..and walaupun aku tahu tiada orang yang menunggu post aku.heee..agak pathetic bunyinya
---------------------------------------------------
NIKMAT IMAN DAN ISLAM
Tadi aku passed by a lady yang tengah sembahyang. I think she’s a Hindu, and obviously a devoted one. Lepas tu terlintas kat hati aku, that ‘’kan bagus kalau dia guna keseriusan dia dalam agama dia tu, and guna kat agama Islam. Kan lagi berbaloi?’’
Tapi kita tak boleh lah pergi dekat that lady and cakap kat dia, ‘’ruginya you, semangat sembahyang kat Tuhan, tapi agama you salah. Kalau you Islam kan bagus’’. Maka dengan izin Allah, mungkin korang akan diberi pelempang. Berdakwah pun kenalah berhikmah. Janganlah directly kita beritahu dia that agama dia tu gila punya salah and terpesong, tapi tunjuklah Islam ni ‘lagi benar’ dari dia punya agama.
Tapi aku disini bukanlah nak ajar korang cara berdakwah yang betul, sebab aku pun tak berapa nak betul. Tapi nak ajak korang sama-sama renungkan nikmat yang Allah bagi kat kita. Bak kata pepatah, hutang budi dibawa mati. Tapi budi Allah ni, mati sampai hidup balik pun terbawak-bawak lagi. Pehhh! MashaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Subhanallah…etc. So korang pun tanya, “so what’s the budi, qistina?’’
Budi Allah tu ialah nikmat Islam dan iman yang Allah kasik kat kita. Ingat semua orang ke dapat jadik Islam, and lagi best, dilahirkan dan dibesarkan dengan agama Islam. Plus, umat Rasulullah s.a.w pulak tu. We, sebagai umat akhir zaman, sangat lah special sampaikan kat akhirat nanti, orang lain tak dapat masuk syurga selagi kita tak masuk. Wallahualam.
So adakah kita sudah bersyukur to be born as a Muslim, and to have faith in it?
Mungkin ramai yang tak sedar that to be a Muslim adalah satu hadiah yang sangat best. Ok we take Oprah Winfrey as an example, it cant be denied that dia sangat-sangat lah pemurah, baik hati. MasyaAllah. Sikap dah sebaik a Muslim should be, cuma iman yang belum ada. Tapi kita Muslim ni, iman dah ada, cuma diri sendiri malas nak jaga iman tu.
Tak nak lah jadi Muslim hanya sebab nama kita ada Abdul, Ahmad, Mohamad, Nur atau Aishah. Biarlah kita bernama Muslim kerana iman di dada. Kerana kita percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya. Juga kerana kita choose untuk patuh dengan suruhanNya, jauhi laranganNya dan ikut sunnah KekasihNya and macam-macam lagi.
Tau tak betapa beruntungnya kita sebab sedia ada dilahirkan Muslim? Sebab ramai orang kat luar sana yang bukan Muslim yang tengah terkapai-kapai cari kebenaran dalam agama. Nak kena cari kebenaran dalam semua agama. Islam tak datang bergolek kat diorang, they have to search for it. Tapi Islam datang bergolek kat kita, cuma kita tak perasan. Dab sebab Islam tu datang bergolek kat kitalah, kita tak value Islam itself. Sebab tu lah mostly mualaf value Islam lagi hebat dari a born-Muslim value Islam. Mualaf kena pulak face hatreds from family and friends hanya sebab nak menganut agama Islam. And that made them stronger. Alhamdulillah.
I came across a story about a Military Guard kat Guantamo, Terry Holdbrooks yang masuk Islam masa dia bertugas kat sana. Reading about it, I was touched by his view about Islam. Dia cakap,
“Islam satu ajaran agama yang penuh disiplin, yang rejimennya merupakan satu kepercayaan yang teguh, yang menuntut segala usaha dan keyakinan yang kuat dan semua ini mungkin ditemui dalam dunia ketenteraan tetapi tidak sehebat sebagaimana yang ada dalam Islam”
Kan bagus kalau kita semua pun pandang Islam sehebat cara dia pandang?
It took him to witness hardships barulah dia dapat nampak keindahan Islam dan terima Islam.
So kita patutlah bersyukur that kita tak perlu face any hardships untuk jadi seorang Muslim. Kita jadi Islam secara percuma je. Keluar perut mama, terus jadi Muslim.
Tapi ingatlah, kita jadi Muslim je free..
Masuk syurga tak free..Masuk syurga tetap kena ada tiketnya..
Jadi to my dearest readers and me, value lah nikmat Islam dan Iman yang Allah bagi kat kita. Sebab manalah tau IF we take it for granted, Allah tarik balik nikmat ni dari kita. Kiranya mula-mula kita dah kat jalan yang paling benar, then tiba-tiba kita terpesong jauh..lepas tu bayangkan pulak KALAU Allah hijab hati kita dari terima hidayah. Then melepaslah peluang untuk ke syurga.
Metafora nya kira macam ni lah : Aku dapat tiket muvi cita Avatar FREE, but aku bodoh, so aku buang tiket tu dalam longkang. Later on bila aku sedar cita Avatar tu best sangat, aku pergi semula longkang tu cari tiket, tiket dah tadak. Rugi kan??
Orang beriman pastinya Muslim, tapi seorang Muslim tak semestinya beriman.
Sekadar omongan di malam yang buta.
Tidur lewat lagi. Haishh.
Tidur lewat lagi. Haishh.
No comments:
Post a Comment