Kalaulah kita boleh tengok dosa-dosa yang kita buat hari ni, sure banyak kan? Itu belum lagi kalau tengok dosa-dosa kita yang lepas, boleh luruh kot jantung. Memang kita tak boleh tengok, tapi kita boleh ‘melihat’ dosa tu. (cehh bermain-main bahasa pulak) Kita je yang malas nak ‘lihat’ dosa tu. Kenapa sombong sangat tak nak nilai dosa-dosa kita dan kekurangan kita terhadap Allah?
Kita selamba je jalan atas bumi Allah ni macam lah kita ni hebat sangat. Macam lah kita tak ada dosa dengan Allah.
insyaAllah senang saja nak lahirkan keinsafan dalam hati. Konsep aku (konsep aku lah, tak semestinya korang kena ikut), tak perlu jauh-jauh fikir pasal azab di akhirat yang sememangnya teramatlah menakutkan. But fikir sendiri pasal hubungan kita dengan Allah, and dosa-dosa kita. Lepas tu barulah aku fikir pasal azab menggila yang menanti di yaumul qiamah.
Bila aku fikir pasal ni (hubungan dengan Allah), terasa macam hina sangatlah (memang hina gila) diri aku, benci betul dengan kelalaian diri sendiri selama ni. Allah tak pernah lupakan kita, tapi kita senang-senang je lupa Allah, lalai dengan hal-hal dunia. Bodoh kan kita? Allah berada setiap masa dengan kita, tapi kita senang je jauh dariNya. Aku pernah dengar ni, ‘Jika engkau datang kepadaKu berjalan, maka Aku akan datang kepadamu berlari’
Tengoklah betapa sayangnya Allah dekat kita. Kita pula cuma ingat Allah masa kita ada keperluan, dan masa solat.
Sedih betul bila fikir pasal ni. Rasa macam kita tak bersyukur langsung dengan kurniaan-kurniaan Allah kat kita.
Lepas solat tu, spare lah some time untuk fikir pasal dosa-dosa kita kat Allah. Ya Allah, banyaknya tak terkira. Lebih banyak dari semua pasir di pantai! Amalan pulak boleh dikira dengan jari. Tak usahlah diagung-agungkan amalan-amalan kita serta ibadah-ibadah kita kat Allah. Tak akan pernah cukup walau beribadah sejuta tahun. Tapi fikirkanlah tentang dosa kita yang tak terkira tu. Kenapa sibuk menilai kebaikan sedangkan keburukan kita jauh lebih banyak?
Sepatah ayat dari doa Nabi s.a.w selepas qiam(dari buku Indahnya Saat Bersama-Mu). Even Rasulullah pun mengaku lemah amalan, apatah lagi amalan kita umatnya.
‘’Ya Allah, penuhkanlah hajatku walaupun LEMAHNYA DIRIKU DAN AMALANKU, namun aku tetap mengharapkan rahmatmu’’
Aku petik sepatah ayat dari doa Qunut yang Sheikh Sudais baca. Bulan Ramadhan if I’m not mistaken. Aku syorkan korang tengok video ni and hayati doa-doa tu. Lembutkanlah hati. Semoga bisa menangis dalam taubat. Semoga bisa menangis dalam sujud memikirkan dosa dan kekurangan.
‘’ Glory be to You, we have not worshipped You as You ought to be worshipped’’
Aku pernah baca jugak pasal hidayah. Bahawa hidayah Allah tu mahal. Hidayah Allah tu takkan datang bergolek. Kita perlulah usaha untuk dapatkan hidayah tu. Ramai orang yang tak nak taubat sebab kononnya belum dapat hidayah. Kalau kita tak usaha nak dapatkan hidayah tu, Allah pun malas lah nak kasik kita hidayah tu. Doa lah and usahalah. Search for the truth. Hanya kesungguhan, keazaman dan kesanggupan untuk berjihad yang akan bawa kita kepada hidayah Allah. Janganlah kita hijab hati kita dengan kotoran dosa-dosa dari menerima hidayah itu.
Aku bayangkan macammana lah hati aku kalau aku boleh tengok. Adakah warna hitam sebab penuh dengan titik-titik hitam? Atau bercahaya kerana sentiasa ingatkan Pencipta aku? Mungkin hitam. Mungkin gelap. Siapalah aku untuk berangan ada hati yang bercahaya. Cuma mampu untuk berusaha ke arah tu. So aku nak ajak korang sama-sama berusaha. Berusaha juga untuk mencintai Allah lebih dari dunia dan segala isinya. Berusaha juga untuk mendapatkan ketenangan hati. Berusaha juga untuk merasakan betapa manisya iman.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
“Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya".
Sudahkah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang takut kepada Allah?
‘’Kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kamu kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman’’
(Ali-Imran : 175)
Renung-renungkanlah. Fikirlah. Fikir sesaat itu lebih baik dari berapa tahun zikir ntah (sori aku lupa). Bersihkanlah dan jernihkanlah jiwa kita, semoga usaha kita mencari mardhatillah (keredhaan Allah) tercapai sebelum kita hembuskan nafas yang terakhir.
Peringatan:
‘’Bahkan hari kiamat itu ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit’’
(Al-Qamar, 54: 46)
2 comments:
ur blog inspires me to be better muslimah(eceyh)haha
wey,i wonder
ape hukum kalo slalu dengar lagu english je???dose keh?
aku pun wonder lah. haha. xtau lah. aku xtau hukum ape. aku dengar gak lagu2, tapi dah jarang, aku try kurangkan..kalau lalai sampai lewat smayg sume tu mmg confirm dose la kan. n kalau lalaikan kita dari ingat Allah, x elok lah..
pssst:kalau kau dh bosan dgr lagu,aku suggest dgr ayat quran je weh, lagi syok!
biar kite buat setan sedih sbb x dgr lagu2 lalai. hehe
Post a Comment