Bismillahhirrahmanirraheem..
Waktu wirid tadi, otak pula terfikir. Adakah setiap lantunan zikir atau tasbih ini betul-betul bermakna? Atau sekadar pengucapan di mulut? Adakah hati turut berzikir?
Terkadang ketika wirid, niat di hati mahu saja cepat selesai wirid ini, kerana banyak yang nak dibuat usai ibadah ini. Terkadang juga diri sendiri terlalu berkira dengan wirid sendiri, mahu sahaja berhenti setakat kiraan tertentu, tidak mahu terlebih wirid. Tapi alhamdulillah, terkadang mahu sahaja terus berwirid tanpa henti. Mahu tenggelam dalam rasa kerendahan hati di saat memuji DIA. Bilamana setiap lafaz wirid itu difahami maknanya dan dihayati dengan hati yang benar-benar inginkan khusyuk dan dekat dengan DIA.
Terfikir juga, adakah ketika menyebut Allahuakbar, adakah benar sedang memikirkan bahawa DIA itu Maha Besar atau dilafazkan hanya sebagai ibadah yang sudah terbiasa dilakukan. Tak salah membiasakan diri dengan ibadah, tapi tak salah juga dan lebih baik juga untuk menghayatinya dan melakukannya kerana rasa ingin, bukan setakat rasa perlu.
Ibadah kerana rasa ingin lebih nikmat dari ibadah rasa perlu, tapi yang terbaik ialah kerana rasa ingin dan tahu ianya perlu. Ingin dekatkan diri dengan Pencipta, dan perlu kerana itu tuntutanNya serta perlu untuk mencari redhaNya.
Apa makna hidup jika tiada keredhaanNya?
Kegembiraan kosong.
Ketenangan palsu.
Pernah juga selepas solat fardhu, cuba cari alasan untuk meninggalkan solat sunat ba’diah. Semuanya kerana malas. Kerana iman sedang di tahap serendah-rendahnya. Tapi bila terjumpa alasan, kononnya perlu bersiap untuk ke kelas, terdetik kembali bahawa ‘amalan yang terbaik itu ialah yang dibenci oleh nafsu’, Umar bin Abdul Aziz. Alhamdulillah, Allah selamatkan iman yang sedang rapuh. Memang benarlah DIA itu as-Salam, Maha Penyelamat. Terfikir pula macammanalah kalau diri ni terus hanyut dengan kemalasan dan terikut-ikut nafsu untuk meninggalkan solat-solat sunat, pastinya syaitan jahannam tersenyum riang dan mardhatillah itu bisa lari mengikut tiupan angin. Dan iman itu bisa gugur sepertimana gugurnya daun-daun kering.
Tapi iman ini bukannya seperti dedaunan kering, yang layu dan gugur setelah cukup lama berada di atas. Biarlah makin lama makin kukuh. Seperti apa iman itu? Aku pun tak tahu. Bilalah iman ini seteguh iman hamba yang lain? Aku pun tak tahu.
Tak ada main point dalam post ni, sebab cuma susunkan ayat yang terngiang-ngiang di kepala. Serius semacam kan. Aku tergelak ni.
2 comments:
perghh..post ny mmg best doe..=)..bngge ak ngn ko..=)..
best2..=)
Post a Comment