Monday, December 21, 2009

mimpi itu

7:04 AM

2 hours ago aku termimpi.
Bahawa dunia yang kita agung-agungkan ini sudah sampai penamatnya.
Bermula dengan gegaran kecil lalu aku berkata ‘maybe it’s nothing’.
Diikuti gegaran yang lebih dahsyat lalu aku menjerit ‘it’s the end of everything!’.

Itulah hari kiamat.
Disaat muka si kafir bertukar muram, bila menyedari janji Allah itu tiada dusta.
Tapi bukanlah bermakna si Muslim itu pula melonjak riang.
Gimana mahu melonjak riang jika dosa masih menggunung?
Aku lah si Muslim itu. Yang bermimpi menyambut kiamat dengan wajah sugul.

Minda aku kacau.
Malam terakhir ini aku tidur lewat, tapi bukan untuk beribadah.
Witir ku entah ke mana. Al-Mulk ku entah ke mana. Usah pula ingatkan zikir.
Mengapa malam ini jadinya yang terakhir?
Belum lagi aku bertaubat nasuha.
Terbayangkan azab di neraka. Terlalu hina untuk dambakan syurga.

Bayangkan saja ketakutan aku dalam mimpi itu. Dalam keadaan langsung tidak bersedia, lalu hari kiamat itu tiba. Tanpa amaran yang jelas!
Tapi rupanya aku yang buta. Sudah banyak tanda-tanda yang tiba, cuma hati tidak mahu berfikir. Itulah, hati seorang hamba yang terlalu selesa dengan dunia.

Aku cuma bermimpi, tapi dapat aku rasakan degupan hati aku yang maha kencang itu.
Debaran melampau kerana aku tahu sudah tiada ruang untuk bertaubat.
Masakan taubat masih diterima sedangkan kiamat itu sudah tiba?
Tidak!

Kenapalah semalam aku tidak solat witir sebelum tidur?
Sekurangnya boleh dibawa bekal.
Dan kenapalah aku tertinggal bacaan al-Mulk?
Sekurangnya boleh kurangkan azab nanti.
Di sinilah aku mengerti kenapa hari akhir itu digelar ‘Hari Penyesalan’.
Kerana pada masa inilah kita look back, dan berharap,
Jika bisa aja masa itu diputar kembali.
Dan jika bisa aja amalan  itu dan ini dibuat dengan lebih banyak.
Jika bisa hidup lagi dan pahala dikumpul kembali sebanyak-banyaknya.
Bisakah diberikan peluang sebegitu?
Hari yang penuh penyesalan. Sudah tidak boleh menoleh ke belakang.
Saat kita semua sedar bahawa kita sudah bodoh di dunia.
Peluang tidak digunakan sebaiknya. Lebih banyak sialan dari amalan.
Naudzubillahiminzalik.
Maka hari akhir itu disambut dengan wajah muram, pucat, penuh penyesalan dan sentiasa dalam ketakutan.

Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”. Al-Mulk : 10

Imagine the relief, bila ku buka mata dan nampak mama di depan mata, kejut solat subuh. Alhamdulillah! Yang Maha Penyayang masih berikan aku masa mengumpul bekal. Memang betul kata orang, bila sesuatu itu menjadi pahit sebentar, baru lah kita hargai kemanisannya.

 Hargailah setiap nafas di dunia. Hiasi setiap nafas dengan pahala, biar mewangi nafasmu itu, bak kasturi.

Hendak saja aku detailkan mimpi itu, tapi kata mereka, mimpi jangan terlalu dihebohkan. Jadi elok saja lah aku sampaikan pengajarannya saja. Semoga sampai ke lubuk hati dan minda setiap yang membaca.


Apabila berlaku hari kiamat itu
Tiada sesiapa pun yang dapat mendustakan kejadiannya
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat)
Ia berlaku semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan
Dan gunung-ganang dihancurkan selebur-leburnya
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran
Dan kamu pula menjadi 3 puak
Puak pihak kanan - alangkah berbahagianya puak itu
Puak pihak kiri – alangkah seksanya puak itu
Dan orang-orang yang telah mendahului dalam mengerjakan kebaikan di dunia - yang akan mendahului menerima balasan sebaik-baiknya di akhirat
Al-Waqiah : 1-10


Mereka bilang, setiap perubahan itu memerlukan point permulaan.

Ini point aku. Cuma mimpi kecil.

Apa point kamu?




Sudah kesiangan pula.
Langit masih cerah.
Kiamat belum tiba,
Fuhhhhhhhh!




Tapi mungkin aja Jumaat ini.





8:06 AM


2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum....
bila dibaca artikel ini....
betapa kecilnya hamba ini....
pnyesalan yng mgkn dpt membntuk diri...
selamat tahun baru maal hijrah dan jadikan lah mimpi itu sbgi satu permulaan bgi insan disana.

qistina said...

wslm..selamat maal hijrah too..

everyday is a new start and another end, it just differ whether its a better starting/ending or worse than yesterday.kalau lagi baik n berkekalan baru lah hijrah yang sebenar kan.hihi.insyaAllah