Thursday, October 15, 2009

lonely-kah kamu?


Bangun subuh pagi tadi, otakku ter-conclude sesuatu yang agak genius, which is, kesunyian @ loneliness akan bawa kita kepada 2 kemungkinan, lebih dekat dengan Allah, atau lebih jauh dariNya. Conclusion ini bukan datang dari otak yang cuma berfikiran kosong, tetapi based on pemerhatian orang-orang sekeliling.





Bila hati rasa sunyi, sesetengah hamba Allah akan tunduk sujud beribadah kepada Allah, kerana bila kita lebih dekat dengan Sang Pencipta, hati akan sentiasa tenang dan hilanglah segala resah kesunyian dalam hati. Sunyi ini akan bawa kita lebih rapat dengan Allah dan agamanya, membuatkan kita rasa betapa nikmatnya dapat mengenali Allah dan beribadat kepadaNya. Mungkin juga kita dapat merasakan halawatul iman, yang sering disebut-sebut dalam buku teks agama.


Sesetengah hamba lain pula hanya akan mengalih kesunyian ini dengan bergembira. Masalah tidak diubati, cuma dibuang ke tepi. Semuanya menipu diri sendiri, kononnya sudah ‘moved on’ dan sedang gembira. Setakat mana sajalah kegembiraan dunia akan bertahan. Bila tidur, kegembiraan itu hilang, dan akan bangun dengan hati yang masih lagi sunyi, tak berteman. Jika yang baru sahaja ‘breakup’, mulalah sibuk mencari-cari penggantilah, soulmatelah, itulah, inilah. Kononnya hati akan tenang kalau dapat berjumpa dengan soulmate. Tak salah jika relationship itu  halal, tapi jika relationship yang haram, maknanya sudah masuk ke perangkap syaitan. Mungkin dapat ketenangan di dunia, tapi di akhirat nanti siapa yang tahu kan?


Kesunyian itu sebenarnya suatu nikmat, sebagai peringatan dari Allah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang lemah. tanpaNya, jiwa tidak akan tenteram. Semuanya terpulang kepada kita untuk mentafsirkannya, adakah sunyi itu nikmat, atau musibat?
Jadi, kalau sunyi, cari Tuhan atau cari teman? Renung-renungkanlah.





2 comments:

rushd1 said...

(in my case)jadikanlah Tuhan sebagai peneman, bila bertemankan Tuhan...Insyaallah, ada auto repellant 4 syaitan...real nice this one, 2 thumbs up...hehe

qistina said...

thank u. memang Tuhan tu peneman yg paling baik..nak cari auto repellant jugak lah,