Thursday, October 14, 2010

oh, aku sudah tiba di bumi unta.

Segala puji bagi Allah untuk angin sejuk yang mencengkam di waktu Subuh.

Segala puji bagi Allah untuk selimut london yang memanaskan badan dari angin sejuk di atas.

Segala puji bagi Allah untuk falafel masin yang sangat murah. 8 biji untuk 1 genih. Terlalu banyak hingga dibawa ke sahur. Bila sudah sahur tak termakan pulak. Bila bukak puasa falafel sudah hilang?

Segala puji bagi Allah untuk internet yang sudah terpotong. Jika masih ada pasti aku sedang merayau di YouTube kan. Ammu, dah bayar 35 genih lah! (Ammu cakap jangan upload photos di facebook, kalau tidak dia potong internet…????)
Alhamdulillah internet sudah ada!

Segala puji bagi Allah untuk pemanas air yang berfungsi hanya untuk setiap 1 minit pertama. Pastinya pahala extra untuk teman sebilik yang perlu selalu masakkan air untuk aku pada waktu pagi.

Segala puji bagi Allah untuk semua ahli rumah yang berusaha memelihara solat 5 waktu berjemaah. Siapa ya imam hari ini? Kamu tolak aku, aku tolak dia, dia tolak kamu. Kami semua tolak kamu, kamu jatuh, kamu jadi imam. Segala gagap bacaan aku, segala lupalupakucing bacaan aku, segala sumbangsumbang bacaan aku, namun, segala puji bagiMu yang masih memberi aku peluang untuk solat.

Segala puji bagi Allah yang memberkati aku dengan solat jemaah, sebagai imam walaupun jauh dari yang yang terbaik, sebagai bilal walaupun sangat tidak berlagu, sebagai makmum yang sangat berdisiplin, dan sebagai peng-ameen yang sangat berkaliber.

Segala puji bagi Allah untuk bakat memasak aku yang tak dapat dinafikan lagi.

Segala puji bagi Allah atas rezeki yang datang dari segala penjuru dunia yang tidak hentihenti. Makanan yang masih terhidang, akan terhidang, sudah terhidang lalu habis, lupa untuk dihidang, nugget yang masih belum habis, daging yang masih banyak, kopi yang hampir habis sebab selalu minum sebelum kelas tapi tetap mengantuk dalam kelas, sori professor, sori doktorah.

Segala puji bagi Allah untuk mama dan papa yang tidak keberatan menghantar aku ke tempat sebegini. Seumur hidup aku diuji dengan kelebihan dan nikmat melimpahruah, aku bisa merasakan kekurangan disini, semoga dapat mendekatkan diri dengan Tuhan. No worries papa, fulusnya masih cukup. Tapi jika mahu dihulurkan lagi, sesungguhnya tiada salah berbuat demikian.

Segala puji bagi Allah untuk roommate yang tidak tidur selepas Subuh dan selalu kejut aku ke kelas. Qis…bangun, dah nak 7.30. Mua, ada 8 minit lagi sebelum 7.30. Bagi Qis tidur lapan minit.

Segala puji bagi Allah atas lapan minit paling berharga untuk hari ini.

Segala puji bagi Allah untuk rasa mengantuk yang sangat nikmat. Sesungguhnya manusia ini, sangat gemarkan tidur! Baca ni. Jom kurangkan tidur ye~

Segala puji bagi Allah untuk Panadol, teman kecil ketika pening kepala yang kadang menjengah secara tibatiba. Telan 2 biji, tidur, maka hilanglah segala resah sakit kamu, dengan izinNya yang Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah untuk Suratul Waqiah sebagai peringatan setelah lama terlupa.

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. Suratul Waqiah (56:11-14)

Segala puji bagi Allah untuk kalimah ini yang menggembirakan hati aku.

Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Surah Al-Baqarah (2:215)

Segala puji bagi Allah untuk mata yang masih bisa melihat. Segala positif yang aku nampak, segala negatif yang aku nampak. Aku mohon jangan Engkau butakan aku di hari akhir nanti ya Allah.




Aku nampak 3 lelaki salin baju di belakang pokok. Apa mereka ingat mereka masih bayi?

Aku lihat sampah bertaburan di jalanan.

Aku lihat keldai busuk masih dipaksa meneruskan perjalanan, dengan beban lebih muatan, jika ia bisa berkatakata, pasti manusia itu dihambur dengan kemarahan.

Aku lihat wanita berpurdah meratarata, berjalanjalan membawa mesej; kehormatan adalah yang paling indah bagi wanita. Buat aku jadi malu dengan diri sendiri.

Aku lihat van kecil sarat dengan manusia. Kufikir kembali, apakah aku di India?

Aku lihat anak kecik bergayutan di tepi tram. Kufikir kembali, apakah aku masih di India?

Aku lihat makcik tua berdiri sambil membaca Quran, di celah kesibukan orang ramai.

Aku lihat semua orang sedang minum teh. Tapi aku cintakan Nescafe!

Disebalik kenikmatan menghirup udara berhabuk ini, aku lupa untuk bernafas kerana Allah.

Tika bersimpati pada pengemis kanakkanak ribena yang tidak pernah berkasut, aku lupa untuk memujiNya untuk kasut Converse yang masih bisa dipakai walau kotor berhabuk.

Di sebalik kesibukan mencari sheesh towuk terenak, aku lupa untuk bersyukur dengan nasi ala ala pulut di rumah. Serious beras Malaysia sangat enak. Sila bersyukur sekarang!

Aku lihat penjaga kedai itu kerjanya baca Quran sahaja. Bila azan, kedai ditutup dan terus dia solat. Apa pula alasan kami di hari akhir nanti, bila selalu lewatkan solat? Audzubillah.

Tika tidur di atas tilam lembik yang teramat enak Alhamdulillah, teringat pula akan tilam Rasulullah s.a.w. Jadi malu sendiri.







Angin sejuk masih bertiup, pasti sungguh enak jika aku tidur di dalamnya. Teruskan bertiup ya angin. Kamu sudah tukar fikiran aku. Sebentar tadi aku mahu belajar, sekarang kamu tiba lalu aku mahu tidur di dalam kamu. Selamat pagi wahai pembangun bagi, selamat tidur wahai punggungpunggung malas.
Tukar fikiran. Aku mahu pergi carving gigi dari lilin. Seronok kan? Ah, sudah pagi rupanya. Aku tidak tidur wooooooooooooo~

(maaf ye post ni sangat berterabur)

Sunday, October 10, 2010

minta maaf dari unta

tapi saya malas sangat nak update blog ini. cuma tulis beberapa kalimah saja. nanti jumpa lagi yaaa :D

insyAllah :)

Thursday, August 26, 2010

nukilan di pagi hari


01. Alhamdulillah baru pulang dari masjid. Tak dapat dinafikan bahawa kuliah Subuh sebentar tadi telah berjaya me-mengantukkan aku, lalu kepala tersengguk-sengguk, lalu aku cover dengan kononnya mengurut kaki. Hannah yang sudah pakar tahu aku sedang mengantuk lalu mengejut aku setelah selesai tazkirah lalu tepacul dari mulutku ‘Alhamdulillah’. Makcik di sebelah aku lebih hebat, beliau bersandar langsung di tiang lalu tidur sambil mulut sedikit terbuka, dan kadangkadang tergelabah bila nak terjatuh ke tepi.

02.  Mungkin tak ramai yang tahu waktu aku mulamula menulis blog, aku gunakan nama  pena Hessa, bahasa Arab bermaksud destiny. Mungkin Arab classic, aku tanya Habibi (Pak Arab SEGi), dia pun tak tahu. Bila difikirkan balik, tak pernah pulak aku jumpa orang dengan nama sebenar Hessa. Pernahkah kamu? Tak kan? Unik kan? Dan sebelum blogspot, aku punya blog di wordpress, tapi tak ramai yang tahu. Mungkin 2 manusia saja. Itu blog pertama, blog bahasa Inggeris, di mana aku sendiri comment pada post pertama sebagai Anonymous. Haha. Mahu memotivasikan diri sendiri agaknya. Pernah juga komen dengan bertanyakan soalan dengan username berasingan. Sungguh mengada kan?

03. Sedang memupuk kembali semangat Ramadhan. Alhamdulillah, Ramadan ini semakin aku cintai. Mahu hiasi kebanyakan masa dengan bacaaan Al-Quran, zikir, mahu cari makna hidup di sebahagian malam. Kamu juga kan?

04. Oh semalam aku selesai segala urusan pukul 12.20 kemudian terus masuk tidur. Gulingguling. Terkebilkebil. Tak bisa tidur! Mungkin jam 2 lebih baru aku bisa terlelap. Bangun pula pukul 4.20 dan  sekarang sudah pukul 7.50 pagi. Ah ini alasan yang baik untuk aku ketiduran semasa tazkirah tadi kan?

05. Kurang senang dengan makcikmakcik yang bila bersalaman usai solat jemaaah, salamnya dihiasi dengan muka seposen. Sekurangnya aku cuba untuk senyum bila bersalaman. Makcik sudah lama menahan, mahu ke tandas agaknya kan?

06. Tak seharusnya aku iringi bacaan Mathurat petang semalam dengan rancangan The Kardashians. Rasa bagai melayang saja bacaan aku. Baik, itu satu pengajaran. Satu, perlu istiqamah baca Mathurat kerana Allah suka yang sikit tapi berterusan. Dua, jangan baca Mathurat sambil buat benda lain, apatah lagi hiburan yang sangat terang lagi bersuluh, tiada faedahnya. Tiga, ketika kelapangan dan tidak mengantuk, bisa diisi dengan bacaan al-Quran, ataupun majlis ilmu di YouTube. Jika aku butuh sedikit hiburan, perlu tonton 701, 411, 732, 731, 551 (AXN, HBO, C.I…) dan seumpamanya, bukan 712, jauh sekali 713.

07.  Diilhamkan satu idea separa genius. Jika ada lecture yang sangat best di YouTube atau webweb lain, dan mahu ditonton berulang kali, tetapi risau hilang keberkatan kerana mungkin beliau terlalu  hensem dan bisa timbulkan penyakit di hati, alternatifnya ialah, convert video kepada mp3. Nah, sekarang bisa diulangulang di iPod, mendengar saja, tanpa melihat. Ilmunya masih bisa diterima. Tidak kekurangan apa pun kan?

08.  Aku mahu tidur sebentar. Tapi tidak mahu bangun terlalu lewat sebab aku sudah tak mahu solat Dhuha pukul 12.30 tengahari. Kerna hilang sudah feel solat pagi bila dikerjakan begitu dekat dengan Zohor. Di mana ‘pagi’ nya kalau gitu kan?

09. Mahu makan kek Black Forest. Oh!

10. Aku sendiri tertanyatanya kenapa bahasa Malaysia baku menjadi pilihan. Tapi seronok juga ya?

Ah, aku tersenyum sendiri.

Sunday, August 22, 2010

nah sekarang kamu bisa dengar doaku

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada sayur, sesungguhnya ia pahit dan tidak sedap tapi mama cakap kena makan sayur nanti susah nak berrrr.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada  wang semata kerana Eminem cakap wang boleh membeli crazy-ass happiness dan aku tidak mahu gila-punggung.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada dakwah.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada tidur selepas Subuh, lalu disambung dengan tidur sebelum Zohor konon mengikut sunnah tapi mengikut nafsu.
(Eh, kamu juga ya?)

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada tahajud.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada HBO, eeesh banyak sungguh cerita best.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada RasulMu.
(Allahumma Solli ala Muhammad wa baarik wa sallim alaih)

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada YouTube.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada ad-deen al-Islam yang jameeeel.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada laptop yang sudah tak di-shutdown selama hampir seminggu.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada ibuku Radziah Mokhtar. Limpahkan dia keberkatan yang tak bisa dihitung. Sesungguhnya aku suka benar bila dia…mmm…ah, segalanya tentang ibu lah aku cintai! manakan bisa dibenci kan?

Ya Allah, Engkau hapuskanlah kecintaan aku pada pujian. Dan Engkau hapuskanlah pujian yang akan datang, sesungguhnya aku tidak layak.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada bapaku Nik Abdul Malik.
Limpahkan dia keberkatan yang tak bisa dihitung. Sesungguhnya aku suka benar jika dia memberi aku seringgit duit baki selepas ke bazaar, dan juga segalanya tentangnya.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku pada air Zappel yang kurang sihat, Tapi sungguh enak ya air itu. masyaAllah.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku pada keluargaku dan merekamereka yang bersamaku.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaanku pada kaum Adam yang terlalu kacak dan menarik di kaca telebisyen. Jangan risau wahai kaum Adam, aku kurang tertarik pabila di realiti, kamu selamat, kamu selamat dari fitnah ini insyaAllah.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaanku pada sujud. Dan buatkanlah imam di surau sujud lama sikit supaya aku bisa berdoa juga dalam sujud.
(Potong line betul pak imam ni kan?)

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan baru aku pada HellBoy, walaupun rupanya kurang menarik, namun dia sangat protective dan super badass, in a positive way of course.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku pada Quran, ya’ni kalimahMu yang sungguh indah. Dan jadikanlah ia lebih indah di mataku, telingaku, hatiku dan imanku. Dan berikanlah aku pemahaman terhadap bahasa yang indah ini, ya Allah.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku pada Mr.Internet yang semakin hensem di waktu malam. Mengapakah cinta kami jadi sebegitu utuh di kala malam menjelma?

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaanku pada majlis-majlis ilmu walaupun sekadar di YouTube, walaupun diselang-selikan dengan standup comedies kerana Biiznillah, ketawa itu sihat. (sila gelak tanpa sebab, sekarang!)

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku pada DeStorm. Masakan hambaMu bisa menjadi kreatif sebegitu, sudah tentunya Engkau, AllahuAkbar jaoooh lebih Hebat. SubhanAllah!

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku pada solat terawih, yang kadangkadang agak memenatkan lagilagi jika solat di sebelah makcik yang tak mahu rapatkan saff dan suka bergoyanggoyang oh amat pelik.

Ya Allah, Engkau hapuskanlah kecintaan aku kepada muzik. Indah, tapi lebih banyak hodoh dari hensem, Sudah aku larikan diri darinya, namun kaki masih menghentak mengikut rentak di dalam kepala, dan diri masih meng-humming di kala kebosanan.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah kecintaan aku kepada menulis di blog, walaupun tidaklah hebat mana, namun aku juga mau menyumbang setitik dua di medan dakwah insyaAllah.

Ya Allah, Engkau kurangkanlah kecintaan aku kepada dunia dan seisinya. Aku cumalah pengembara yang berhenti di bawah pokok. Sungguh teduh pokok ini ya..Alhamdulillah.

source
Ya Allah, kejutkanlah aku jika di perjalanan ini, aku lalai lalu tertidur..sambil memakai topi?

Saturday, August 14, 2010

Ibn Qayyim - A Meeting With Allah

coretan rindu i miss You ; sekarang di waktu lapang

Perempuan itu, bila sudah lama tak solat, dia akan kembali rindu Rabb nya. Memang fitrah manusia, mahu kembali kepada asalnya, mahu dekat dengan Rabb nya.

Awalnya, sukalah bila takboleh solat, lepas bukak puasa boleh duduk kat meja makan lama-lama, cerita pasal Nabi-nabi Allah dan ciptaan malaikat yang sangat superb dengan mama sebab beliau pun takboleh solat. Ya lah, best kot duduk kat meja makan lama-lama, rehat la kiranya kan. Lepas penat makan bersama orang-orang puasa, so duduk relax kan perut. (Penat makan? Banyak kau makan, minah?)

Lepas makan, tengok cerita HellBoy. Oh ada setan macho terlepas ni! Tapi ni cam setan baik lah, macam Casper, tapi gengster! Dan sedang aku khusyuk tengok cerita tu (sambil admire kemacho-an HellBoy lalu mengelap airliur eeeeesh!), ZUPPPPP….terlintas di minda aku dan HellBoy, di mana HellBoy tanya aku, ‘Eh, ni bulan keberkatan, bulan al-quran, bulan mulia, kamu tengok aku je minah? Tak nak cari berkat ke minah? You nak ikut I balik rumah ke? I tak kesssah you’.  Maka aku pun menggelabah lalu mengucapkan  Astaghfirullah kerana terlalu mengadmire Hellboy lalu mengucapkan SubhanAllah kerana terpegun dengan keunikan muvi ni. Begitu jauh tahap kekreatifan fikiran manusia, sehingga tercetusnya muvi sebegini, maka pastinya Khaliq kita jaooooooh lebih Hebat dari itu. Tiada batas dalam kehebatan Mu Ya Allah, SubhanAllah, Allahuakbar. Apa cukupkah pujian aku ini? Aku tahu tidak cukup..manakan pernah cukup Ya Rabbi, hinggakan tujuh lautan bisa kering, perlu diisi semula hanya untuk menulis kalimatMu.

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Luqman (31:27)

Sambil HellBoy aku tonton dan dalam masa yang sama cuba untuk tidak leka dari mengingatiNya (hiburan, hiburan jugak, Allah takboleh lupa!), aku mula terdengar orang solat terawih! Pehhhh agak jeles ye. Walaupun terawih itu memenatkan, namun pasti ada juga terpalit rasa seronok walaupun sebegitu kecil, jika kamu betul-betul ikhlas mencari redhaNya.  Dalam penat, ada berkat, insyaAllah.

''…For without doubt in the remembrance of God do hearts find satisfaction…. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'' Ar-Rad (13:28)

Petang sebelumya, tengah dengar ceramah Yasir Qadhi, masyaAllah memang best, sambil kepala aku terlentoklentok tapi tak nak tidur sebab pagi tadi bangun *awal*…hehe. Sambil dengar ceramah, rasa jeles pulak kat orang lain, sure korang tengah baca Quran kan? Saya pun nak baca Quran! Tu lah kau minah, masa boleh baca, kau baca secotek je, ni dah tak boleh, mulalah gatal nak baca Quran! Hehe biasalah manusia, bila kehilangan sesuatu, barulah kita hargai kan? Anak derhaka, bila mak meninggal, meraung jugak. So jadilah anak yang solehah mulai saat ini ya!




Bila duduk sesaja tak buat apa-apa, mulalah rasa nak sujud lah, nak solat malamlah, nak borak dengan Kekasih waktu orang sedang tidur lah. Alhamdulillah aku bersyukur dengan rasa rindu yang hadir. Sebanyakbanyak dosa, Allah benihkan juga rasa sayang aku kepadaNya, ternyata dia Ar-Rahman, Ar-Raheem. Gimana lah kalau hati ini ditutup lalu takkesah untuk mentaatiNya? Audzubillah!

****************************

(bukak Yahoo! Images, ternampak  Chris Brown, oh jantan, sudah lama aku tak mendengar suaramu. Kamu jeleskah aku menggantimu dengan Fahad Al Kanderi? Biarlah, aku cari jelmaanmu di syurga sana saja. Oh, kamu pun mahu ke syurga juga? Semoga ditiupkan hidayah. Ameen.)







(Bukak Yahoo! Images lagi, ternampak pulak Denzel Washington! Oh telah luput dengan serta-merta imej Chris Brown sebentar tadi. Sudah lama aku tidak menonton lakonanmu yang hebat. Mahu sahaja aku stalk kamu di YouTube. Tapi perempuan yang baik tidak memandang dan dipandang. Ternyata sebentar tadi aku TERpandang kamu, itu rezeki namanya. Ya lah, Ramadhan kan bulan keberkatan? Tak apa lah, aku kahwin dengan jelmaan kamu di syurga sana saja. Oh, kamu pun mahu ke syurga juga? Semoga ditiupkan hidayah. Ameen. Aku serious ni kenkawan. Tolong ameen kan ye)

(Elleh lelaki, korang menyampah aku puji Denzel Washington tapi kamu pun tak dapat nak nafikan bahawa lakonan dan mukanya MasyAllah samasama hebat kan? Hah? Tak? Cehh blah la u olls, Nabi Yusuf (a.s) lagi hensem laa. MasyAllah yang lagi besar di situ. )


Jom selawat yokk! Kamu pun rindukan selawat ni kan?



Ya Allah, aku syukur dengan holiday yang Engkau berikan ini, kerana dengan ini, kami kaum hawa, lebih kerap merinduiMu. Lelaki sila jangan jeles. Anda tiada holiday muahahaha~

Jap nak makan roti jangan tengok (^______^)

Tuesday, August 10, 2010

surat cinta buat makcik

Assalamualaikum. Hari ni saya nak tulis surat untuk makcikmakcik yang ke masjid Alhamdulillah. Tapi saya nak tukar kata ganti nama saya kepada Qis. Biasanya budakbudak GMN la yang panggil aku Qis. Tapi jika sesiapa ada yang nak muntah dengan keterlampauan feminism saya, silalah muntah. Tapi jangan la banyak sangat, batal puasa nanti I taknak tanggung oke. Kenapa? Sebab saya nak la berbunyi feminine sikit. Manalah tau makcikmakcik ni ada anak  imam muda kan.

Dear mokcik timoh,

Mokcik tolonglah rapatkan saff tu, mokcik timoh weh. qis bukanlah ustazah, tapi qis tahu gok kite kena rapatkan saff tu. Kekgi kambing hitam dok kat celahcelah ruang kosong tu. Syaitan diikat, tapi kambing lupa untuk diikat kerana pengembala sibuk bertarawih. Qis boleh je nak masuk kat celahcelah tu, tapi qis kena diet dulu, atau solat mengiring, mazhab apakah gitu? Dan juga, ruangruang kosong tu telah menyebabkan minda qis berimaginasi begitu jauh sehingga ke bumi igloo nun di sana. Adakah para penghuni igloo sedang menangkap ikan, bertarawih atau sedang bercanda dengan penguin? Tolong lah mokcik, rapatkan saff, rapatkan ukhuwah, jangan sombongsombong ye.

Dear makcik Zah (orang kl),

Makcik, qis bukannnya jeles mana pun, mashaAllah, memang cantik sejadah makcik tu. Besar pulak tu dohh, boleh gulingguling lagi kan? Makcik tak payah lah bawak sejadah gabakgabak sangat makcik, kesian makcik kat sebelah tu, dia nak rapatkan saff tapi dia takut makcik tak kasik dia solat atas sejadah makcik. Bukannya dia berburuk sangka ngan makcik. Tapi makcik tengokla, dia tu terlupa nak bawak sejadah (pasal kat rumah tadi husband dia dah marahmarah sebab lambat so dia pun macam culture shock la, terus gabra lalu tertinggal sejadah dan anak di rumah) then makcik pulak tak offer sejadah makcik. Sure la dia rasa kurang cambest kan gitu. Tolong lah makcik, kalau sejadah gabak sangat, sila la berkongsi. Sharing is caring you.

Dear mokcik Nab,

Mokcik, kalu sejadoh mokcik tu kedutkedut, buat lah straight balik lepas solat. Bukannya qis penyibuk mokcik, tapi serabut ngat eh mate qis bile tertengok. Kedutkedut macang kain cotton dok iron, kedutkedut macang cadar katil lepas bangun subuh, kedutkedut macang muke jiran mokcik. Nok solat kan mokcik, nok jupe Allah, kenelah kemaskemas mokcik, kene lawo. Lawo doh mokcik tu,  biar ah tadok gigi pong, tapi penampilan kena kemas gok mokcik. Tolong lah mokcik, ratakan sejadah, okeng? ,ßwarga Terengganu tambah ng kat belakang.

Dear makcik katdepanskali,

Makcik, seriously jubah makcik lawa gila. Siap bungabunga lagi you. Qis nak satu boleh? Tadi lepas witir, qis nak kira bunga atas jubah tu, tapi tak  sempat pasal makcik lari laju sangat macam lumba lari 100m. Nak gi mana makcik? Tak sabar nak makan ke you? Oh ok sorry bukannya qis perli makcik balik awal, qis mainmain je. Ok lah qis tarik balik perli tadi tu. Kirim salam anak makcik. Tolong lah makcik, nak jubah satu!

Dear makcikmakcik tua sekalian,

Makcik, qis sangat respek makcik pasal makcik larat solat 21 rakaat. Memang strong sangat la makcik. Nak tengok muscle sikit bole? Tadi masa qis berhenti lepas rakaat 12, qis segan la jugak sebab makcik keep on solat je eventhough makcik sangat mengantuk berdiri sambil kepala terlentoklentok. Makcik tengah feel surah baqarah rasenye. Pastu qis bukak quran jap, pap pap pap, tadaaaaa, qis jumpa ayat yang pak imam tengah baca! Pastu qis ikut la pak imam baca. Hehehe makcik jeles tak qis jumpa ayat tu? Jeles? Alhamdulillah. Tolong lah makcikmakcik, qis pun nak musclemuscle macam makcik. Sharing is caring you.

Dear makcik yangsukatiang,

Makcik, makcik bagi la qis solat kat sebelah tiang tu. Qis cepat penat bila solat banyakbanyak, pasal qis baru je buat operation, belum fully recover lagi. Sesungguhnya skruskru dan besibesi dalam badan qis perlukan rehat. Makcik, kasik la tiang tu kat qis. Nanti bila qis penat solat, qis boleh rehat kejap, tak perlu la asyikasyik keluar saff, nanti kesian orang lain nak kena rapatkan saff lagi. Lagipun, ruang kat tiang tu besar, bolehlah qis baringbaring dan gulingguling bila qis penat. Tolong lah makcik, bawakkan bantal and tilam esok untuk qis.

Dear makcik katseblahmama,

Makcik, tadi kan masa qis salam ngan makcik, qis kan tunduk banyakbanyak sebab makcik tengah separuh duduk separuh diri (multitasking woh), bila qis kiss tangan makcik tu, sakit dohh belakang qis! Lupa takbole tunduk melebihlebih. Tolong lah, lain kali makcik pulak cium tangan qis. Kissing is caring you. Kirim salam anak.




Makcik, belajar niat yokk!


Selamat menyambut ramadhan. Blog ini sudah berkulat.

Friday, July 23, 2010

rendah hati, bukan rendah upaya

Rendah diri, iaitu merendahkan hati, bukannya merendahkan keupayaan diri.

Islam menegaskan umatnya untuk bersikap merendah diri, hindarkan dari ujub, riak, dan bukannya merendahkan keupayaan diri sendiri, berputus asa, atau bersikap kurang berguna.

Mungkin bukan kamu. Mungkin hanya aku.

Mungkin kamu terdetik ‘amende lah die ni. Takde kena-mengena langsung merendah diri dengan putus asa!’
Aku pula mendetik ‘ada okayy..’

‘aku tak kuat macam kau. Aku tak boleh sembahyang awal waktu. Susah!’

      aku tak kuat macam kau (muka rendah diri, tak sombong, innocent)
– sedang merendah diri, ikut ajaran Islam

aku  tak boleh sembahyang awal waktu (buat muka this-is-impossible!)
– putus asa. Takda usaha. Pemalas. Ikut ajaran pelik.

      Susah! (buat muka susah-tak-boleh-nafas-errrrrk)
– patutnya gantikan dengan, ‘InsyaAllah aku cuba’

Ramai kan orang yang bersikap rendah diri sampai macam tu? Memanglah kena rendah diri, Alhamdulillah, tapi rendah diri tu bukanlah alasan kita untuk kekal di tangga terbawah yang sudah lama kita duduki.

Kalau dah tahu iman diri sendiri tak segagah iman rakan yang lain, takkanlah kerjanya duduk melangut tengok kawan tu cuba kukuhkan iman, sedangkan diri sendiri asyik tersungkur di belakang? Lepas tu sibuk pula puji-puji kawan tu. ‘Ya Allah baiknye lah kawan aku ni. Aku memang tak boleh nak tanding dia. Dia memang hebat!’.

Mungkin kamu tak riak. Jika riak, pasti ngomong gini, ‘hebat juga aku ini. Kat luar sana berlambak-lambak orang yang tak sembahyang. Hebat juga jadi pilihan Allah, terpilih untuk di jalan yang benar. Bagusnye aku sebab aku solat’. Seharusnya, katakanlah Alhamdulillah! Syukur kerana masih di jalan yang lurus. 

Sejauh manakah kamu di jalan yang benar itu? Apa guna kita di jalan yang benar, jika tak bergerak ke hadapan? Mungkin saja lebih baik di jalan yang salah, tapi sentiasa bergerak, mencari, hingga berjumpa jalan penghujungnya, di mana di situ ada jalan yang benar, dengan izin Allah. DIA lebih mengetahui. Aku cuma menulis.

Ayo kawan, kita gerak ke hadapan.
Biar hati lebih bersih dari semalam.
Biar iman lebih gagah dari semalam.
Biar akidah lebih hebat dari semalam.
Biar solat lebih hebat dari semalam.
Kita pasti bisa, kerana kita semuanya penghijrah Muslim.
Yang hatinya merendah, tapi dirinya sentiasa hijrah!


”Sombong itu selendangKu. Siapa yang memakai selendangKu niscaya dia tidak akan mencium bau surga”
Peringatan Allah dari hadis Qudsi.

Allahu'alim.

Tuesday, June 15, 2010

monyet ukm curi milo ku terima kasih

Sesungguhnya.. perempuan itu tersangatlah istimewa..haha tak pasal tulis ni.

Tanpa perlu kamu bertanya, aku berminat untuk updatekan kamu tentang keberadaan aku di bumi ukm sekarang. yes this place is a 3 out of 10 tapi bi'ah tu lah yang buat aku rasa agak happy la. Suasana di sekeliling cikgu and kawan-kawan yang sentiasa memotivasikan aku untuk menjadi lebih baik dari semalam. Lebih muslimah dari semalam. Lebih menghambakan diri dari semalam. Lebih tawaduk dari semalam. InsyaAllah.

Aku di kem belajar arab tapi sebenarnya semuanya lebih dari tu. Oh sungguh dramatik ayat aku wahahaha! Maybe ni lah effect baca novel islamik melebih-lebih. Ehemm bukannya novel cinta yang tak ada sisipan ilmu and lalai semata-mata. Sungguh aku kurang suka orang yang kerjanya baca novel cinta kosong je, sebab macam mengfantasikan diri dalam dunia dramatik. Aku baru habis baca novel tautan hati by fatimah syarha. Seriously aku cakap, subhanallah, buku ni memang penuh, banjir, sarat dengan ilmu-ilmu islamik yang sangat-sangat perlu kita tahu. Ada jugak tips-tips dakwah yang sangat bagus, hadis-hadis yang cambest and other stuffs la. Aku juga sangat suka dengan kehebatan penulis tu menggambarkan tentang kehidupan seorang muslim/ah yang sejati. Dorang semua sangat jaga pandangan, sangat pemalu yang bertempat, berusaha untuk istiqamah mengenyangkan iman dengan ilmu dan peringatan demi peringatan. Tahajud pulak menjadi satu normalisasi, yang tanpa khuatir bisa mengubat hati-hati manusia agar sentiasa rindu, berharap, dan takut kepada Illahi.

Aku tak sabar nak habiskan course ni, tapi aku tak nak tinggalkan bi'ah separa Islamik yang sedikit sebanyak membantu dalam santapan nurani aku. Dramatik lagi. Aku cakap separa Islamik sebab of course la,  ni kursus arab, bukannya kursus Islami kan. Tapi yang menghidupkan bi'ah Islamik tu ialah orang2 yg sentiasa berusaha untuk mengIslamkan suasana, so lebih tenang la hidup korang kan. Aku sangat rrrespect mereka :)

Oh untuk pengetahuan korang, aku dah stop dengar music selepas aku agak insaf tengok pemuzik-pemuzik hebat tinggalkan dunia muzik hanya untuk meningkatkan iman. Tapi aku tak ada kuasa la kan untuk halang orang-orang sekeliling aku untuk stop music jugak, sebab, lain orang lain pandangan. Fatwa pun berlambak-lambak. Silalah kamu dengar apa yang Zakir Naik terangkan kat video di bawah ni.



Aku belumlah berubah sepenuhnya kan, sebab bila ada lagu-lagu yang sangatla best blasting di sekeliling aku, i can't help it but kaki aku sure ikut rhytm and mesti punya sing along. Then bila perasan, barulah cuba untuk buat benda lain dan jauhkan fokus dari lagu-lagu tu. Alhamdulillah setakat ni this 'no music' thing sangatlah membantu aku. Belum pun ada tekanan jiwa kan. Sebab tu lah aku percaya sesiapa yang cakap dengar music tu sangatlah penting kononnya untuk tenangkan hati, tolong belajar or stuffs like that, sebenarnya takdelah  camtu sangat kan. tu semua nafsu semata.

See you later.
Assalamualaikum.

Sunday, May 16, 2010

terima kasih cikgu..

..kerana membenarkan saya tidur dalam kelas selama 5 tahun berturut-turut di STF dan setahun di SEGi. serious. terima kasih sangat. saya doakan cikgu semua kesejahteraan hidup dunia akhirat.



Hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini  dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".

sorry saya tak jumpa doa tu. tak bolehlah pulak nak tidur di atas rusuk kanan kan time ni, tak cukup space pulak. lain kali aku akan berusaha lebih gigih untuk tidur di atas rusuk kanan, walau di dalam kelas. hehe.


teehee

ma'asalama

Monday, May 10, 2010

lapar pada pukul 7.33 pagi

tanda solat tak khusyuk ----> angkat takbiratul ihram semasa duduk antara dua sujud. not funny.

janga solat ketika mengantuk. ada hadis yang cakap pasal ni, tapi buku tu hilang. insyaAllah lain kali aku tulis  walaupun takde sape yang mintak. sukahatilah ni kan blog saya. kalau solat subuh kadang-kadang ngantuk saaangat. jadi apakata kamu solat qabliah subuh 2 rakaat dulu (solat sunat 2 rakaat sebelum subuh) kira macam warm-up la kan. jadi by the time solat subuh tu, takdelah rasa ngantuk dah kan. subhanaAllah banyak sangat saranan untuk solat sunat qabliah subuh ni. sebab banyak jugah hikmahnya kot. wallahua'alam.

tanda solat tak khusyuk ----> terbaca doa makan semasa tahiyyat akhir. not funny.

ada ustad yang list out kan soalan-soalan yang perlu ditanya kat diri sendiri setiap hari, dari kitab apa entah, antaranya ialah 'sudahkah kamu menunaikan solat sunat rawatib (2 rakaat sebelum subuh)? nampak tak betapa pentingnya solat sunat ni? oh dan silalah istiqamah, sesungguhnya itulah yang paling disukai Allah, yakni sikit dan berterusan :)

bila ada ilmu baru sila buat catatan supaya tak lupa. kalau tak nampak sebab tulisan kecil, sila pasang lampu.


tapi jika kamu hanya terbangun ketika azan zohor berkumandang, maka rasanya kamu sudah terlepas solat sunat ini. sila mohon ampun dan qada' solat subuh dan silalah berhenti 'tertinggal' solat subuh, silalah berhenti beristiqamah meninggalkan solat subuh. tak ada unsur kelakar dalam hal ini. kalau tiap-tiap hari kena qada' solat subuh, maka silalah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar insyaAllah.


''Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. sesunggunhnya Dia jugalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.''  Al-Zumar (39:53)

Ehemm. Surah ini juga didedikasikan specially untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang masih lagi dalam kancah maksiat. Yang masih suka bermanja dengan boyfriend, walaupun tak manja tetap sama ok, maksiat jugak tu. Yang masih suka flirt dengan orang, berzina sini sana, on the phone for hours sambil mengilai-ngilai..dan banyak lagi bentuk maksiat lah. You get what i mean kan. Kiamat pun dah nak dekat ni.

tadaaaa.

Ma'asalama.

Friday, April 30, 2010

copy.paste.copy.paste.copy.paste.

Oh what a beautiful friday. I'm overlooking a pool with fallen leaves all over, typing this while some black mosquitos are trying to suck my blood. Oh my lord, have mercy on me. Hoooo tak pasal.

tapi bukanla copy paste membuta tuli okay y'all. copy paste dengan ilmu laaaa. dah confirm benda tu betul, bawak kebaikan baru la copy paste. bukannya copy paste 'Michael Jackson wasnt dead, he was seen walking around with a new physical characteristic, but was trying to hide his face. but it was confirmed that the mysterious person is him. it is believed that Michael had undergo some cosmetic surgeries to change his image. there were rumours that Michael is now in a private island in Kuala Terengganu, surviving on keropok lekor everday. it was also believed that he faked his death to get away from million dollar debts. he was also seen around in kuala terengganu working as a fishermen. fans were advised not to stalk nor hunt him all the way to terengganu, this man needs his privacy. now with all due respect, i conclude that michael is alive and he is in terengganu eating keropok lekor.' tak de lah aku copy paste benda macam ni kan? orang dah meninggal, biarkan lah dia. get a life people. let him rest in peace. now i strictly do not believe this shit. islam is peace. dosa aibkan orang.

oh panjangnye intro!. ni je yang aku nak copy paste.


"...tazkirah hari jumaat:"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim..."



We all have a long way to go to be the best that we can be, but do we have all the time in the world? We never know how much time we have left. Maybe an hour, a week, or even years to go. People die everyday. The Prophets died. Michael Jackson died. Tupac died. I even just killed a mosquito. i didnt tell him i was gonna kill him, It just happened. Nature works that way.

So now i ajak u, o all believing women. To make a change, and tutup your awrah. Its not hard. Its beautiful babe. Its an honor. Love yourself. Put on a hijab. You can be bald, and no one knows. How pretty that is. 

Thursday, April 29, 2010

Freehair kah? Dan to those yang sedang nak berubah...

Location : MPH Bookstore
Time : Redup-redup angin

‘Nanti I pergi Egypt, I nak pakai tudung macam tu, tapi tudung lain la, cuma saiz macam tu’. *pointing towards a group of girls yang bertudung labuh*

‘Apasal kena tunggu pergi Egypt? Benda yang elok, buat lah sekarang terus’. *muka nasihat dan perli at the same time*

Okay terimakaseh atas nasihat yang hebat ni. Obviously lah aku terasa, because it’s the same advice yang aku selalu beri kat kawan-kawan yang mintak sokongan untuk berubah. Aku selalu cakap ;

‘Bila kita tahu benda tu baik, buat je terus, kenapa nak tunggu certain event baru nak buat? Kalau nak tunggu kekuatan tu datang, sampai bila-bila pun tak kan datang. Kekuatan tu kita bina sendiri. Fikir positif. Jangan fikir apa yang orang cakap. Hijrah tu satu kemestian, bukannya pilihan.’

Rupa-rupanya mentality aku agak sempit. Aku terfikir bahawa kalau satu penghijrahan yang aku bebelkan selalu kat atas ni, cuma penghijrahan yang besar, bukannya penghijrahan kecil. Contohnya, dari tidak solat, kepada solat. Dari tak tutup aurat, kepada tutup aurat. Dari ‘in a relationship’ atau ‘its complicated’ atau ‘expexting someone’ kepada simply ‘single and loving it, alhamdulillah’.

Rupa-rupanya penghijrahan itu, subhanAllah, juga merangkumi perkara yang aku anggap kecil, wala haga. Mungkin dari bertudung menutup dada, kepada tudung yang dirasakan lebih modest. Atau mungkin dari sedikit kepada lebih banyak memahami tafsir al-Quran. Atau dari solat biasa kepada solat yang sentiasa awal waktu, dan lebih khusyuk!

Semua perubahan yang kita buat setiap hari adalah hijrah yang baru. Tak kira sekecil mana. Tapi janganlah asyik yang kecil saja, utamakanlah hijrah yang lebih besar.

Siapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Siapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela. (Riwayat Naim bin Abdur Rahman dan Yahya Bin Jabir).

Sekarang aku tengok banyak kempen-kempen kat Facebook. Alhamdulillah. Kempen Menutup Aurat. Perempuan Lebih Cantik Jika Berpurdah. Tapi satu yang betul-betul menarik perhatian aku; ‘Saya Freehair Tak Semestinya Saya Jahat’. Memanglah awak tak jahat. Bukanlah peribadi seseorang tu disandarkan pada pemakaiannya. But think about it this way, aku cebok idea daripada comedian Dave Chappele. You really have to watch this, he mashed up the whole idea and concept of dressing.

“just because they dress a certain way, does not mean they are a certain way, but ladies you must understand, that is effing confusing!”

Pardon the language. But afterall, the message is genius!

Memang tak pernah bila aku tengok seseorang yang free-hair aku rasa diorang jahat. Who are we to judge kan? But I just assume that you’re one heck of a brave girl. Dah dinyatakan dalam Quran,

‘Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya’ An-Nur (24:31)

Berani lah kan, untuk mengingkari perintah Allah. Ini satu perintah, bukannya nasihat. Okay mungkin ada yang free hair sebab tak tahu menutup aurat itu wajib, but now that you already know, wajiblah untuk kamu berubah. Tak perlu fikir apa orang kata, kamu buat benda yang baik, menutup aurat. Menjaga maruah diri, kehormatan diri. Mencari kebahagiaan di negeri akhirat. Tindakan yang sangat bijak.

‘Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak memperoleh sesuatu di akhirat kecuali neraka. Dan sia-sialah di dunia dan terhapus apa yang telah mereka kerjakan.’ Hud (11:15,16)

See? Kalau dunia yang sedang kita cari, Allah akan berikan kegembiraan, nikmat yang cukup sempurna. Tetapi akan rugi di akhirat. Sekarang ni kita fikir, mana yang sementara dan mana yang kekal. Negeri akhirat itu yang berkekalan, dunia cumalah persinggahan. Biarlah kurang gembira kat dunia, kurang glamour kerana tutup aurat, nampak kodi sebab tutup aurat, but if cara ni lah yang akan berikan kita kebahagiaan yang berkekalan di akhirat, yang akan menjauhkan kita dari azab neraka, then,  this is the only way.

So with this, aku menyeru kamu semua untuk sama-sama menutup aurat. Ingat, bertudung sahaja bukan bermaksud menutup aurat. Menutup aurat tu menutupi semuanya kecuali muka dan tapak tangan. Kaki pun aurat. Berpakaian yang longgar. Then untuk skop yang lebih besar, hijab juga merangkumi batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Menjaga hati, menjaga lisan. Menjadi mutiara dalam Islam. Cantik, indah tapi sukar didapati,terlalu tinggi nilainya.

Okay insyaAllah, till next post.

Ma’a salamah.

See you laytahh..
ok that’s a bit lame.

J


Just for entertainment. One hella funny guy.

Of course i'm updating my blog, i mean its Nina's blog!!! Takkan tak nak update kan. oh panjangnye ooopssss..

Dah lama aku tak mengupdate. Actually aku tengah menulis beberapa post, tapi stuck, rasanya sebab banyak sangat dengar lagu K-Ci & Jojo and BoyzIIMen dan banyak lagi motown hits and RnB oldies. Bukanlah satu tabiat yang perlu dicontohi. Tapi aku cuba balancekan dengan stuffs yang akan tarik aku ke syurga jugak la. insyaAllah.

Sekarang ni aku sedang sibuk (hahaha tak sibuk pun actually. perasan sibuk) belajar bahasa arab online. Ana kan nak pergi ke Mesir, so mestilah mahu bisa bertutur bahasa arab kan. Ahlan Wasahlan fi Masr ya bannat! Hahahaaha nampak tak betapa excitednya aku ni? Entah betul entah tak ayat aku ni. Bitakallam arabiyya? Aiwah, lakin, shwaiya shwaiyah. Itu direct translation aku untuk 'speak arabic?' 'yes, but, just a little'. Wimaluh? So what? Ana kan sedang belajar.

Post ni cuma post yang random. Tapi aku nak menulis jugak!

Masa aku duduk kat hospital, nurse-nurse kat sana baik sangat. Aku doakan diorang kesejahteraan hidup. Banyak orang diorang tolong. Tiba-tiba aku rasa nurse tu perkerjaan yang mulia. Doktor pun kerja yang mulia. Tapi nurses pun mulia jugak. Tapi doktor pun mulia jugak. Kerja dia lagi banyak. Tapi kerja nurse banyak jugak. Diorang sanggup cuci berak orang. Tapi doktor mulia jugak! Oh aku sedang mengulang-ulang benda yang sama. Macam lagu-lagu bodoh Lady Gaga.

Tapi makanan hospital memang tak sedap naudzubillah. Masa duduk kat private ward tu memang la sedap, western food you! Tapi bila turun ward untuk intensive care kat bawah, seriously aku muntah setiap kali aku bau makanan tu. And ward ni public, so bercampur la lelaki dan perempuan, lalu perlulah aku bertudung 23 jam (sejam di tandas) setiap hari. The experience wasnt fun at all, but its worth remembering. Takkan aku lupa.

Disebabkan operation tu, aku akan rasa cepat penat. Baring pun penat. Ada satu time pukul 4 pagi, aku kejut nurse untuk mintak wheelchair, sebab dah penat baring. Aku pulak berlagak VIP nak kena specially duduk atas wheelchair, bukan kerusi biasa. Nurse tu pun datang, dengan bertaik mata lagi, 'awak tak nak tidur ke qistina? pukul 4 pagi ni..' 'tak nak la, penat la baring atas katil tu. nak duduk atas wheelchair sampai subuh'. lalu nurse tu buat muka dia-ni-gila-ke-apa-penat-aku-nak-layan. Dia ingat aku tak perasan kot. Sebelum tu, pukul 3 lebih, aku tak boleh tidur, then pergi toilet, lepak kat toilet. Ini menunjukkan betapa boringnya hospital tu. Tapi bila dah boleh pindah masuk private ward, malam tu lah malam pertama yang aku tidur lebih dari 2 jam tanpa terjaga. Siap mintak tilam special lagi you. Therapeutic punya tilam. Oh sungguh lembut. Tidur yang lena.

Ada satu malam pukul 11, satu pakcik bergigi rongak datang ke katil aku, dengan muka selamba dia tanya 'Nik, nak nasik lemak?'. Gila ke apa? Pakcik, ni pukul 11 malam la pakcik.

Nak ucap terimakaseh untuk sesiapa yang datang jenguk aku di hospital. Aku tulis nama ikut turutan kedatangan (hehe macam cikgu). Nama kawan-kawan je, sebab sedare ramai sangat. Afiqah, Navin, Angeline, Nik Ridhwan, Nasir Tahir, Harun, Aqilah, Hazwan, Deen, Shahir, Khairul, Yasmin, abang die Aslam, Simon Simz, Nasir dan kawan dia yang aku tak kenal. I think thats all.

Aku pelik tengok orang yang suka ambil gambar diri sendiri (self-cam) lepas tu post kat facebook. Contohnya ada 30 gambar sendiri, semuanya self-cam. Muka semua nampak sama kot. Cuma angle je yang lain. Apa entah yang dia suka sangat ngan muka dia sendiri. Sikit-sikit sudaa.

Aku tertanya, orang lebih suka post yang ala-ala Tasbih ke, yang berbahasa macam post ni, atau ala-ala Pening?

Ni aku dapat dari usrah kat Maahad;

''Kau tak akan kenal seseorang yang halim (berhati lembut) melainkan dalam keadaan marah. Kau tak akan kenal seseorang yang shuja' (berani) kecuali dalam perang. Kau tak akan kenal kawan sejati kecuali bila kau perlukannya''

Subhanallah :)

Tuesday, March 30, 2010

aku yang kekurangan, kamu yang membutakan

Mungkin aku bukan yang terbaik.
Mungkin aku tak banyak ilmu agama.
Mungkin perwatakan aku belum cukup beragama.
Memang aku tak layak jadi orang agama.
Itu satu fakta.
Aku terima.
Sebab tu aku usaha.

Tapi kamu,
Dulu sekolah agama,
Ilmu gila tebal,
Watak memang beragama,
Lepas tu nak jadi orang agama,
Sungguh aku respek.

Tapi aku yang bodoh ni pun tahu apa yang kamu buat tu salah.
Lupakah tentang zina hati?
Stop it kawan.
Penat aku tahan mengumpat kamu dalam hati. $#%&;*~!!.

Islamic couple?
Sila benarkan aku muntah di mukamu.

Islamic, tapi tak couple?
Sila benarkan aku muntah lagi di mukamu.


Wednesday, March 24, 2010

bila tali tasbih dirasakan terlalu panjang..


Dia masih solat. Solat fardhu. Solat sunat. Semuanya belum dilupa. Dia masih membaca Quran itu. Biar tergagap, biar tersekat. Dia masih puasa. Isnin. Khamis. Segala ibadahnya masih istiqamah. Segala ibadahnya masih terjaga.

Tapi jangan dianngap imannya tinggi menggunung.

Kerana imannya sedang kacau.

Tapi dia mujahid sejati, dikala iman rapuh dan nafsunya mencintai dunia, nafsu dunianya ditentang, semuanya kerana Penciptanya.

Tapi jangan dianggap imannya sudah tinggi menggunung.

Sungguh, iman itu sukar untuk ditafsir.
Adakah pada ibadahnya, solatnya, puasanya, atau hatinya?
Jika pada hatinya, maka hancurlah dia. Matilah dia. Remuklah dia.
Jika hanya pada solatnya, maka iya, senang saja dirinya.
Jika hanya pada puasanya, maka iya, selamatlah imannya.
Tapi pada apa iman itu?
Pastinya bukan semudah itu!

Kerana dia masih solat, tapi khusyuknya, nikmatnya tidak sama lagi. Dulu bisa menangis terus saat melantunkan al-Fatihah. Tapi sekarang tidak lagi.
Kerana dia masih membaca Qurannya, tapi feel nya tidak sama lagi. Dulu pasti beremosi. Tapi sekarang tidak lagi.
Kerana dia masih puasa, tapi nikmatnya tidak sama. Sudah hilang sedikit demi sedikit sinar menahan lapar itu.

Memang semuanya masih istiqamah, kerana iman yang hampeh bukanlah alasan untuk ibadah yang hampeh juga. Dia masih istiqamah, kerana dia tahu apa yang dibuatnya betul, benar. Sepertinya Oprah, tiada iman, tapi masih berbuat baik.

Ini bukanlah karangan untuk meyakinkan kamu, yang ibadah kamu itu tak perlukan iman, tapi sebaliknya, iman yang remuk bukanlah alasan untuk kamu tinggalkan segala kewajipanmu kepada Yang Maha Agung.

Lumrah.
Iman manusia bertambah dan berkurang.
Tapi bukan lumrah.
Ibadah manusia dibuat sekejap, ditinggal sekejap.
Kita hamba, bukan Pencipta!


‘Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati kami ini di jalan Mu’

‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami’

Semoga sakit iman kita semua terubat. Ameen.

(dia itu sahabat aku, pasti dia sedang membaca)




pening lah!

Tengahari tadi dalam kelas, lecturer tu explain kenapa Muslim kat Malaysia kena check for HIV/AIDS before marriage. Kenapa? Bukanlah sebab Islam ni agama yang gila bagus, kiranya nak pastikan ketenteraman hidup pasangan yang baru berkahwin ke apa, tapi sebab…

‘The highest population of HIV/AIDS carriers are Muslims.’

Then, aku jawab dalam hati,

‘excuse me sir, they are not Muslims, but Malays to be exact’.

Logic kan? Bukannya diorang hisap dadah sebab diorang Islam, diorang hisap dadah sebab diorang tak fikir panjang, dan sesungguhnya setan tu amat hebat dalam menghasut manusia, walaupun manusia sebenarnya berotak. Ni takde kena mengena dengan mangsa HIV/AIDS yang tak bersalah.

Ada jugak lecturer yang bercerita pasal kebenaran dalam sejarah. Oke aku boleh terima kalau government tukar sejarah sebab nak jaga nama baik certain pihak, or nakkan certain benefits. Aku tiada masalah dengan tu.

Tapi tiba-tiba dia mula cerita pasal kebenaran kitab-kitab. Confirmlah dia tak berani cakap pasal Quran, sebab mana ada orang pernah tukar ayat Quran kan?

Bla bla bla bla..dia mula cakap pasal bible.

‘Angus, tell us the story of David’. Angus kurang ingat.

‘woi Nina kau tahu tak?’

‘Entah, aku tak tahu. Which story eh?’

‘Nabi Daud lah kan?’

lecturer tu kemudiannya mulalah cakap, dalam bible ada satu cerita pasal David, tapi sebenarnya priest semua dah tukar cerita tu, sebab tak  nak orang Christian fikir buruk pasal prophet tu.

‘David actually ran with an enemy’s wife’

macam kahwin lari lah. Kira macam mengsimbolkan kemenangan.

‘so Sir, are you saying that the Prophet is actually a bad guy? He can’t be a prophet then..’
‘that’s why they changed the bible, Nik’
‘never heard of it Sir’
‘You just have to find the right source’

Adakah Nabi Daud sebegitu? Selagi aku tak jumpa dalam Quran, aku takkan percaya. Mungkin aku yang cetek ilmu. Kalau ada sesiapa yang tahu, sila beritahu aku, sungguh aku konfuse.

Sebab Joshua Evans cakap, dia masuk Islam sebab ada certain parts dalam Bible yang memburukkan Nabi.


????????????????????????????????????????????????????????????????

perut berbunyi gemparkan alam sunyi..

Pada aku, makanan merupakan antara nikmat paling hebat yang Allah bagi, selepas nikmat iman, Islam, family, good health and banyak lagi la. And makan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan selepas tidur. Kan? Aku tau semua orang pun setuju, sebab semua orang pun pemalas macam aku. Hehe.

Sekarang, sila benarkan aku list out makanan-makanan yang aku suka, sebab sekarang aku tengah lapar, dan sebab tu aku nak tulis pasal makanan je... So berikut adalah antara ciptaan makanan terhebat dalam kamus hidup makan ku.

1)        Ayam – drummet, ayam Nando’s, ayam kicap, ayam padprik, ayam masak merah..and bahagian ayam    yang paling best ialah drumstick and thigh.
2)        Telur – Omelette, scrambled, crushed, hard-boiled, half-boiled. Best part is the egg yolk.
3)        Nasik – nasik memang sedap


Ok  tu je yang aku nak tulis. And sebab when I first started this blog, I decided to make it a useful blog for dear readers, so kenalah aku selit sikit-sikit reminders here and there..

Aku nak ajak anda semua untuk sama-sama berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Jom sama-sama hidupkan sunnah Rasulullah. Kalau dah istiqamah Isnin dan Khamis, puasa tu takkan rasa sesusah awal-awal mula puasa. Ya lah, sebab kita dah set mind kita that kita akan berlapar hari Isnin dan Khamis. 2 hari seminggu je people. Bukan puasa sebulan pun kan.

Seriously people, jom puasa Isnin Khamis!

Kita harap saja amalan sekecil ni boleh bantu kita di hari Perhitungan sana.
Sesunggguhnya semuanya bernilai di sisi Allah s.w.t.


Sunday, February 28, 2010

cara dakwah dari otakku yang belum genius

Dalam setiap perbualan atau perbuatan itu mesti ada sekurang-kurangnya satu peluang kecil untuk menyampaikan nasihat, atau larangan. Seriously. Teliti betul-betul.

Contoh ok;

Ali : Jom gi makan!

Samad : Alaa, aku belum semayang lah! tunggu jap weh, aku semayang kejap je! Tak sampai 5 minit pun…jap eh, jap eh, kejap je…..

From the way Samad cakap, we can conclude few points..

“Alaa, aku belum sembahyang lah!”

Expression ‘alaa’ menunjukkan Samad ni terbeban dengan fact yang die tu belum sembahyang, and die menyesal apasal lah die tak sembahyang awal-awal dengan Ali. And obviously die sedang rase malas nak sembahyang.

“Tunggu jap weh..”

Jelasnya, dia sedang membantutkan aktiviti orang lain, sedangkan orang lain dah sembahyang. In other word, dia sedang MENYUSAHKAN orang lain. Dah lah Allah tak suka, manusia pun menyampah nak tunggu. Seriously, aku pun penat bersabar dengan orang yang macam ni. Asyik menunggu je!

“Aku semayang kejap je! Tak sampai 5 minit pun..”

Aku tak tahulah abang Samad ni solat apa yang tak sampai  minit pun. Setengah rakaat je ke solat tu bang? To’maninah mane? Ni lah, kerja buat akhir waktu, selalu tergesa-gesa, cikai dan tak ada kualiti langsung. Bila dah 5 minit je solat, jelasnya, tak ada zikir, tak ada wirid, tak ada doa.

“Jap eh, jap eh, kejap je…..”

Oh Samad, memang engkau menggugat kesabaran aku! Sila solat awal waktu lain kali! Memang agak memanaskan jiwa bila seseorang suruh kita tunggu dia ‘sekejap’, dan lebih manyakitkan bila kita tahu sebenarnya ‘sekejap’ itu adalah lama. Rasa macam diperdaya bulat-bulat kan? Ikut logik iman, mana ada solat yang sekejap je.



Inilah peluang yang aku cakapkan. Tak perlulah Ali senyap saja dan mengangguk terhadap request Samad untuk tunggu dia. Sebaliknya, bagi lah si Samad sedikit peringatan. Mungkin dia lupa, atau mungkin dia tak tahu. Here it goes;

Ali : Tu la kau, aku ajak semayang awal-awal tadi taknak, kan dah lembap. Allah suruh sembahyang awal tu banyak benefitnye, kite je tanak ikut. Lain kali solat awal waktu ok?


“Tu la kau, aku ajak semayang awal-awal tadi taknak, kan dah lembap.”

Marah sikit-sikit je, biar dia ingat. Jangan melebih-lebih, kalau tak dia tak akan terima nasihat seterusnya.

“Allah suruh sembahyang awal tu banyak benefitnye”

Bagi peringatan kat dia. Tapi tak perlulah on the spot beritahu dia benefit-benefit solat awal, nanti dia menyampah pulak. dah macam tazkirah pulak kalau panjang-panjangkan nasihat tu.


“Kite je tanak ikut”

Highlightkan lagi bahawa memang kita semua yang banyak salah. Janganlah cakap, “kau je bodoh taknak ikut”, kalau macam tu sampai bila-bila pun dia tak nak dengar nasihat kita kan.

“Lain kali solat awal waktu ok?”

Awal-awal tadi kan dah marah sikit, so last-last perlulah berlembut semula. Nasihat yang lembut lebih mudah diterima berbanding nasihat yang tinggi suara, mengancam melebih-lebih dan macam-macam lagi cara yang tak sesuai.


Ingat, dalam mengajak orang melakukan kebaikan itu, perlulah berhikmah. Tak perlulah selitkan nasihat dan larangan dalam setiap 30 saat dalam SETIAP perbualan. Kalau macam tu, maka gila lah orang yang dinasihat tu. Secara umum, mesej-mesej berbentuk nasihat semata-mata memang agak membosankan. So janganlah membosankan dan menyeksa rakan-rakan korang dengan nasihat sepanjang masa. Kalau aku, sure aku lari dari orang macam tu. Sebab tu lah ramai orang yang suka lari dari orang yang berbuat baik, sebab tak nak rimas dengan nasihat yang tak habis-habis. Chill la kan? Janganlah jadi orang yang membosankan.



Kalau nasihat dan dakwah tu jadi something yang membosankan, maka susahlah untuk orang lain menerima ajaran and kebenaran.

Ini cerita yang biasa kita dengar;

Perempuan: (bangga) eh mak aku tak kasi aku pakai baju sleeveless depan ayah and abang-abang aku tau. Macam seksi, so kira tak elok lah.

Perempuan 1 : lagi baiklah kalau mak kau tak bagi kau pakai baju ketat-ketat depan jantan-jantan lain, daripada tak boleh pakai sleeveless depan family sendiri.

Perempuan : bukan macam tu, aku pun malu nak pakai sleeveless depan ayah and abang aku.

Perempuan 2 : kau pakai baju ketat-ketat macam ni, mak kau kasik pulak? tak malu pulak? kalau aku ni lelaki, sure aku tengok kau punya ‘tu’ all the time!

Perempuan : eh mana ada ketat, ok what? ( sambil cuba tarik-tarik baju yang ‘melekat’ kat badan)

Perempuan 2 : haishh, yang pergi haramkan yang halal, then halalkan yang haram buat apa?

Perempuan 1 : aku tak pernah tak pakai sleeveless depan family aku, tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi tak tutup aurat dengan lelaki lain. Aku rasa ni lagi halal.

Dakwah sebegini cuma untuk sesetengah orang, iaitu orang yang suka menafikan kebenaran, orang yang obvious dia buat salah, tapi tak habis-habis defend diri sendiri.

Yang paling penting, semua dakwah perlu berhikmah. dakwah tak perlukan keganasan, tapi ketegasan di sebalik kelembutan.  

:)


Tuesday, February 23, 2010

Joshua Evans

Joshua Evans menyifatkan Muslim sebagai lilin yang menyinari kegelapan. Lilin yang memberi penyelesaian tatkala manusia berada dalam kegelapan. Tetapi kebanyakan Muslim pada hari ini merupakan lilin yang ditutup cahayanya, seolah-olah ada mangkuk atau penutup yang menghalang orang lain untuk menikmati cahaya itu. Ramai yang mencari cahaya kebenaran itu, tetapi kita semua bersalah, kerana cahaya itu ditutup. Perlu pula si pemburu cahaya membuka semua penutup lilin untuk mencari cahaya itu. Sedangkan, alangkah indahnya jika seseorang itu bisa melihat cahaya itu yang sentiasa bersinar.

Pada aku, metafora yang Joshua Evans gunakan adalah sangat tepat, dan sunggguh indah. Kenapalah kita disifatkan sebagai cahaya? Kerana Islam ini merupakan ajaran yang sangat sempurna, cara hidup yang sempurna, seolah-olah penyelesaian kepada semua persoalan-persoalan hidup yang manusia sentiasa nantikan jawapannya. Memang amatlah indah jika seorang itu dapat melihat betapa indahnya Islam dan betapa sempurnanya ajaran ini melalui seorang Muslim.  Itulah yang dikatakan cahaya.

Manakala liin yang tertutup itu pula seperti Muslim yang indahnya hanya pada dirinya saja. Tidak terpercik keindahan itu kepada orang lain. Tidak ternampak keindahan itu di mata orang lain. Apalah gunanya menikmati keindahan itu seorang diri? Joshua Evans berkata, di komuniti Muslim di Orange County,  aktiviti Muslims disitu hanya tersekat di dalam masjid, dan bersama para Muslim sendiri. Setelah bertahun-tahun beliau tinggal berhadapan dengan masjid, barulah beliau menyedari bahawa bangunan itu merupakan sebuah masjid. Malah Joshua tidak pernah terdengar tentang Islam, sehinggalah beliau mengkaji pelbagai agama. Bila Joshua memasuki masjid dan nampak betapa indahnya ajaran-ajaran Islam itu, barulah beliau tersentuh. Jadi boleh dilihat disini apa yang beliau maksudkan dengan lilin yag tertutup.

watch Joshua Evans here

Jika seseorang itu harus memasuki masjid, dan barulah akan terjumpa kebenaran Islam, maka terbantutlah pengembangan agama ini.

Beliau juga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mencari kebenaran. Dan terdapat beribu-ribu malah berjuta lagi orang lain yang sama dengannya. Tetapi jika kita semua terus menutup cahaya yang kita ada ini, maka terkapai-kapailah berjuta-juta lagi pemburu cahaya di luar sana.

Pernah aku terdengar, 

‘Islam should come to people through Muslims, not because of Muslims’

Nampak tak perbezaan antara kedatangan Islam melalui Muslim, dan kerana Muslim?

Islam yang datang melalui Muslim ialah apabila seorang manusia itu nampak keindahan ajaran Islam melalui penganut agama Islam itu sendiri. Bila Muslim itu menjadi seperti seorang yang boleh dicontohi.

Manakala Islam kerana Muslim adalah Islam kerana perkahwinan. Tidak salah, tetapi bukankah lebih indah jika Islamnya seseorang itu adalah kerana keyakinannya terhadap agama ini, bukanlah setakat Islam untuk menjalin ikatan yang sah.

So marilah kita sama-sama membuka penutup kita yang sudah lama menyembunyikan cahaya. Islam itu tersedia indah, cuma perlu ditunjukkan cahaya ini kepada ramai. Ramai yang memerlukan cahaya kita.

Kita dilahirkan sebagai khalifah Allah, untuk menyampaikan agama Islam kepada orang lain. Jadilah khalifah, jom.

Tanya diri sendiri, kita ni lilin bercahaya, atau cahaya yang ditutup, atau sekadar malap-malap sahaja?

*ini cuma kesimpulan yang aku ingat, nanti aku dah tengok sekali lagi, maka aku akan tulis sekali lagi. banyak lagi yang encik ni cakap, tapi aku ingat-ingat-lupa. ok jangan boring eh bace nanti :)