Aku selalu terbayang-bayang Malaikat Maut ada kat luar pintu aku. Adakah dia sekadar datang menjenguk atau sudah bersedia untuk tarik nyawa aku? Kalau dia tarik nyawa aku sekarang, adakah aku akan tinggalkan dunia ni dengan tenang, gembira kerana semakin dekat dengan Pencipta aku? Atau resah gelisah kerana aku tahu amalan aku tak akan mampu membawaku ke syurga? Sudah cukup ke amalan wajib aku? Mampukah amalan sunat aku menampung kekosongan amalan wajib? Adakah cukup sedekah, nasihat dan dakwah aku yang sememangnya tak seberapa?
Korang pulak macam mana? Dah cukup?
Dalam keadaan yang bagaimana kita nak Malaikat Maut tu tarik nyawa kita?
Sedang mengingati Allah dengan iman di dada? Atau sedang lalai melupakanNya? Mampukah kita mengucap kalimah syahadah pada saat-saat terakhir hidup kita?
Aku conclude few points from ceramah Syeikh Feiz. Syeikh cakap, amalan seseorang semasa hidup lah yang akan menentukan cara kematiannya. Then Syeikh cerita pasal 2 orang muda yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sedang menyanyi lagu satanic. Maka lagu tu lah yang menjadi kalimah terakhir diorang. Bayangkanlah bagaimana mereka akan dibangkitkan di yaumuddin nanti? Dengan penuh passion, Syeikh cakap;
‘’ Wallahi if these two young men said lailahaillallah throughout their lives with the application of lailahaillalah, it would have been easy for them to say lailahaillalah but when there’s no prayer, no fasting, no pilgrimage, no lailahaillah in reality in their life, how are they going to say lailahaillalah on the brink of death?. YOU CAN NEVER EVER SUCCEED!’’
Saat-saat kematian adalah peluang terbesar kepada Syaitan jahannam untuk menghancurkan seorang hamba. Syaitan akan melemparkan segala-galanya kepada kita, tak kiralah betapa kuatnya iman. Syaitan akan mencuba dengan sekeras-kerasnya untuk menghalang dan menarik kembali kalimah lailahaillallah dari hati dan mulut seorang hamba. Dan cara terbaik untuk menghalang usaha syaitan ni ialah dengan mengamalkan hidup yang berkonsepkan kalimah syahadah itu sendiri; ‘bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.’ Dengan mematuhi segala suruhanNya, meninggalkan laranganNya, mengamalkan sunnah kekasihNya dan banyak lagi yang boleh kita buat sementara roh masih bersatu dengan jasad.
So sementara masih bernafas lagi ni, make lah your choice on how you want to die. Kalau nak meninggal dalam keadaan beriman, beramallah selagi mampu, dan bertaubatlah sebelum terlambat.
Aku tak nak kubur aku sempit, semoga aku dapat kubur yang luas seluasnya.
No comments:
Post a Comment