Tuesday, October 20, 2009

shush ur lips.

Baru je nina kata nak diam. Kebetulan jumpa pulak article pasal isu DIAM ni. Yup, cut paste juge :)

DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia

 

HIKMAH DIAM

-         Sebagai ibadah tanpa bersusah payah

-         Perhiasan tanpa berhias

-         Kehebatan tanpa kerajaan

-         Benteng tanpa pagar

-         Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang lain

-         Istirehat kepada kedua malaikat pencatat

-         Menutupi segala aib

 

Hadis-hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud :

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa  banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosa, neraka lebih utama baginya.”

(Riwayat ABU NAIM)

 

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akihirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya.”

(Riwayat At-Tarmizi)

 

MADAH DARI BERDIAM

-         banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik. Kerana kecerdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bercakap.

-         Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah, mencarikan kesalahan orang.

-         Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

 

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik adalah diam kalau kita tidak dapat bercakap perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W. bersabda 

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat


Ow ade jugak bagusnya aku ni pendiam. Or memang x bercakap langsung kalau kat college tu. Yela, daripada orang yang bising-bising dalam kelas tu. Dah la annoying. So baik diam je. And nina, i think u should really stop talking. Cakap banyak!

3 comments:

♥darina♫ said...

since bile plak la ko ni pendiam? ahahahah XD

Anonymous said...

Banyakkan diam, lebihkan senyum =D
itulah yang lebih baik~

qistina said...

betapa Tuhan tu maha pemberi n pemurah, kita senyum pun dapat pahala. senyum kan sedekah :)

jangan jadi macam tin kosong, bising je lebih. but jadilah mcm tin yg penuh, takdela bising sgt. hehe. (aku rase aku macam tin kosong la)

doreen, hannah mmg pendiam la, tapi kalau ngan aku, x boleh nak diam!