DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia
HIKMAH DIAM
- Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang lain
- Istirehat kepada kedua malaikat pencatat
- Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosa, neraka lebih utama baginya.”
(Riwayat ABU NAIM)
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akihirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.”
(Riwayat At-Tarmizi)
MADAH DARI BERDIAM
- banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap.
- Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah, mencarikan kesalahan orang.
- Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.
Ow ade jugak bagusnya aku ni pendiam. Or memang x bercakap langsung kalau kat college tu. Yela, daripada orang yang bising-bising dalam kelas tu. Dah la annoying. So baik diam je. And nina, i think u should really stop talking. Cakap banyak!
3 comments:
since bile plak la ko ni pendiam? ahahahah XD
Banyakkan diam, lebihkan senyum =D
itulah yang lebih baik~
betapa Tuhan tu maha pemberi n pemurah, kita senyum pun dapat pahala. senyum kan sedekah :)
jangan jadi macam tin kosong, bising je lebih. but jadilah mcm tin yg penuh, takdela bising sgt. hehe. (aku rase aku macam tin kosong la)
doreen, hannah mmg pendiam la, tapi kalau ngan aku, x boleh nak diam!
Post a Comment