Tuesday, December 1, 2009

saya pakai tudung = saya tutup aurat?

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT DAN KEJAHILAN WANITA ISLAM

-       Bertudung tapi ber-Tshirt lengan pendek

-       Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

-       Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

-       Betudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut.

-       Bertudung tapi hanya memakainya di sesetengah tempat sahaja. Tidak di sekitar rumah dan sebagainya.

-       Betudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang keher, meka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

-       Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

 

Firman Allah SWT. Ertinya :

 “Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGAN KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR”

(An-Nur : 31)

 

kaum wanita hendaklah menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehinya dengan pembukaan aurat di satu hari. Berdasarkan sabda Nabi SAW :

 

“Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pon dosanya..”

(Riwayat Ahmad dan lain-lain, sohih)

 

akhir sekali, sama-samalh kita fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak? Benar, mungkin seseorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambah tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaina yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahwa inilah mungkin pakaian yang dipakai wanita Islam di negara Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati Baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati Baginda SAW?


On the side note, bagi sesiapa yang tak bertudung tu, dosanya sangat besar. Memanglah. Tapi besar mana? Macam ni ye (haha)...kalau perempuan tu x tutup auratnya, lelaki (atau mahramnya) yang tengok dapat satu dosa. tapi si perempuan tu dapat setiap dosa orang yang melihatnye. So fikir je la. kalau satu hari tu (contoh, kalau x bertudung), dah berapa banyak dosa dapat just dengan orang tengok even sekali je? kann kann? 


Kalau nak tutup aurat tu, tutuplah dengan sempurna. 

2 comments:

atika said...

ok,blog da cntek :))
ingtkn tumblr td

qistina said...

hihi thanks! but still cam x betol je, dah malas nak edit. hehe