Iman seorang hamba pasti ada pasang surutnya, namun jika ‘surut’ itu berlarutan, adakah ‘pasang’ akan kembali? Jika ‘surut’ itu berlarutan, berapa sen sajalah iman yang berbaki? Jika ‘surut’ itu berlarutan, mampukah kita bangkit kembali? Jika ‘surut’ itu berlarutan, seberapa Muslimkah diri ini? Jika ‘surut’ itu berlarutan, masihkah ada ruang untuk perbaiki diri?
Ya Rabbulalamin, dimanakah iman yang hilang itu?
Mungkinkah di celah-celah buku?
Memang ilmu boleh tingkatkan iman, tapi kalau bergurukan buku semata-mata, bukankah ibarat bergurukan syaitan? Cara yang berkesan tapi berisiko sesat jika tiada bimbingan dari yang betul-betul berilmu. Macam saya yang sesat di tengah-tengah ‘private college’, belum jumpa orang yang boleh dirujuk setiap masa, jauh sekali menjadi rujukan untuk orang lain.
Mungkinkah di celah-celah kesunyian malam?
Most probably. Waktu yang paling senang untuk ‘hanyut’ dalam kekhusyukan solat. Waktu yang paling tenang untuk solat tanpa gangguan. Tiada waktu yang paling sesuai melainkan waktu ni, di waktu semua manusia leka dibuai mimpi. Cuma kita dan Allah. Sesungguhnya, malam adalah waktu ijtihad untuk beribadat. Tapi kadang-kadang terlebih ‘hanyut’, sebab mata berat semacam. Hehe.
Mungkinkah di celah-celah kesunyian hati?
Bila bersedih, ar-Rahman lah tempat mengadu. MashaAllah, tiada yang lebih melegakan dari ‘spilling out all the sadness to Him’. Kalau dengan Tuhan, menangislah macam baby pun, takkan ada rasa malu, InsyaAllah rasa lebih dekat dengan-Nya. mengadulah kesedihan sebanyak mana pun, Tuhan takkan bosan mendengar. DIA lah sahabat paling sejati, dan DIA lah yang paling hampir dengan kita.
Mungkinkah di celah-celah tangisan taubat yang teresak-esak?
Berapa literkah airmata yang perlu ditangisi untuk iman sekental para sahabat? Jauh sekali untuk mengharap iman sekental kekasih Allah (s.a.w). Adakah taubat masih diterima jika masih terlalu banyak bergelumang dengan dosa? Bukan senang nak menangis tangisan taubat. Tetapi kalau ada kesedaran, rasa hina, ataupun rasa insaf dalam hati, insyaAllah tangisan mulia tu datang dengan sendirinya. Sesungguhnya tiada yang lebih mulia dari tangisan ikhlas yang datang dari hati yang takutkan Allah yang ghaib.
Yang penting, kita perlu tahu bahawa iman di dada takkan datang bergolek, tapi perlu dibina sendiri. Memang iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang, jadi perlulah kita sentiasa berusaha meningkatkannya. Kita mahukan iman setebal yang boleh, bukan senipis kulit bawang yang mudah koyak hanya dengan bisikan-bisikan syaitan. Semoga kita semua mendapat iman yang tidak mudah goyah sekental Bilal bin Rabbah. insyaAllah.
'Ya Allah, jauhilah aku dari perasaan riyak, bisikan-bisikan syaitan dan pujian-pujian yang melalaikan. Ameen. '
(entri ni sebenarnya ditulis sebulan lepas. cuma malas nk post. hehe)
2 comments:
Ameen...semoga doa dari hati yang disertakan tangisan keikhlasan ini mendapat tempat disisi Allah...Innallaha ma'ana...
insyaAllah
Post a Comment