Saturday, October 31, 2009

kita selalu lupa

dah bertaubat hari ini?
dah bersyukur hari ini?
dah berselawat hari ini?

berapa banyak dosa hari ini?
berapa solat sunat hari ini?
berapa helai quran dibaca hari ini?

ada bersedekah hari ini?
ada berdakwah hari ini?
ada beri nasihat hari ini?

apa usaha tingkatkan iman hari ini?

adakah hari ini lebih baik dari semalam?
JIKA SEMALAM LEBIH BAIK, MAKA HARI INI KITA BODOH.

aku sekadar ingatkan.
aku pun selalu lupa.
lupa untuk merenung tentang hari ini.
lupa untuk menilai tentang hari ini.
lupa untuk berfikir tentang hari ini.
tentang banyaknya dosa hari ini.
tentang sikitnya amalan hari ini.

lupa untuk risau tentang dosa sendiri.
lupa untuk risau tentang kelalaian sendiri.
lalai mengingati Allah.
lalai mensyukuri nikmat Allah.
lalai bertaubat kepada Allah.


''manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa''


No comments: