu ditonton berulang kali, tetapi risau hilang keberkatan kerana mungkin beliau terlalu hensem dan bisa timbulkan penyakit di hati, alternatifnya ialah, convert video kepada mp3. Nah, sekarang bisa diulangulang di iPod, mendengar saja, tanpa melihat. Ilmunya masih bisa diterima. Tidak kekurangan apa pun kan?
08. Aku mahu tidur sebentar. Tapi tidak mahu bangun terlalu lewat sebab aku sudah tak mahu solat Dhuha pukul 12.30 tengahari. Kerna hilang sudah feel solat pagi bila dikerjakan begitu dekat dengan Zohor. Di mana ‘pagi’ nya kalau gitu kan?
09. Mahu makan kek Black Forest. Oh!
10. Aku sendiri tertanyatanya kenapa bahasa Malaysia baku menjadi pilihan. Tapi seronok juga ya?
Ah, aku tersenyum sendiri.
No comments:
Post a Comment