Thank you, incik/miss anonymous. Because of you, nina sudah google-google. Tambah lagi knowledge.
Aku baca banyaklah comments pasal ‘bercinta kerana Allah’ ni. Sakit hati jugak bile ramai yang cuba halalkan something yang dah haram. Niat tak halalkan cara. Matlamat tak halalkan cara. Memang manusia suka cakap ikut nafsu, ikut kehendak hati. Bukanlah aku nak kutuk, cuma tak puas hati je ok.
Bercinta kerana Allah. Bolehkah?
Ni pendapat/omongan/bebelan aku je ok. Bukan fatwa aku.
The first thing that came to my mind about ‘bercinta kerana Allah’ is nikah. Maksudnya, hubungan yang HALAL. Selagi belum halal, selagi tu lah bukan kerana Allah. Mungkin you punya niat baik, tapi yang HARAM tetap HARAM. Jangan cari padah mulakan apa-apa relationship yang tak halal. There’s no such thing as couple berlandaskan Islam ok. Kalau ada, sila beritahu aku sekarang jugak! Kotak comment tu besar. Kita share our piece(s) of mind.
Aku tak nak lah membabi buta respon kat soklan incik Anonymous, so aku bukaklah buku ni : ‘Berdialog Dengan Allah Di Keheningan Malam’ kepunyaan roommateku Yasmin. berbaloi bayar rm21.90. Aku conclude je lah apa yang aku faham kat certain paragraphs.
‘sewajarnya bagi Mukmin yg memelihara dirinya, tidak akan mengungkapkan perasaan cintanya sepertimana dua insan yang sedang mabuk dilamun cinta bawahan (hina)’ – so korang tak perlulah nak confess-mengonfess, semua tu bawak kepada zina hati je. Confess pasal cinta kat manusia, tak malu ke dengan Allah? Kalau belum kawin, itu semua zina.
main pointnya is this:
‘insan yang mendukung fenomena cinta ini boleh dikatakan sebagai insan yang mengotorkan sahsiah mereka dengan kecelaan-kecelaan dan kekurangan. Ianaya kotor dan cela kerana fenomena cinta ini mengatasi cinta terhadap Allah, rasulNya dan jihad fi sabilillah. Bagaimanapun Islam adalah agama yang menepati kehendak fitrah manusia (ha! Kan aku dah cakap). Justeru itu, ia tidak menghalanag keinginan melakukan hubungan seksual berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh hukum syarak. Kerana itulah Islam mensyariatkan PERKAHWINAN untuk memenuhi keinginan tersebut’
tak tahulah jawapan incik anonymous terjawab atau tak. My conclusion dari google-google dan belek-belek buku is: SELAGI BELUM HALAL aka NIKAH/KAHWIN,TIADA ISTILAH BERCINTA KERANA ALLAH.
So, sucikanlah niatmu dan perhubunganmu, sesungguhnya yang halal itulah yang paling mulia di sisi Allah. Carilah keredhaan Allah, bukan kemurkaan Allah.
Apa kata Anonymous pergi tanya ustaz/ustazah? Then kita boleh share ilmu J
No comments:
Post a Comment