Sunday, October 25, 2009

niat?


Memandangkan dulu-dulu aku banyak masalah ngan niat, aku rasa nak tulis pasal niat lagi. Baca je lah eventhough x interesting mane pun.

Cerita 1

Masa kecik-kecik dulu, CITA-CITA AKU NAK JADI USTAZAH. Cewahh. Kononnya dari kecik memang Allah bagi hidayah lah? Salah! Hihi. Aku nak jadi ustazah pasal aku suka sangat tengok ustaz yang ajar aku ngaji tu. Sejuk hati aku tengok dia, tapi baca quran tu still tergagap-gagap lah. (sebab masa dia ajar tajwid,aku tengok muka dia, bukan whiteboard..hihi)Aku berangan bila besar nanti aku nak kahwin dengan orang macam ustaz tu. So aku fikir, ustaz cuma boleh kahwin dengan ustazah.
Bila fikir balik, patutlah Allah tak makbulkan doa aku jadi ustazah, sebab niat aku salah. Melepas wish aku nak jadi ustazah. Sekarang, aku dah betulkan niat aku nak belajar agama sebab aku nak lebih rapat dengan Allah and nak ajak family and kawan-kawan aku pun sama rapat dengan Allah. Tapi takkan jadi ustazah kot.

Cerita 2
Aku segan nak cerita. Hihihi.

Cerita 3
Dulu papa pernah ajak pergi holiday. Dia cakap kononlah nak pergi Acheh. Aku and Hannah punyalah frust. Lepastu, kitorang foundout sebenarnya papa nak bawak gi London, tapi nak surprisekan kitorang (Hannah curi dengan conversation mama n papa). Jiwa aku sungguhlah amat tergirang time tu, melompat-lompat ke langit. Dah planning untuk shopping sampai habis duit. Pastu papa ingatkan, ‘nak holiday ni, awak niatlah untuk tengok and belajar pasal culture orang lain, bukan setakat bersuka-suki je. Niat untuk tambah pengalaman and ilmu’..aku tepis je nasihat tu and sambung planning shopping dengan Hannah oh twin.
At last, tak jadi pergi London, pergi Acheh betul-betul. Aku frust menonggeng.
Papa cakap, ‘kita pergi tempat orang susah supaya boleh muhasabah diri’.
So, aku pun betulkan niat and memang banyak belajar dari kesusahan orang Acheh.

So moral of the story is, perbetulkanlah niat kita dalam apa saja yang kita nak buat, be it ibadah ke, apa-apa lah. Pada aku, niat ni sesuatu yang amat halus, so perlulah selalu dijaga, jika lari dari niat sebenar, istighfarlah and then PERBAHARUILAH NIAT KITA.

Ikhlaslah dalam sesuatu urusan hanya kerana Allah.

Aku pun, dengan niat untuk sedarkan korang, belek-beleklah buku Indahnya Saat Bersama-mu:Panduan Praktikal Qiamullail by Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani dan Zahazan Mohamed. (baik korang beli, buku ni bagus!) pastu aku jumpa ni, and dengan ikhlasnya berniat untuk share dengan korang.

Seorang ulama’, Mutorrif bin Abdullah bin Al-Shakir berkata;
Kebaikan amalan adalah dengan kebaikan hati, dan kebaikan hati adalah dengan kebaikan niat.

Jom perbetulkan niat J

3 comments:

rushd1 said...

juz nk share dis beautiful hadith: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.(Hadith Sahih Bukhari dan Muslim)

qistina said...

tapi sekarang ramai yang berhijrah semata-mata suka kat someone..hijrah yang x menyeluruh, cume bersifat sementara. tu pasal ramai yg tersungkur tengah jalan.
kebetulan, semalam baru je terbaca hadis tu.

kalau hijrah keduniaan camtu kira x ikhlas lah kan?

rushd1 said...

xpe...keikhlasan xboleh dipaksa, at least bila ada nampak ruang untuk berubah ke arah kebaikan kita kena ambik peluang tu...

jangan sesekali dicondemn org2 yg mcm ni...kalo kita tau, kita kena bimbing n tolong setakat yg mampu...
kalo tak, doa2kn je la... biar diorg mula dgn istikhlas then lama2 kalo tros ade bimbingan yg baik n btol insyaallah diorg akan jd btol2 ikhlas utk berubah...sape tau kalo org2 yg mcm ni nanti bakal jd pendakwah yg hebat...

WALLAHU A'LAM...