Wednesday, October 28, 2009

o my Creator


Ketika orang lain bergantung pada dunia,
Gantunglah dirimu hanya kepada Allah.

Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia,
Jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.

Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih-kekasih mereka,
Jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan Allah.

Dan ketika orang lain pergi menghadap raja-raja dan pembesar mereka untuk mengais harta dan mercintai,

JADIKANLAH DIRIMU BETUL-BETUL MENCINTAI ALLAH

Ketika orang lain sibuk mengejar dunia,
Sibukkanlah dirimu mengejar akhirat.

Ketika orang lain berjauhan dari Tuhan,
Dekatkanlah dirimu dengan Allah.

Ketika orang lain menghayati kemanisan dunia,
Maka carilah makna kemanisan iman.


2 comments:

KEY 505 said...

lv this one :)

qistina said...

orang sms kat aku, pastu aku modify sket yg bwh2 tu..hihi..trus x rhyme..
yg penting mesej tu sampai aite.