Saturday, October 17, 2009

my pendapat je ok

kadang-kadang ramai yang beri alasan 'mengenal hati budi' untuk 'berpacaran'. memang betul kita perlu kenal hati budi seseorang sebelum diijabkabulkan. but then ramai yang lari dari konsep dan melebih-lebih dalam hal mengenal hati budi. inilah yang membawa kepada zina. mungkinlah kalau tak berpegangan tangan berdating, kita anggap tak salah di sisi agama kerana kononnya tak berzina. but then, ketahuilah bahwa zina itu banyak cabangnya..zina hati, zina tangan, zina kaki. wallahuallam. kalau dah merindu-rindu tu maknanya zina hati. one thing leads to another. so, tiada keraguanlah yang zina hati yang kecil ni boleh bawa kita kepada zina-zina yang lebih besar. nauzubillahminzalik

rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia

allah pula berfirman dalam surah al israa', ayat 32:

'dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk'

zina hati pula sentiasa dibayangi nafsu dan bisikan-bisikan syaitan.

jadilah seorang Mujahid, berjihad melawan nafsunya kerana Allah.

post ni bukanlah cadangkan bahawa mengenal hati budi seseorang itu haram, tetapi haram apabila ramai yang lari dari tujuan sebenarnya.  dulu pernah terbaca, kalau sesorang itu jodoh kita, mata hati kita akan tahu hanya dengan melihat dia.

Islam agama yang lengkap, semua masalah ada penyelesaian. i say this sebab ada kawan yang cakap, kalau tak kenal hati budi, macammana nak kahwin dengan dia, kahwin is not a laughing matter!  itulah gunanya solat istikharah. carilah petunjuk dari Allah, kerana DIA tahu apa yang paling baik untuk hambanya. tak perlu pening fikir dengan siapa kita nak berteman, kerana jodoh itu di tangan Tuhan. bila sampai masanya, InsyaAllah Tuhan akan temukan jodoh kita.

5 comments:

rushd1 said...

setuju yg amat... jgn kita asyik fikir: siapalah bakal teman hidup kita nanti..???
cuba kita fikir: siapakah kita sbg teman hidup seseorg nanti..???
kalau pendirian hidup(iman) kita cukup teguh n kukuh...insyaAllah kita mampu menerima n membentuk sesiapa pn yg telah ditakdirkn buat kita... walau sehebat mana manusia merancang, hanya Allah yg mampu menentukan... Wallahu a'lam...

qistina said...

yup, kalau nak teman hidup yang soleh, perbaiki diri dulu jadi lebih soleh. lepas tu kita akan jadi 'magnet' untuk tarik jodoh yang baik. haha. wanita yang baik kan untuk lelaki yang baik. insyaAllah

Anonymous said...

cant agree more!
sangat true!

qistina said...

hannah nak jadi magnet jugak?hihi...

Anonymous said...

i hope i can. ameen :D