Wednesday, November 4, 2009

oh tangan tu sejuk di dunia, hangus di akhirat

Seorang ulama salaf berkata;

‘’Sekiranya kulit aku ditempeli bara api yang panas, maka itu aku lebih sukai
daripada aku harus menyentuh perempuan yang bukan mahram’’

Ramai yang pandang sebelah mata dengan isu bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Malah sudah jadi satu kewajipan kepada setiap pasangan(yang belum halal) untuk bersentuhan, berpegangan tangan dan banyak lagi. Sedih bila tengok perkara ni dah jadi trend dalam kalangan umat Islam, especially yang masih muda. Pegang sana, pegang sini. Sentuh sana, sentuh sini. Memang kat dunia ni tangan tu takkan sakit atau terbakar, tapi di akhirat nanti siapa yang tahu?

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani]

Tak terfikirkah, tangan kita yang dah menyentuh benda-benda yang diharamkan, akan bersuara di akhirat nanti, di hadapan Allah?
Tak terfikirkah tentang azab yang menanti untuk tangan kita ni?






tak berbaloi kemanisan dunia yang sementara kalau nak dibandingkan dengan azab menggila di akhirat. 

Kan lebih elok kalau tangan kita digunakan untuk
sedekah, tolong orang lain and buat macam-macam lagi kebaikan?

Ini baru soal tangan, belum lagi cakap pasal kaki yang melangkah ke arah maksiat, mulut yang berbicarakan yang haram dan sebagainya, mata yang melihat apa yang diharamkan, telinga yang mendengar yang haram, dan hati yang dihiasi dengan sifat-sifat keji.
Ingat, anggota badan kita tak akan menipu di akhirat nanti, semuanya akan berbicara tentang segala yang dilakukan di dunia, samada baik atau buruk.

Semoga semuanya boleh membicarakan yang baik-baik.


4 comments:

rushd1 said...

"seorang lelaki menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan seorang perempuan di public, dibolehkan untuk perempuan tu menerima salam tu, dengan tujuan menjaga air muka lelaki tu."

seriously,betul ke ni???
boleh bagi sumber x? coz i neva reli know bout dis...

n juz nk kongsi sket je la...
pliz check these links k...

- http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13421&Itemid=99999999
(maybe dis source nampak mcm not reliable sket)

-http://keindahanpengalaman.blogspot.com/2009/10/hukum-bersalam-lelaki-dengan-wanita.html

WALLAHU A'LAM...

qistina said...

just to be on d safe side, i edited d post..sbb cam menggalakkan org bersalam2 a plak..i agree with d blog from d 2nd link.

i wrote that based on fatwa from al-qardawi..which says as long as x disertai dgn nafsu. hilang link tu, but u can just read it here.

http://alhusseyn51.blogspot.com/2008/12/boleh-berjabat-tangan-dengan-wanita.html

Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi ada mengeluarkan fatwa berkaitan bab bersalaman dengan wanita (Fatawa Mu’asarah). Berikut adalah fatwa dan penjelasannya secara ringkas:

1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)

2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.

3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana Rasulullah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.

4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.

5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.

and Allah knows best

-still, bersalaman tu x digalakkan langsung!

qistina said...

lagi elok kalau kita haramkan untuk diri sendiri, lagi selamat. ryt?

rushd1 said...

yup...
totally agreed with ur opinion...
better kita kenal diri kita sendiri dulu...

"Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa terangsang. Ia juga mesti aman daripada fitnah."

kalo bab syahwah or terangsang tu maybe blh caye...
tp aman dr fitnah???
almost absurd la...

fatwa Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi tu maybe juz pendapat dia je...
suma tu utk kebaikan umat Islam yg faham erti sebenar hukum agama...
so, maksudnye dia bg option utk kite fikir tahap keperluan kita yg sebenar tuk bersalaman tu...

lg bagus kalo kite seboleh2 nye elakkan perkara yg mendatangkn fitnah ni...if otherwise, ade konsep darurat...(dats wat i understood from fatwa Yusof al-Qaradawi la...)

WALLAHU A'LAM...