Saturday, November 7, 2009

marah ke?


Marah itu kadangkala membawa kepada benci. Perasan tak, kalau kita benci seseorang, kita bukan benci diri dia je, tapi kita akan benci semua benda yang dia buat. Hannah came up with this, and it’s surprisingly true. Perasaan benci ni, kalau kita tak cepat-cepat buang, akan terkumpul menjadi sangat solid sampai tak boleh dibuang langsung. Benci tu boleh juga bawa kepada dendam.

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Untuk meredakan marah;

1. Bacalah taawwudz (a’udzubillahi minasy syaithaanir rajiim).
     Kerana perasaan marah itu didorong syaitan.

2. Cuba diam dan kurangkan bicara.
     Nabi (s.a.w) bersabda, ‘Apabila salah seorang di antara kamu marah, maka                    
    diamlah! (Riwayat Ahmad)

3. Apabila berdiri, duduklah. Jika masih marah, baringlah.
Nabi (s.a.w) bersabda, Maka apabila salah seorang diantaramu marah dalam    keadaan berdiri,duduklah, dana apabila dalam keadaan duduk, berbaringlah!” (Riwayat Abu Daud).

4.  Ambil wudhu’. Nabi (s.a.w) bersabda, “Sesungguhnya marah itu dari setan dan   
setan terbuat dari api, dan api hanya bisa dipadamkan oleh air. Oleh karena itu,     apabila seorang diantara kamu marah, maka berwudhu’lah!” (Riwayat Abu Daud).

Bila amarah menguasai diri, semuanya akan jadi huru-hara. Sebab itulah perasaaan marah (dan kadangkala benci) tak boleh terlalu diikutkan. Memang hakikat manusia untuk marah, tapi biarlah seadanya. Janganlah berlebihan.

Bila marah tu dah bawa kepada benci, sit back and think, see everything from the positive view.

And kepada spesies-spesies yang suka pendam rasa marah dan benci, janganlah dipendam sehingga bisa meletup. Boleh hilang kewarasakan akal, hati dan iman. Cara terbaik ialah untuk mengadu segalanya pada Khalik. Kembalilah kepada Allah.

Easier said than done, kan? But still, there’s no harm trying.
 

                       adakah muka korang hodoh camni time korang marah?


        





be like a baby, marah still cute! 

2 comments:

flip flop said...

memang annoying bile marah2 n dendam ngan org ni.the thing is,bkan org yg berdendam tu menyampah,kite as kawan die plak yg rase menyampah.sbb nk kena denga ngumpat plus emo2 plak.seriously xtau la nape,but rmai people around me yang mmg suke simpan dendam cmni.lagi2 kat skolah dulu.buat susah diri je,better senyap,buat bodo.haha.kan kan kan?
trimas :)

nina said...

senyap je. macam kite kan? welcomas :)