Monday, November 23, 2009

lifestyle akhir zaman?


Ini suggestion aku untuk cara hidup disaat-saat kiamat sudah dekat.

3:00 – 5:00 am – Bangun untuk qiamullail. Ni antara waktu-waktu terbaik untuk  bermunajat kat Allah. Tapi jangan sampai sibuk berqiamullail, lepas tu tidur balik then penat, then Subuh tertinggal. Oh trust me sometimes this can happen.

Jangan disebabkan mengejar yang sunat, yang wajib ditinggalkan. Jadi untuk sesiapa yang susah sangat bangun Subuh kalau qiamullail seawal pukul 3,  ini alternatif untuk korang semua, plus untuk aku.

5:00 am – Bangun tidur. Kenapa awal sangat? Sebab,
·      Boleh qiamullail
·      Boleh ajak roommate qiamullail
·      Boleh mandi awal, sebab pagi2 confirm toilet kosong
·      Boleh baca qur’an sementara tunggu azan
·      Boleh baca mathurat sementara tunggu azan
Tapi ni kalau that night korang tidur awal, tapi kalau korang tidur lambat and won’t be able to wake up as early as 5, korang bangunlah pukul 6. Tapi rugi sebab tak dapat qiamullail lah. Kita tak nak jadi orang yang rugi kan kan kan?? Ni schedule yang biasa orang buat.

6:00 am – Bangun tidur, kejut roommate korang or twin (if you have any).
Sembahyang qabliah subuh (sunat muakkad!). Sembahyang subuh berjemaah. (solat      subuh berjemaah besar pahala, seolah-olah beribadat sepanjang malam) Lepas tu baca lah qur’an or mathurat, whichever yang korang suka. Oh, jangan lupa mandi.

8:15 am – Solat sunat dhuha. Kalau extra rajin, solat sunat isyra’ sebelum dhuha tu. Lepas tu kalau subuh tadi korang belum baca mathurat, time ni boleh lah korang baca mathurat. (aku assume baca mathurat ringkas/sughra takes about 15-20 minutes, but it depends selaju/slow mana korang baca lah. Interesting fact - lama-lama bila dah terbiasa baca mathurat ni, makin hari jadi makin laju. Agak cambest ye)

9:00 am – Aku assume class korang pukul 9 lah. (interesting fact – aku ‘tertidur’ about 40%-60% in any boring classes aka ALL classes except labs). So sekarang aku sedang berjihad lawan nafsu mengantuk dalam kelas, dalam usaha menjadi she-muslim yang hebat. Setakat ni ada progress 5%. Hehe.

2:30 pm – Aku assume class korang habis time ni. Balik bilik, sembahyang sunat qabliah zohor (sunat muakkad!). Sembahyang jemaah dengan roommate  (harus?). then sembahyang sunat ba’diah pulak (sunat muakkad!). lepas tu kalau korang larat baca lah quran sehelai dua kan.
                 And the best part starts here, tidurlah qailullah. Iaitu tidur sunat sebelum/selepas zohor untuk ‘energefy’ kita supaya bleh qiamullail malam nanti. Aku tak tau berapa lama tidur qailullah, tapi biasanya aku tidur agak lama (hehe).

4:45 pm – Sembahyang sunat qabliah asar (sunat muakkad!), then again, sembahyang berjemaah dengan roommate korang. Kalau rajin, lepas tu baca lah mathurat, sebab mathurat ni sunat dibaca pagi dan petang. Ala 15 minit je kot.
                 Then bergumbiralah enjoy the rest of the evening. Oh remember, tidur lepas asar kurang elok.

7:00 pm – Sembahyang maghrib berjemaah. Then solat sunat ba’diah maghrib (sunat muakkad!). Then buatlah sembahyang hajat ke, baca Qur’an ke. Oh then jangan lupa solat sunat awwabin. Solat sunat awwabin ni solat sunat yang dikerjakan sementara menunggu azan isya’. Kalau tak silap aku lah, malaikat suka hamba Allah yang sementara menunggu azan isya’, dia mengisi waktu antara maghrib dan isya’ tu dengan beribadah kepada Sang Pencipta. And I’m sure Allah pun suka/sayang dekat hamba yang camtu(wallahu’alam, hope so).
                
Tapi aku bukanlah suggest korang tak boleh buat apa-apa in between 2 solat waktu ni, tapi kalau korang dah takde pape nak buat, lagi baik korang buat ibadat kan? Contohnya aku sekarang tengah type ni pukul 8:10, sementara tunggu azan isya’ , dengan alasan nak kongsi input dengan fellow readers. Ok la gak kan. And contohnya, kalau kat rumah aku, kitorang dinner time ni, tapi tak bermakna tak sempat baca qur’an and buat solat-solat sunat.

8: something- Solat sunat qabliah isya’. Then solat isya’ berjemaah (seolah-olah beribadah separuh malam). Solat sunat ba’diah (sunat muakkad!). And kalau kat college, lepas isya’ aku tak baca qur’an sebab ni dinnertime aku. Lepas tu carry on lah dengan kerja-kerja lain. Ingat, walaupun akhirat yang kita kejar, dunia tetap tak boleh ditinggalkan.

Sebelum tidur, baca surah Al-Mulk. Aku nak ingatkan sebab aku selalu sangat sangat lupa. Lepas tu baca bismillah 21 kali, baca fatihah, ayat kursi, 3 qul, bla bla bla…semua korang dah tahu.

Nampak macam banyak sangat ibadah, but only because aku tak include worldly affairs, padahal tak banyak pun ibadah ni semua. Ibadah kita kan mana pernah cukup kalau nak dibandingkan dengan semua nikmat yang Allah curahkan.

Kalau ada apa-apa yang patut tapi aku lupa masukkan, please let me know. This may not be the best way, but at least we tried kan. And, ini suggestion aku je, banyak lagi kekosongan and actually aku rasa banyak lagi ibadah yang boleh dibuat, maybe cuma aku tak tahu or tak perasan. So I would love kalau ada sesapa yang suggestkan apa lagi yang boleh dibuat, sebab aku ni baru belajar, still merangkak lagi. Hehe.

And Allah knows best.

2 comments:

tikapad said...

bgtau ak kalo ko dt kurangkn masalah tdo dlm kelas
ak pon sameeeee :(
haha

qistina said...

n we all know by d time aku boleh cure sleepiness ni, kite sume mayb dah habis study dah..hehe..kau berjangkit ngan aku kot.