Wednesday, October 21, 2009

niat?

Memang manusia sering lupa. Aku sering lupa. Kau sering lupa. Mereka sering lupa.
Kadang-kadang kita lupa tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Maka pada saat inilah kita saudara seagama diperlukan.

Aku pun manusia biasa, sering terpedaya dengan bisikan-bisikan syaitan. Tapi janganlah kita jadikannya alasan untuk terus berbuat salah. Bila tersedar dari lamunan, maka percepatkanlah taubatmu. Kerana ajalmu bisa tiba bila-bila masa. Mungkin sekarang, mungkin esok, siapalah yang tahu.

Spare few minutes setiap malam untuk merenung apakah amalan kita pada hari ini, apakah yang telah kita buat demi Islam pada hari ini, berapa ramaikah yang sudah kita bantu hari ini..apa-apa sahaja. Adakah kita lebih dekat dengan Allah atau semakin melupakannya? Adakah kita masih di jalan yang benar? Atau sudah tersasar?

Walaupun kita dalam usaha dakwah, tidak semestinya semuanya elok, kerana syaitan itu ada di mana-mana sahaja. Duduk dan muhasabah kembali pada diri sendiri. Apakah niatmu yang sebenarnya? Bukanlah berniat meragui niat sesiapa, cuma mengingatkan. Niat boleh bertukar tanpa kita sedari. Perbaharui niat jika sudah terperangkap dengan syaitan.

Entri ditulis atas khilaf sendiri. Semoga hamba-hamba Allah yang lain tak akan mengulangi kesilapan ini. InsyaAllah.

Sucikanlah niat, hanya kerana Allah.
Semoga taubatku diterima.

No comments: